Pengat Pisang Lemak Manis Sedap Buat Berbuka

Waktu berbuka tidak lengkap tanpa hidangan kuih muih. Kuih muih tradisi jadi kesukaan ramai. Tidak kurang juga yang menyukai manisan seperti bubur ataupun pengat. Jika ada pisang di dapur yang masak ranum, sedap juga dibuat pengat. Tambah sagu di dalamnya , pasti tak berhenti menghirup dan nikmati isinya. Jom kita buat.

PENGAT PISANG

Bahan-bahan:
5 biji pisang tanduk
3 sudu besar sago
3 senduk kecil gula pasir
Secubit garam
1 batang kulit kayu manis
2 helai daun pandan

Cara memasak:
1.Rebus air dan larutkan gula bersama garam
2.Masukkan biji sago
3.Masukkan daun pandan dan kulit kayu manis dan kacau hingga sago kembang
4.Masukkan pisang dan juga santan.
6.Kacau rata biar santan dan kuah mendidih
7.Tutup api dan pengat sedia dihidangkan panas atau sejuk

Kredit: Rozelkitchen

Agar-agar Kemiyan Cantik Aje Rupanya. Sedap Lagi Buat Berbuka.

The post Pengat Pisang Lemak Manis Sedap Buat Berbuka appeared first on RASA.

(Visited 6 times, 1 visits today)