Peraturan 5 Saat ‘Hembus Dan Masuk Mulut’, Makanan Jatuh Boleh Makan Semula?

Kamu pernah buat perkara di atas? Makanan kamu jatuh ke lantai, kamu ambil, hembus dan masuk semula dalam mulut – lebih kurang 3 hingga 5 saat sahaja perbuatan itu?

Mungkin ada merasakan ia kotor tapi ia dilihat sebagai satu perbuatan yang bertepatan dengan sunah Nabi Muhammad SAW.

Menurut hadis yang diriwayatkan oleh Ahmad dan Muslim:

“Dahulu apabila Rasulullah SAW selesai makan, baginda menjilat tiga jarinya seraya bersabda: “Apabila suapan salah seorang daripada kalian terjatuh, hendaklah ia membersihkannya dan memakannya. Jangan biarkan makanan itu dimakan syaitan! Juga, hendaklah kalian membersihkan sisa makanan yang berada di pinggan. Sebab, kamu tidak tahu pada bahagian mana daripada makanan kamu yang mengandungi keberkatan.”

Walau bagaimanapun ada konflik dengan peraturan 5 saat itu, adakah ia satu fakta atau mitos semata? Boleh guna pakai ke?

Foto – CNN

Peraturan 5 saat atau 10 saat sememangnya mitos. Namun, sama ada anda boleh mengambil makanan yang terjatuh ke atas lantai, itu merupakan isu yang agak kompleks. Oleh sebab itulah, ramai individu yang masih percaya bahawa peraturan 5 saat itu boleh diikuti.

Kajian yang dijalankan oleh Donald Schaffner, Profesor Sains Makanan di Universiti Rutgers telah menunjukkan bahawa bakteria memerlukan masa kurang daripada 1 saat untuk beralih kepada makanan yang jatuh.

Pelbagai faktor mempengaruhi proses peralihan tersebut seperti tahap kelembapan persekitaran, jenis permukaan dan berapa lama makanan tersebut telah jatuh. Peraturan 5 saat yang dikemukakan tidak mengambil kira faktor-faktor tersebut.

Ini bermakna, konsep tersebut mengabaikan faktor yang boleh mempengaruhi risiko anda untuk mendapat jangkitan. Ada juga bakteria yang boleh mencemari makanan secara serta-merta. Namun, konsep yang tular dalam kalangan masyarakat adalah bakteria memerlukan masa 5 saat untuk beralih kepada makanan yang jatuh. Ia merupakan konsep yang salah.

Tapi pakar menasihatkan agar makanan yang jatuh dibasuh terlebih dahulu jika hendak dimakan. Jika tidak, lebih baik untuk mengabaikan makanan tersebut.

Senang cerita, bila dah jatuh lebih baik dibiarkan sahaja. Atau kamu angkat dan buang ke tong sampah.

Selamat Beramal!

The post Peraturan 5 Saat ‘Hembus Dan Masuk Mulut’, Makanan Jatuh Boleh Makan Semula? appeared first on Wanista.com.

(Visited 3 times, 1 visits today)