Pilih Juadah Iftar Murah & Sedap Dengan Grab e-Kitchen

Minggu ini merupakan minggu terakhir bagi umat Islam menyambut bulan ramadhan, pastinya ramai yang sedang sibuk menyiapkan keperluan menyambut Hari Raya yang bakal menjelma tidak lama lagi.

Demi menikmati hari-hari terakhir dalam bulan ramadhan ini, Grab ingin pelanggannya menikmati juadah iftar kegemaran menerusi Grab e-Kitchen Bazar Ramadan.

Menerusi aplikasi bazar dalam talian ini, Grab bawakan aneka katalog restoran di negeri Selangor yang menyediakan makanan lazat dan murah buat pelanggan Grab. Kerjasama antara Grab dan Kerajaan Negeri Selangor semasa bulan ramadhan ini memeriahkan lagi suasana menyambut bulan ramadhan.

Ini antara beberapa restoran yang menyediakan makanan enak dan berharga bawah RM20, untuk para pelanggan nikmati pada minggu terakhir bulan ramadhan.

Nasi Lemak Ayam Goreng – Village Park RM11.13

Foto – Malay Mail

Berbuka puasa sepinggan nasi lemak yang wangi dan berlemak, ayam pula di perap dengan campuran rempah dan digoreng sempurna. Manakala sambal yang manis dan pedas pasti akan membuatkan peminat nasi lemak kecur liur semasa berbuka nanti.

Roti John Ayam – Kak Yong Roti John RM9 (e-Kitchen Bazar Damansara & TTDI)

Foto – Wonderfly

Menu kegemaran masyarakat sepanjang masa, roti john dengan daging ayam cincang yang dicampur dengan telur dan perisa merupakan hidangan terbaik sepanjang bulan ramadhan ini.

#3 Laksa Asam – Penang Road Famous Teochew Cendol RM9

Foto – Kuali

Tempat paling terkenal dengan menu laksa asam yang terkenal pastinya Penang Road Famous Teochew Cendol. Rasa semangkuk laksa asam yang enak dengan campuran rasa pedas dan manis ini menjadi menu paling terbaik untuk peminat laksa asam.

#4 Murtabak Ayam – Sani Murtabak RM6 (e-Kitchen Bazar Bangi)

Foto – Arkib Wanista

Murtabak merupakan pilihan juadah berbuka puasa kegemaran ramai, hidangan ini kaya dengan campuran ayam dan telur ini diseimbangkan dengan rasa manis dan pedas dengan sos istimewa. Jangan ketinggalan dapatkan murtabak gebu dan sedap pada hari-hari terakhir bulan ramadhan ni.

#5 Nasi Kukus – Hayaki RM11

Foto – Fun N’ Taste

Siapa yang tidak menyukai nasi kukus bukan, hidangan istimewa dari Hayaki ini sangat popular dengan rasa nasi kukus yang enak berserta dengan ayam goreng berempah yang cukup rasa menjadikan ia menu juadah iftar popular.

Tambahan lagi dengan sambal yang enak yang memuaskan hati akan membuatkan pelanggan tidak berhenti makan.

#6 Teh Ais Madu – Teh Ais Madu 3 RM6.25 (e-Kitchen Bazar Damansara & TTDI)

Foto – Arkib Wanista

Berbuka puasa dengan minuman sejuk pastinya merupakan menu wajib ketika berbuka puasa, legakan tekak dengan air teh ais madu sebagai pemanis mulut di waktu berbuka nanti gerenti puas hati.

Lokasi Dan Waktu e-Kitchen Beroperasi

e-Kitchen beroperasi bermula dari 2.30 petang sehingga 6.30 petang (pesanan terakhir pada 6 petang) sepanjang bulan ramadhan ini.

Foto – Grab

Bagi yang ingin memesan makanan istimewa dari GrabFood untuk iftar pastikan kamu memesan selewat-lewatnya pada jam 5 petang bagi mengelakkan sebarang kesulitan pada saat-saat akhir dan juga sekaligus membolehkan rakan-rakan penghantar meluangkan masa untuk menikmati iftar mereka juga.

The post Pilih Juadah Iftar Murah & Sedap Dengan Grab e-Kitchen appeared first on Wanista.com.

(Visited 11 times, 1 visits today)