Queen Elizabeth Cerewet Pilih Topi, 10 Fakta Menarik Tentang Cita Rasa Fesyen Beliau

Sebagai seorang kerabat diraja yang disanjung masyarakat dunia, biarpun usianya sudah mencecah 92 tahun, Queen Elizabeth nampaknya semakin hari semakin menyerlah dengan gaya fesyen dibawanya.

Warna-warna pakaiannya yang memukau dan menonjol dengan mainan rona terang ternyata memberi impak hebat buat si pemerhati, termasuk media dan lensa kamera yang sering memuja cita rasa pemegang takhta pemerintah British paling lama berkhidmat dari 6 Februari 1952 itu.

Adatlah apabila menjadi darah raja-raja, harta yang dimiliki sudah tentulah tidak habis dimakan keturunan bahkan, ke mana hendak dilaburkan harta-harta itu jika tidak sebahagiannya dibelanjakan untuk melaram sakan betul tak?

Himpunan Topi Yang Dipakai Queen Elizabeth Ke Royal Ascot Dari Tahun 1952 Hingga 2018

Sumber: mentalfloss.com

Sememangnya sudah menjadi tradisi golongan elit Britain untuk mengambil berat tentang pemakain topi berhias yang dipanggil “fascinator” ini. Lazimnya ramai wanita British akan menggayakan topi berhias tersebut pada acara-acara keramaian formal di istana termasuklah saat menghadiri upacara perkahwinan diraja seperti mana yang kita dapat lihat sewaktu berlangsungnya upacara perkahwinan Prince Harry dan Meghan Markle.

Pentingnya topi bagi wanita Britain bermula sejak tahun 1600, sekitar zaman Tudor dan ia sebenarnya disunting dari gaya fesyen mewah Perancis. Untungnya, sesiapa yang mampu menempah dan memakai topi fascinator zaman dahulu adalah orang paling kaya.

Foto -Max Mumby/Indigo/Getty Images

Seperti Queen Elizabeth sendiri, beliau sangat cerewet dalam memilih rekaan topi fascinator yang mahu dipadan dengan pakaiannya. Menurut pembuat topi peribadinya, Rachel Trevor-Morgan, dia diarahkan oleh Queen Elizabeth supaya tidak buat topi yang bersaiz terlalu lebar dan tidak juga terlalu tinggi. Ini bagi memastikan supaya wajahnya terlihat jelas serta mudah untuknya keluar dari kenderaan.

Selain pemilihan aksesori topi eksentrik pelbagai yang tidak pernah lekang bersamanya kala menghadiri pelbagai acara keramaian, ini 9 lagi fakta menarik tentang cita rasa fesyen Queen Elizabeth yang ramai tahu.

#1 Hanya Pakai Skarf Sutera Hermes

Jangan tak tahu, Queen Elizabeth ada taste yang tinggi tau. Beliau cuma akan menutup kepalanya dengan skarf sutera dari jenama Hermes jika tidak ada mood untuk merias rambut atau memakai topi.

Sumber: Getty Images

#2 Tumit Tinggi Kasut Mesti 2 ¼ cm

Semua tumit tinggi bertutup yang dipakai sehari-hari (kasut kerja) mestilah berketinggian 2 ¼ cm bahkan bahagian dalamnya akan dialas dengan pelapik lembut untuk keselesaan berpanjangan.

#3 Ada Semua Warna Payung

Kalau sudah terlalu kaya… Setiap baju yang dipakai Queen Elizabeth mempunyai payung tersendiri untuk dipadankan bersama sewaktu hujan.

Sumber: Pinterest

#4 Skirt Harus Paras Bawah Lutut

Keluarga kerabat diraja sememangnya mementingkan kod pemakaian yang sopan. Oleh itu kesemua skirt dan kot milik Queen Elizabeth akan dijahit paling pendek sekitar bawah lutut.

#5 Pakai Pewarna Kuku Sama Sejak 1989

Hanya akan memakai pewarna kuku rona merah jambu samar kod “Ballet Slippers” dari jenama Essie, harganya juga sangat murah (jika di London) iaitu sekitar RM50 sebotol.

Sumber: Pinterest

#6 Semua Baju Wajib Ada Zip!

Melihatkan tentatifnya yang sibuk dan harus menghadiri banyak acara. Queen Elizabeth meletakkan syarat agar semua busana yang disediakan untuknya harus memiliki zip agar mudah untuk menukar persalinan.

#7 Setiap Penampilan Queen Elizabeth ‘Dikunci’

Setiap kali beliau membuat penampilan umum, gaya yang dipakainya itu akan dikunci oleh si penggaya dan penasihat fesyen peribadinya kerana takut kalau-kalau ia akan dilihat terulang memakai busana yang sama.

Sumber: Giphy

#8 Cuma Sekali Rakyat Melihat Queen Elizabeth Pakai Seluar

Sepanjang hidupanya, cuma sekali beliau pernah berhadapan dengan khalayak sambil menggayakan sut berseluar, iaitu sewaktu menghadiri lawatan ke Kanada sekitar 1970.

Sumber: Pinterest

#9 Ada Sebab Kenapa Queen Elizabeth Pilih Warna Terang

Katanya beliau mahu orang sedang kehadirannya. Bayangkan betapa ramai orang akan berkumpul dan kerumun untuk melihat beliau. Supaya tidak tenggelam dan semua orang boleh lihat dengan jelas, setidak-tidaknya orang akan nampak warna topi beliau.

Ha, sebab itu semua pakaian rasminya berwarna menonjol, termasuklah topi senada yang sering dipadankan bersama! Untunglah setiap hari bertukar baju baru macam Queen Elizabeth ni kan. Mewah ❤

RUJUKAN 1, 2, 3

The post Queen Elizabeth Cerewet Pilih Topi, 10 Fakta Menarik Tentang Cita Rasa Fesyen Beliau appeared first on Wanista.com.

(Visited 3 times, 1 visits today)