

1. Sering
bergaduh.
Usahlah bergaduh sesama suami isteri, lagi-lagi perihal duit. Berbincang dan
cari persefahaman. Bila pasangan tidak redha antara satu sama lain, di situlah
rezeki akan disekat…
2. Merungut dan merasa
anak-anak sebagai beban.
Berikanlah kasih sayang kepada anak-anak kerana setiap anak adalah rezeki ALLAH
Ta’ala. Namun ibu dan bapa juga perlu mengusahakan rezeki untuk anak-anak tanpa
merungut dan rasa terbeban.
3. Selalu mengeluh
sesama suami isteri dengan apa yang tidak dimiliki.
Kurangkan mengeluh dan banyakkan bersyukur dengan apa yang dimiliki tidak kira
banyak atau sedikit kerana syukur itu adalah kunci kepada rezeki yang melimpah
ruah..
4. Lokek dengan
pasangan dan anak-anak.
Jangan terlalu berkira-kira untuk mempermudahkan hal yang baik sekeluarga.
Perlu ada tolak ansur dan dan faham sesama pasangan kerana rezeki yang ALLAH
Ta’ala beri adalah untuk dikongsi bersama.
5. Gagal mengawal
emosi dan amarah.
Jangan meninggikan suara dan gunakan kata-kata yang baik sahaja bersama suami,
isteri dan juga anak-anak. Buangkan cara menakut-nakutkan ahli keluarga dan
tanamkan layanan yang penuh mesra.
6. Kurang sabar.
Bersabarlah dalam menangani karenah suami, isteri dan anak-anak. Adakalanya
sesuatu itu kita tidak suka. Tetapi, tetap perlu bersabar dan fahami keadaan
pasangan dan anak. Nasihat dan cari penyelesaian secara baik. Banyakkan
bersabar kerana sabar itu duit…
7. Kurang berdoa dan
kurangnya bertakwa pada ALLAH.
Sentiasalah mendoakan yang baik-baik untuk suami, isteri dan anak-anak.
Sentiasa ingatkan mereka dalam doa dan juga sepanjang hari kerana kuasa doa itu
adalah luar biasa. Bertakwa dan bertawakal lah pada ALLAH. insya ALLAH
“…Barangsiapa bertakwa kepada ALLAH niscaya ALLAH akan mengadakan baginya jalan keluar. Dan memberinya rezki dari arah yang tiada disangka-sangkanya. Dan barangsiapa yang bertawakkal kepada ALLAH niscaya ALLAH akan mencukupkan (keperluan)nya. Sesungguhnya ALLAH melaksanakan urusan yang (dikehendaki)NYA. Sesungguhnya ALLAH telah mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu.” (Surah Ath-Thalaq : 2-3)
Sumber : Imuslimnetwork