Positif Covid-19, Anggota Polis Sebak Langsung Pernikahan Dalam Tempoh Kuarantin

Dilaporkan sah positif Covid-19 adalah salah satu beban yang perlu ditempuh oleh seseorang itu. Dikuarantin dan ditempatkan di tempat yang berasingan sedikit sebanyak menjadikan seseorang itu sukar untuk menyiapkan tugasan penting yang mungkin telah dirancang awal awal.

Terbaru, melalui perkongsian di laman Facebook Friends of PDRM, mereka memuat naik sebuah video di mana sedang menunjukkan salah seorang anggota polis yang telah dilaporkan positif covid sedang melalui proses akad nikah secara atas talian. Ini antara perkara yang amat sukar untuk dilaksanakan.

Akad Nikah Dalam Tempoh Kuarantin

Dengan menggunakan inisiatif lain bagi memudahkan perancangan urusan penting, seorang anggota polis yang dikenali sebagai Koperal Muhammad Ayraf telah melangsungkan pernikahannya secara atas talian apabila dia dilaporkan positif Covid-19. Dia yang masih berada dalam tempoh kuarantin itu kelihatan sebak dan mengalirkan air mata.

  1. 84252706_887678635073141_7453185682750885555_n

Melalui video yang berdurasi 0.43 saat itu telah menerima lebih 25,000 views dan lebih 700 komen di laman Facebook tersebut. Dia yang hanya akad nikah tidak ditemani siapa siapa itu juga mengundang sebak pengguna Facebook yang lain.

Melalui kapsyen yang ditulis tu, pihak Friends of PDRM juga turut menzahirkan ucapan tahniah kepada dia di atas pernikahan tersebut. Selain itu juga, mereka juga turut berharap agar Koperal Muhammad Ayraf cepat segera di discharge dari hospital. Turut mengucapkan ucapan tahniah adalah pengguna Facebook yang lain.

Selamat Pengantin Baru

Semoga Bahagia Ke Jannah

Sumber : Friends of PDRM

(Visited 2 times, 1 visits today)