Ramai Yang Salah ‘Timing’ Minum Kopi – Pakar

Ramai yang berfikir bahawa waktu terbaik untuk minum kopi adalah waktu pagi, ya betul waktu pagi tapi pukul berapa atau jam berapa yang benar-benar sesuai untuk kamu minum air kopi? Menurut pakar waktu terbaik untuk minum air kopi adalah tiga ke empat jam selepas bangun dari tidur.

Tapi kenapa kena tunggu tiga hingga empat jam baru boleh minum air kopi, tak boleh ke minum pada bila-bila masa? Ketahui jawapannya di bawah.

Tunggu Tiga Hingga Empat Jam Baru Boleh Minum Kopi

Foto – Sport In Cycling

Jika kamu bangun pada jam 7.00 pagi, kamu harus menunggu sehingga pukul 10.00 pagi barulah kamu boleh minum air kopi untuk kekal bertenaga sepanjang hari.

Hal ini diakui sendiri oleh Dr. Margarette Pajanel yang memiliki jadual pengambilan kaffien sendiri. Menurut Dr. Margarette untuk kekal bertenaga sepanjang hari adalah minum air kopi semasa tenaga berada pada tahap yang rendah.

Sebab itu apabila bangun dari tidur tidak boleh terus minum air kopi dan harus tunggu tiga ke empat jam selepas bangun dari tidur barulah boleh minum air kopi untuk cas semula tenaga.

Foto – The Telegraph

Selain itu, ramai juga yang gemar minum air kopi pada waktu tengah hari, waktu ini memang ramai yang akan minum air kopi untuk kekal fokus semasa bekerja. Ianya tidak salah tapi jika kamu telah minum air kopi pada waktu pagi, pastikan kamu telah menunggu tiga atau empat jam barulah kamu boleh minum air kopi semula.

Sebagai contoh kamu minum air kopi pukul 10.00 pagi , maka pada pukul 2.00 petang barulah kamu boleh minum air kopi semula.

Ini adalah kerana untuk memberi hormon kortisol dalam tubuh kamu menjadi rendah semula dan tenaga kamu mula berkurangan, maka pada waktu tenaga diri rendahlah baru sesuai untuk kamu minum air kopi kegemaran kamu.

Jangan Minum Kopi Lebih Dari Empat Cawan Sehari

Foto – Healthline

Selain, pakar nutrisi pemakanan Melanie Dellinges menyatakan bahawa minum air kopi berlebihan adalah tidak bagus untuk kesihatan. Justeru itu, pengambilan yang air kopi yang terbaik adalah tidak lebih dari empat cawan sehari.

Bagi yang memang kaki minum air kopi tegar, dinasihatkan agar kamu tidak minum air kopi secara berlebihan, ingat kita minum air kopi untuk memberi kecergasan dan tenaga kepada diri dan bukannya minum air kopi untuk memudaratkan diri.

Tidak kira kamu ingin minum air kopi pada waktu pagi, tengah hari, petang hatta tengah malam sekalipun, pastikan setiap pengambilan tersebut kamu tunggu selama tiga hingga empat jam dahulu untuk pastikan hormon kortisol dan tenaga dalam tubuh berada dalam tahap yang rendah barulah kamu minum air kopi.

Selamat beramal!

Rujukan: 1, 2,

The post Ramai Yang Salah ‘Timing’ Minum Kopi – Pakar appeared first on Wanista.com.

(Visited 1 times, 1 visits today)