Puding Karamel Tanpa Telur Tak Perlu Kukus, Nyaman DiMakan Lepas Berbuka

Bagi orang yang alergi telur tak payah bimbang nak makan puding karamel berasaskan agar agar ini. Mudah membuatnya tak perlu kukus dan yang paling penting tanpa telur.

Enak berkrim, sejuk dingin dihidang dari peti sejuk, nyaman aje lalu kat tekak. Jom tengok resipi dari Nordiana Ab Kadil ini, kos murah. Sesuai dibuat musim pkp ni, di kala tiada bazar Ramadan ini.

PUDING KARAMEL TANPA TELUR

Bahan puding:


10gm atau 1paket serbuk agar-agar yang jernih
4cawan air
1tin susu cair
1cawan susu pekat
3 sudu tepung kastard
Sedikit esen vanila

Bahan karamel :
3 sudu besar gula pasir
2 sudu besar air

CARA MEMASAK :
1. Masukkan gula pasir ke dalam kuali dengan api yang kecil gula di biarkan cair sehingga menjadi perang kemudian tutup api dan masukkan air
2. Kemudian masukkan ke dalam loyang
3. Satukan semua bahan ke dalam periuk dan kacau sebati kemudian panaskan di atas api yang besar masak puding sehingga betul2 mendidih dan pekat
4. Biarkan puding suam sebentar kemudian masukkan ke dalam loyang Yang berisi karamel tadi
5. Masukkan dalam peti sejuk sehingga 2-3jam
6. Terbalikkan loyang tadi di atas pinggan kemudian potong

Sedia utk dihidang

Tip:pastikan puding dimasak sehingga betul-betul mendidih dan kelihatan pekat

kredit: nordiana ab kadil
via FB : Resepi Masakan Terkini

ANDA PASTI SUKA RESIPI INI :

DAN JUGA RESIPI INI :

Cara Buat Puding Roti Sedap Guna Kerak Roti.

The post Puding Karamel Tanpa Telur Tak Perlu Kukus, Nyaman DiMakan Lepas Berbuka appeared first on RASA.

(Visited 64 times, 1 visits today)