Patutlah Kulit Wanita Jepun Cantik, Sebab Suka Mandi Petang

Apa rahsia wanita Jepun ni sentiasa sihat dan kulit pun cantik berseri dan bersih ya? Tak kan sebab faktor mandi di waktu petang boleh memberi impak ke atas kulit wanita Jepun sampai begitu sekali kan.

Terdapat kajian mengkaji mengapa wanita Jepun suka mandi waktu petang dan malam, hasilnya cukup mengejutkan.

Jom selongkar hasil kajian kenapa wanita Jepun suka sangat mandi pada waktu-waktu sebegitu, di bawah.

#1 Berendam Lama Dapat Membersihkan Tubuh Dan Kulit

Foto – Wawaza

Wanita Jepun memilih untuk mandi di waktu petang adalah kerana pada waktu tersebut mereka dapat merehatkan tubuh dan mental yang penat, dengan mandi dan berendam secara lama di bilik mandi.

Bukan itu saja, wanita Jepun sentiasa berendam bersama mandian herba seperti teh hijau, minyak aroma atau bunga-bungan untuk membersihkan tubuh dan kulit.

Tambahan lagi, suhu air panas yang digunakan untuk berendam tidak lebih dari 40 darjah selsius, dengan suhu tersebut liang pori akan terbuka dan memudahkan untuk membersihkan kotoran serta dalam masa yang sama dapat melembapkan kulit.

#2 Kolam Air Panas Sasaran Untuk Menenangkan Jiwa Di Petang Hari

Foto – Japan Visitor

Kebanyakan wanita Jepun akan berkunjung ke kolam air panas berdekatan dengan rumah mereka selepas habis waktu bekerja, ini adalah kerana mandi di kolam air panas di waktu petang dan malam dapat memberi ketenangan pada jiwa dan tubuh mereka.

#3 Hormon Seimbang, Kulit Sihat

Foto – Teplis Travel

Kita sering kali cemburu melihat kulit kebanyakan wanita Jepun bersih dan sihat, mereka dapat mencapai ini semua adalah kerana rutin mandi di waktu petang.

Hal ini dibuktikan oleh pakar dermatologi dari New York, doktor Bobby Buka. Menurut doktor Bobby, mandi di waktu petang atau malam dapat menanggalkan sebarang rangsangan dipermukaan kulit yang menyebabkan hormon tumbesaran dan hormon seks yang berada di tahap puncak di waktu malam.

Apabila rangsangan ditanggalkan semasa mandi malam, ia akan menjadi kedua-dua hormon ini menjadi seimbang dan kulit kita menjadi sihat serta berada pada tahap terbaik.

#4 Tidur Jadi Lebih Nyenyak

Foto – Sora News24

Kebanyakan wanita Jepun jadi cepat letih, dek kerana tekanan kerja yang banyak dan menggalas pelbagai tanggungjawab di bahu sehari suntuk. Dengan mandi di waktu malam, ia dapat membantu wanita Jepun untuk tidur dengan nyenyak dan selesa selepas mandi malam.

#5 Rambut Kekal Sihat Dan Lembut

Foto – iStock

Mandi sambil mencuci rambut di waktu malam akan membuatkan rambut menjadi sihat dan kelembapan rambut juga dapat dikunci. Selepas mengeringkan rambut sebelum tidur, kamu akan mendapati keesokan hari rambut menjadi lembut.

Sebab itu, rambut wanita Jepun sentiasa kelihatan sihat, kuat dan cantik je, sebab mandi sambil mencuci rambut pada waktu malam.

Jadi bagi wanita di luar sana yang ingin meniru rutin mandi malam seperti wanita di Jepun bolehlah cuba, tak rugi pun kerana banyak kebaikan pada kulit kita dapat nanti.

Rujukan: 1, 2, 3,

The post Patutlah Kulit Wanita Jepun Cantik, Sebab Suka Mandi Petang appeared first on Wanista.com.

(Visited 4 times, 1 visits today)