Projek Bubur Lambuk Kampung Baru, Indahkan Senyuman Eratkan Jalinan

Tradisi lebih seratus tahun pemberian bubur lambuk kampung baru akan diteruskan melalui Projek Bubur Lambuk Kampung Baru yang dilancarkan oleh Astro, Nu Ideaktif dan Maxis dengan tema Indahkan Senyuman Eratkan Jalinan.

Melalui projek ini 9,000 pek bubur lambuk akan diedarkan selama tiga hari berturut-turut iaitu bermula 13hb Mei hingga 15hb Mei ini. Pemberian bubur lambuk akan diagihkan dan dihantar ke rumah-rumah kebajikan,golongan yang memerlukan, barisan hadapan ‘frontliners’ dan pasukan keselamatan ‘wira negara’.

Bila menyebut bubur lambuk kampung baru, nama Pak Zainal generasi keempat tukang masak bubur lambuk Kampung Baru orang penting disebalik kelazatan bubur lambuk pasti ada. Bubur lambuk di sini memang menjadi buruan.“Bubur lambuk ini memang istimewa kerana resipinya tak berubah sampai sekarang,” katanya yang mewarisi resipi dari generasi keluarganya.

Projek Bubur Lambuk Kampung Baru

Bubur Lambuk sememangnya sangat sinonim dengan kedatangan Ramadan. Di Kuala Lumpur bubur lambuk Kg Baru sentiasa ‘dikejar’ oleh orang ramai setiap kali Ramadan tiba. Keenakan Bubur lambuk Pak Zainal yang diwarisi sejak 100 tahun ini menjadi rebutan saban tahun. Sayangnya situasi Pandemik Covid 19 dan PKP sekarang ini membataskan pengedaran secara terus bubur lambuk ini kepada orang ramai. Tahun ini sebagai tanda menghargai para petugas barisan hadapan, golongan asnaf dan penghuni rumah kebajikan, Astro, Ideaktiv dan Maxis meneruskan tradisi berkongsi rezeki dan memberikan keceriaan dengan membawakan Bubur Lambuk Kg Baru kepada mereka. Sebanyak 9000 bungkus bubur lambuk diedarkan selama tiga hari berturut-turut kepada mereka yang memerlukan.#KitaSapotKita#IndahkanSenyuman#EratkanJalinan

Posted by Rasa on Thursday, 7 May 2020

Di usia 65 tahun Pak Zainal tetap gagah meneruskan legasi bubur lambuk. Katanya semuanya bermula dengan keikhlasan. Dia telah memegang tanggungjawab ini selama 37 tahun lamanya dan bukannya mudah memasak dengan kuantiti yang banyak di usia begini.

Resipi asal warisan keluarga, kekal hingga kini

Katanya dia akur dengan PKP dan situasi pandemik Covid-19 ini yang membataskan pengedaran secara terus bubur lambuk ini kepada orang ramai dan merasa kasihan dan sedih kerana masyarakat tidak lagi dapat berduyun datang dan beratur mengambil dan menikmati keenakan bubur lambuk seperti dulu.

Namun Ramadan kali ini melalui projek Bubur Lambuk Kampung Baru yang diusahakan oleh Astro, Ideaktiv dan Maxis dengan kerjasama Pak Zainal,tradisi pemberian bubur lambuk dapat diteruskan walaupun dalam keadaan dan skala yang berbeza.

Jika dahulunya lebih 120,000 pek sepanjang sebulan Ramadan iaitu 4,000 pek sehari diagihkan pada masyarakat . Tetapi tahun ini melalui Projek Bubur Lambuk Kampung Baru walau skalanya lebih kecil dengan 3,000 pek sehari iaitu dengan jumlah 9,000 pek , walaupun dalam keadaaan berbeza dan walau tidak sebesar mana tradisi sepuluh dekad ini dapat diteruskan dengan penuh keikhlasan.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Maxis, Gokhan Ogut, “Maxis berbesar hati untuk turut serta kempen ini bukan sahaja untuk mengekalkan tradisi sepanjang abad tetapi ingin memupuk budaya memberi dan berkongsi di kalangan rakyat Malaysia. Kami berharap kempen ini akan lebih menyatukan kita sebagai satu negara.”

Moga Projek Bubur Lambuk Kampung Baru yang akan dilancarkan bermula 13hb Mei hingga 15hb Mei ini yang diusahakan oleh Astro, Nu Ideaktiv dan Maxis serta beberapa penaja yang lain dapat mencapai hasrat murninya agar dapat sama-sama “Indahkan senyuman dan eratkan jalinan” di kalangan masyarakat negara ini.

Bagi mereka yang teringin nak memasak Bubur Lambuk Ala Kampung Baru yang enak, jom tengok aksi Chef Imelda memasaknya dalam Campak-Campak Jadi ini.

ANDA MUNGKIN JUGA MENYUKAI RESIPI INI :

Menu Popular Ramadan Bubur Lambuk Versi ‘Simple’, Tapi Rasanya Ummph…

DAN JUGA RESIPI INI :

Resipi Bubur Lambuk Terengganu. Istimewanya Sebab Guna Banyak Ulam Berkhasiat. Memang Layan Habis!

The post Projek Bubur Lambuk Kampung Baru, Indahkan Senyuman Eratkan Jalinan appeared first on RASA.

(Visited 13 times, 1 visits today)