Puding Lumut Butter Lemak Manis

Nikmatnya di tekak bila dapat menikmati puding yang enak. Puding lumut butter bukan hanya enak dinikmati sekeluarga malah sesuai dengan tema raya. Meriah sungguh kejadiannya.

PUDING LUMUT BUTTER

Bahan Puding Lumut
1 paket serbuk agar-agar (10gm)
150gm gula pasir
125gm santan pekat
550ml air
100ml jus pandan dari 10 helai pandan
2 biji telur (pecahkan, kacau lebih kurang sahaja menggunakan garpu)
1/4 sudu teh garam
1 sudu teh esen vanila
1 sudu teh pewarna hijau

Cara memasak:
1.Satukan kesemua bahan, kacau sebati. Tapis jika perlu
2.Didihkan dengan api perlahan.
3.Kacau sesekali sahaja
4.Apabila lumutnya timbul di permukaan, tutup api dan biarkan wap panasnya hilang.
5.Tuang ke dalam acuan/loyang
6. Sejukkan

***untuk loyang brilliance nordicware ni opah buat
1 1/2 adunan puding lumut

Bahan Puding Mentega

Bahan A
3 biji kuning telur
100gm mentega dicairkan
1 sudu teh esen vanila
1/2 tin susu pekat manis
(kacau sebati menggunakan whisk/ketepikan)

Bahan B
1 paket serbuk agar-agar
4 sudu besar gula pasir
550ml air

Cara memasak:
1.Masak Bahan B sehingga larut dan meruap-ruap.
2.Kemudian masukkan Bahan A, kacau sebati
3.Biarkan mendidih/tutup api
4.Tunggu sehingga wap panasnya hilang, tuang ke atas puding lumut
5. Sejukkan
***cakar2 sedikit permukaan Puding Lumut baru tuang adunan Puding Mentega

Selamat mencuba.

Kalau ada yang ada nak shopping online peralatan dapur , ni ada tawaran istimewa untuk korang. Jom rebut peluang ni.

https://invol.co/cloqny

Resipi dan Foto : Mas Cotek

Bihun Goreng Tom Yam Ikut Aje Langkah ini, 15 Minit Dah Siap

The post Puding Lumut Butter Lemak Manis appeared first on RASA.

(Visited 2 times, 1 visits today)