Pelumba Kereta Australia Sekarang Jadi Bintang Erotik, Ikuti Kisahnya

Siapa gadis cantik manis di atas? Tiba-tiba banyak media antarabangsa membuat liputan tentang dirinya.

Bekas pelumba kereta dari Australia, Renee Gracie menjadi berita utama baru-baru ini setelah dia beralih ke industri filem dewasa.

Katanya dia beralih arah kerana pendapatan lumayan dan sukan lumba kereta bukanlah ‘jiwanya’.

Renee Gracie debut sebagai pelumba kart. Dia menyertai musim 2013 dan 2014 Kejohanan Porsche Carrera Cup Australia. Dia adalah wanita pertama yang pernah menyertai pertandingan musim 2013 itu. Gracie memegang rekod penamat perlumbaan 100% pada musim 2013.

Foto – Arkib Wanista

Bercakap dengan The Telegraph, Gracie mengesahkan bahawa dia tidak pandai berlumba dan merasa kurang berjaya dalam sukan ini. Dia menegaskan bahawa dia memutuskan untuk beralih ke filem dewasa selepas mendapat sokongan seluruh ahli keluarga termasuk ayahnya.

Dia mendakwa kekurangan dana di samping pendapatan yang sedikit terbukti merugikan karier perlumbaan, itulah sebabnya dia setuju untuk menceburkan diri dalam industri filem dewasa. Gracie menjelaskan tidak ada apa yang berubah baginya kerana dia masih memiliki perniagaan dan pekerjaan lain.

Foto – Arkib Wanista

Renee Gracie mendedahkan bahawa dia memperoleh hingga $25,000 (lebih RM100K) seminggu melalui penjualan foto dan video. Pendapatan bulanannya meningkat dari $64,750 menjadi $90,650.

Walaupun ramai yang mencemuh dengan kerjayanya sekarang sebagai bintang erotik, tapi bekas pelumba itu menegaskan bapanya bangga dengan dirinya.

Meninggalkan dunia perlumbaan kereta yang tidak menguntungkan, dan memutuskan untuk memasuki laman web langganan dewasa onlyfans.com. Kini berusia 25 tahun, Gracie berjaya menjana pendapatan lumayan sebagai bintang erotik dengan menjual gambar dan video.

Foto – Arkib Wanista

Nak tengok koleksi gambar dan video, follow Instagram @renee_gracie.

RUJUKAN : 1, 2

The post Pelumba Kereta Australia Sekarang Jadi Bintang Erotik, Ikuti Kisahnya appeared first on Wanista.com.

(Visited 4 times, 1 visits today)