“Betapa ajaibnya urusan orang yang beriman itu, sesungguhnya semua perkara adalah baik buat mereka. Dan tiadalah kebaikan itu kecuali bagi orang mukmin. Jika memperolehi kegembiraan dia berterima kasih dan jika ditimpa kesulitan dia bersabar bererti kebaikan baginya.” (Hadith riwayat Imam Muslim)
Hadis di atas menunjukkan pentingnya kita redha dengan ujian yang menimpa pada kita. Kita janganlah member0ntak dan mengalah tatkala badai ujian menyimbah kehidupan kita yang fana ini.
Allah sayangkan kita. Dengan ujian, hadirnya perasaan bergantung harap padaNya. Dengan ujian, ianya dapat melatih hati sanubari kita agar redha dengan keperitan hidup yang menuusuk jiwa raga.
Hayatilah hadith di bawah ini yang menggambarkan keindahan sifat ridha:
“Apabila Allah cinta kepada suatu kaum, mereka diuji. Barang sesiapa redha menerima ujian itu, Allah redha pula kepadanya. Dan barang siapa yang m4rah, maka Allah murk4 kepadanya.” (Hadith riwayat at Tarmizi)
Ada yang tak redha apabila isterinya tidak pandai masak. Ada yang tidak redha apabila suaminya itu tidak mewah kehidupannya.
Ada yang tidak redha melepaskan anaknya mencari rezekinya di bandar. Ada yang tidak redha dengan ujian yang menimpa. Ini semua peny4kit hati yang perlu dibersihkan.
Penawar peny4kit ini adalah kembali pada Allah. Kita jaga solat, Allah jaga kita. Rendahkanlah suara penuh sendu tatkala menongkat tangan ke langit (berdoa).
Berzikirlah siang dan malam. Berjagalah malam menghadap wajah ke arah kiblat. Hayatilah al-Quran dari segi makna dan tafsirannya.
Alunan al-Quran menjadi penawar mujarab duk4 l4ra. Hiasilah diri dengan sifat terpuji seperti sedekah, sopan, pem4lu, berlumba lumba mengejar kebaikan dan rendah diri.
Cucilah jiwa ini dengan majlis ilmu. Barangsiapa yang menempah jalan menuntut ilmu yang benar, insyaAllah syurga ganjarannya.
Ujian ini pencuci d0sa. Jangalah putus asa wahai insan. Sesungguhnya redha itu ajaib. Tawakal itu ajaib.
“Tidak ada sesuatu yang menimpa seseorang Islam samada kepen4tan, kes4kitan, kesus4han memikirkan perkara yang akan datang, keduk4an, sesuatu yang meny4kiti atau kesus4han mengingatkan apa yang telah berlaku hinggakan tik4man duri yang mencuucuknya, melainkan Allah mengh4puskan sebahagian daripada d0sanya.” (Hadis daripada Abu Said Al- Khudri dan Abu Hurairah)
Jangan member0ntak dan m4rah tatkala ujian yang menimpamu. Redhalah dengan ujianmu. Redhalah dengan keperitan jiwamu. Semoga ujian ini menjadi pengasah jiwamu.
“Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata kami telah beriman sedangkan mereka tidak diuji dengan sesuatu cubaan? …..” (Surah Al-Ankabut: 2-3)
Sumber : Iluvislam
Dah Baca, Sila Komen Dan Share Ya. Jangan Lupa Sertai Group Kami Sokong Ustaz Ebit Lew. Klik Sini..
Terima Kasih