Pewaris Berjaya Corporation Guna Beg Tangan Gucci Mewah Teka Jantina Anak!

Baru-baru ini pewaris merangkap ketua eksekutif dan juga pengarah eksekutif Berjaya Corporation Chryseis Tan bersama suaminya SM Faliq SM Nasimuddin dari Naza Group mengadakan majlis ‘baby shower’ dengan cukup meriah bersama ahli keluarga dan sahabat handai.

Apa yang menarik dalam majlis tersebut adalah pasangan merpati sejoli ini menggunakan beg tangan mewah Gucci berwarna merah jambu dan biru lembut bagi meneka jantina bayi mereka.

Beg tangan jenama Gucci tersebut difahamkan merupakan keluaran terbaru tahun ini iaitu beg tangan kecil GG Marmon yang bernilai US$1,290 atau RM5,514.

Foto – Arkib Wanista

Majlis baby shower yang diadakan di penuhi dengan hiasan belon bergas helium berwarna merah jambu, putih dan biru, menceriakan suasana majlis baby shower yang diadakan.

Foto – Arkib Wanista (Belon warna-warni rona pastel berisi gas helium menjadi pilihan Chryseis dan Faliq)

Selain itu, kuih donat tergantung di papan dengan rona warna yang sama juga menjadi tumpuan pada majlis berkenaan kerana dijadikan klu bagi meneka jantina anak.

Foto – Arkib Wanista (Selain beg Gucci, donut juga dijadikan klu bagi meneka jantina anak)

Chryseis dan Faliq di lihat cukup gembira dengan majlis baby shower yang dijalankan, menurut perkongsian yang dimuat naik oleh Chryseis sebanyak 98 peratus mengundi bayi yang bakal lahir adalah bayi lelaki.

View this post on Instagram

And it’s a baby… . . . ❤❤❤ 📸 :: @adamong

A post shared by ♕ Chryseis Tan ♕ 陈雪铃 (@chrystan_x) on

Bagi mendapatkan jawapan terhadap undian yang dilakukan, ibu bapa Chryseis iaitu Tan Sri Vincent Tan dan Puan Sri Esther Tan bersama ibu mertuanya Puan Sri Zaleha Ismail, masing-masing memecahkan belon berwarna hitam untuk mengetahui jawapan sebenar dan ianya adalah bayi perempuan.

Foto – Arkib Wanista

Majlis baby shower ini cukup popular sejak 10 tahun lalu lagi, dan pelbagai variasi majlis telah diadakan. Ianya sebuah majlis yang sangat bagus dan secara tidak langsung merapatkan lagi hubungan antara keluarga dan sahabat handai.

Rujukan: 1, 2,

The post Pewaris Berjaya Corporation Guna Beg Tangan Gucci Mewah Teka Jantina Anak! appeared first on Wanista.com.

(Visited 1 times, 1 visits today)