Puan Selvi Kongsi Resipi Muruku Sedap Untuk Hari Raya.

Bila tibanya musim perayaan, muruku antara kudapan ringan yang popular. Bukan sahaja masa Deepavali, di musim Hari Raya Aidilfitri pun kudapan ini menjadi pilihan ramai. Rasanya yang rangup, pedas dan berempah memang menepati citarasa ramai. Bagi anda yang nak buat sendiri Muruku sempena Aidilfitri ni, resipi perkongsian Puan Selvi boleh dicuba.

Muruku adalah makanan ringan yang berasal dari India Selatan dan namanya diambil dari perkataan Tamil yang bermaksud ‘dipintal’ merujuk kepada bentuknya. Kudapan ini biasanya dihasilkan dari tepung beras yang dicampur dengan pelbagai rempah serta bahan-bahan lain, diadun sebati dan kemudiannya digoreng hingga garing.

Ramai yang tercari-cari resipi muruku yang sedap, mudah disediakan serta rangup. Terdapat sangat banyak resipi yang boleh anda cuba dan antaranya adalah seperti yang RASA kongsikan ini. Ia adalah resipi asli perkongsian Puan Tamil Selvi Samugam Sundram. Jom cuba!

RESIPI MURUKU SEDAP UNTUK HARI RAYA

1. MURUKU RIBEN

BAHAN-BAHAN:

  • 1 cawan tepung beras
  • 1 cawan tepung kacang kuda
  • 1 ½ sudu teh serbuk cili merah
  • ¼ sudu teh asafoetida
  • 1 sudu teh mentega
  • 110ml air
  • Sedikit garam
  • Minyak masak untuk menggoreng

CARA MEMASAK:

  1. Masukkan kesemua bahan kecuali air ke dalam sebuah mangkuk. Gaul rata.
  2. Masukkan air sedikit demi sedikit sambil menguli. Doh tidak boleh terlalu kering atau terlalu basah.
  3. Masukkan doh ke dalam acuan muruku dan tekan membentuk reben. Ketepikan.
  4. Panaskan minyak di dalam kuali. Masukkan doh bentuk reben dan goreng sehingga berwarna sederhana perang. Angkat dan ulangi langkah hingga selesai.
  5. Angkat, sejukkan dan simpan di dalam bekas kedap udara selepas muruku sejuk.
  6. Sedia untuk dinikmati.

2. MURUKU BAWANG PUTIH

BAHAN-BAHAN:

  • 1 cawan tepung beras
  • 2 cawan tepung kacang kuda
  • 5 tangkai cili kering
  • 10 ulas bawang putih (dikupas)
  • 1/8 sudu kecil garam
  • 1 sudu besar mentega
  • 50ml air
  • Minyak untuk menggoreng

CARA MEMASAK:

  1. Cili kering dan bawang putih dikisar halus.
  2. Masukkan semua bahan dan bahan kisar kecuali air ke dalam sebuah mangkuk. Gaul rata.
  3. Masukkan air sedikit demi sedikit sambil menguli. Doh tidak boleh terlalu kering atau telalu basah.
  4. Masukkan doh ke dalam acuan muruku dan tekan doh.
  5. Panaskan minyak di dalam kuali. Masukkan muruku dan goreng sehingga berwarna sedehana perang.
  6. Simpan di dalam bekas kedap udara selepas muruku sejuk.

3. BUTTER MURUKU

BAHAN-BAHAN:

  • 1 cawan Tepung Beras
  • 1 sudu besar Tepung Kacang Kuda
  • 1 sudu besar Tepung ‘Pothukadalai’ (fried gram powder)
  • 1 cubit Asafoetida
  • 1/8 sudu kecil garam
  • 2 sudu besar mentega
  • 100ml air
  • Minyak untuk menggoreng

CARA MEMASAK:

  1. Masukkan semua bahan kecuali air ke dalam sebuah mangkuk. Gaul rata.
  2. Masukkan air sedikit demi sedikit sambil menguli. Uli sehingga doh tidak melekit.
  3. Masukkan doh ke dalam acuan muruku dan tekan bentuk bintang.
  4. Panaskan minyak di dalam kuali. Masukkan muruku dan goreng sehingga berwarna sedehana perang.
  5. Simpan di dalam bekas kedap udara selepas muruku sejuk.

4. MURUKU JINTAN MANIS

BAHAN-BAHAN:

  • ¾ cawan Tepung ‘Pothukadalai’ (fried gram powder)
  • 2 cawan Tepung Beras
  • ½ cawan Tepung Ulunthu(Urad Dhal) goreng
  • 1 ½ sudu kecil Jintan Manis
  • ¼ sudu kecil Asafoetida
  • 1/4 sudu kecil garam
  • 1 sudu besar mentega
  • 300ml air
  • Minyak untuk menggoreng

CARA MEMASAK:

  1. Jintan manis digoreng tanpa minyak. Sejukkan. Kisar sederhana halus.
  2. Masukkan semua bahan dan jintan manis kisar kecuali air ke dalam sebuah mangkuk. Gaul rata.
  3. Masukkan air sedikit demi sedikit sambil menguli. Doh tidak boleh terlalu kering atau telalu basah.
  4. Masukkan doh ke dalam acuan muruku dan tekan doh berbentuk bintang.
  5. Panaskan minyak di dalam kuali. Masukkan muruku dan goreng sehingga berwarna sedehana perang.
  6. Simpan di dalam bekas kedap udara selepas muruku sejuk.

5. OMAPODI

BAHAN-BAHAN:

  • ¼ cawan tepung beras
  • 1 cawan Tepung Kacang Kuda
  • ¼ sudu kecil Asafoetida
  • 1/8 sudu kecil garam
  • 1 sudu kecil mentega
  • 100ml air
  • Minyak untuk menggoreng

CARA MEMASAK:

  1. Masukkan semua bahan kecuali air ke dalam sebuah mangkuk. Gaul rata.
  2. Masukkan air sedikit demi sedikit sambil menguli. Uli sehingga doh tidak melekit.
  3. Masukkan doh ke dalam acuan muruku.
  4. Panaskan minyak di dalam kuali. Tekan doh kedalam minyak. Goreng sehingga berwarna sedehana perang.
  5. Selepas sejuk, masukkan kacang goreng, kacang hijau goreng. Kacau perlahan. Simpan dalam bekas kedap udara.

INFO RASA: Asafoetida: Getah dari pokok herba. Kaya khasiat dan disebut juga sebagai ‘ food of the gods’.

ANDA JUGA BOLEH CUBA:

Koleksi Resipi Set Nasi Tumis Bersama Aneka Lauk Pauk

Koleksi Aneka Biskut Raya Sedap Berasaskan Cornflakes.

Koleksi Aneka Biskut Raya Sedap Berasaskan Cornflakes.

The post Puan Selvi Kongsi Resipi Muruku Sedap Untuk Hari Raya. appeared first on RASA.

(Visited 2 times, 1 visits today)