Rendang Ayam Padu Rasa

Kita masih lagi dalam mood raya, lauk rendang menjadi kesukaan ramai. Selain dimakan dengan ketupat mahupun lemang, boleh dimakan juga dengan nasi panas-panas. Hari ni jom kita masak Rendang Ayam cara Nurain. Kecur liur dibuatnya dengan menu ni.

Bahan-bahan untuk dikisar:
Bawang kecil + besar
Halia
Lengkuas
Bawang putih
Serai

bahan-bahan

Cara memasak:
1. Ayam setengah ekor, basuh bersih dan tos.

1

2. Bahan dikisar halus, pastikan halus agar kuah tak berserabut.

2

3. Cili kering dikisar dalam 15 tangkai, ikut tahap kepedasan yang dikehendaki.

3

4. Ni optional, rempah daging sesudu, rempah cili sesudu untuk warna.

4

5. Masukkan sedikit minyak.

5

6. Tumis bahan tadi .

6

7. Masukkan cili mesin .

7

8. Daun kunyit diracik halus .

8

9.Masukkan asam keping.

9

10. Letak 2 sudu kerisik.

10

11.Masukkan ayam, saya masuk ayam awal sebab masak api perlahan, nak ayam tu senang terlerai dari tulangnya

11

12.Masukkan santan sekotak, atau sebiji kelapa.

12

13. Masukkan gula merah.

13

14.Masukkan dua sudu besar gula.

14

15. Dah masak lebih kurang sejam, kuah dah gelap dan pecah minyak, boleh masukkan daun kunyit, saya masukkan air 2 cawan berselang seli bila kuah tu memekat.

15

16. Dah siap rendang ayam, kena selalu kacau ye takut kuah hangit.

16

Kredit : Nurain Sulaiman

Gulai Daging Utara

The post Rendang Ayam Padu Rasa appeared first on RASA.

(Visited 5 times, 1 visits today)