Puding Buih Boleh Menyebabkan Kematian, Ini Puncanya!

Puding buih antara makanan kegemaran ramai rakyat Malaysia tanpa mengira kaum, ianya adalah menu yang digemari oleh peminat dunia manisan. Tapi apa yang mengejutkan adalah puding buih ini rupanya boleh menyebabkan kematian terhadap si pemakan puding.

Mengapa perkara ini berlaku? Berikut adalah penjelasan doktor Hana Hadzrami di laman Facebooknya mengenai mangsa kematian puding buih.

#1 Puding Buih Ada Bakteria?

Foto – Donna

Untuk membuat puding buih, kita memerlukan telur mentah dan menurut doktor Hana, telur mentah memang mengandungi khasiat yang tinggi. Namun ia juga berisiko mengandungi bakteria Salmonella yang berbahaya.

#2 Bakteria Salmonella Merebak Pada Makanan

Foto – Adira Finance

Meski risiko bakteria Salmonella dalam telur berlaku 1 dalam 20,000 telur tetapi dengan hanya sebiji telur yang mengandungi bakteria tersebut berupaya menjangkiti atau merebakkan bakteria kepada telur lain dan makanan berdekatan.

#3 Kulit Dan Isi Telur Mengandungi Kuman

Foto – Arkib Wanista

Apabila kita membuat puding buih, penggunaan telur putih mentah dipukul sehingga menjadi meringue lalu dituang larutan agar-agar suam kedalamnya lalu disejukkan.

Kuman bukan sahaja berada pada kulit telur tetapi juga pada isi telur, dan membuat puding buih dengan meringue putih telur yang mentah meningkatkan risiko jangkitan kuman kepada manusia.

#4 Bakteria Beranak Pinak Dalam Puding

Foto – Arkib Wanista

Bahan-bahan telur putih yang telah menjadi meringue dicampurkan pula dengan gula dalam suhu bilik menjadikan kuman didalam telur putih yang telah menjadi meringue itu beranak pinak dengan bakteria.

Fakta Penting Tentang Telur

Foto – Healthline

Sebenarnya bukan puding buih sahaja yang patut kita semua berwaspada banyak makanan lain yang menggunakan menu telur mentah seperti makanan telur separuh masak, tamago gohan (nasi panas makan bersama telur mentah), krim kek dan banyak menu lain yang menggunakan telur mentah.

Untuk makluman suhu yang diperlukan untuk membunuh bakteria pada telur ialah 65 darjah selsius selama 30 minit atau 75 darjah selsius selama 15 saat.

Tips Buat Puding Buih

Foto – Dari Dapur

Bukan nak kata kita semua dah tak boleh masak puding buih ni boleh, bagi yang ingin rasa selamat gunakan Italian Meringue Buttercream kerana gulanya dimasak pada suhu 120 dajah selsius hingga 130 darjah selsius sewaktu dituang dalam meringue putih telur.

Jadi risiko kuman boleh dikurangkan dan sesuai untuk kamu mempunyai sistem imun rendah. Selain itu, puding buih tersebut boleh dikukus dahulu bagi mematikan kuman didalam puding.

Nak masak pun kena ada ilmu pengetahuan juga, sebab kesihatan bermula dari makanan yang kita ambil secara harian.

Selamat beramal♥

Rujukan: 1,

The post Puding Buih Boleh Menyebabkan Kematian, Ini Puncanya! appeared first on Wanista.com.

(Visited 4 times, 1 visits today)