Paprik Ayam Resipi Sedap Untuk Berbuka. Mudah DiMasak

Paprik ayam yang dikongsikan wirawati negara ini cukup istimewa sekali. Penggunaan tiga sos iaitu sos cili, sos tiram, sos tomato dan kicap memberikan rasa sedap yang padu.

Ada pulak ramuan sayur-sayuran lobak merah , jagung muda dan bunga kubis, memang cukup berkhasiatlah. Jom cuba cepat dimasak, sedap dimakan

RESEPI PAPRIK AYAM

BAHAN-BAHAN :

6 ketul Ayam | boleh guna bahagian kepak dipotong kecil

Bahan A (dikisar semua dengan sedikit air):
1 biji bawang merah besar
πŸ‘‰ 3 ulas Bawang putih
πŸ‘‰ 6 tangkai cili kering (rendam dgn air pnas)

Bahan B :
πŸ‘‰ 2 sudu mkn sos cili
πŸ‘‰ 2 sudu mkn sos tiram
πŸ‘‰ 1 sudu mkn sos tomato
πŸ‘‰ 2 sudu mkn kicap manis utk pewarna

BAHAN C:

πŸ‘‰ 1 batang lobak merah
πŸ‘‰ bunga kobis (ikut byk mna nk letak) sy xda bunga kubis jd sy pkai brokoliπŸ˜‚
πŸ‘‰ 2 batang Baby corn (anak jagung muda)
πŸ‘‰ 2 batang serai dititik
πŸ‘‰ 4 helai daun limau purut (buang urat tgh)

πŸ‘‰ 2 tangkai cili padi merah (diketuk atau belah tgh)
πŸ‘‰ 2 tangkai cili padi hijau (diketuk atau belah tgh)
πŸ‘‰ 1 biji bawang holland potong bulat @ potong ikut sukaπŸ˜‚

CARA MEMASAK:

1. Tumis bahan A dgn sedikit minyak sehingga masak @ pecah minyak, masukkkan semua bahan B tambah sedikit air.
2. Kemudian masukkan ayam. Biarkan didih sekejap, kemudian tmbahkan perisa garam, gula n ajinomoto(optional) secukup rasa biarkn menggelegak dulu.
3. Agak ayam dh separuh masak, baru masukkn semua Bahan C sayur, serai dan daun limau purut yg dibuang urat tengah.
4. Biarkan menggelegak seketika, kemudian masukkan bawang holland dan cili padi. dah masuklan semua bahan, biarkan bersatu dlm kuali dan biarkn semua mengelegak dlm 3 ke 4 minit.
5. Jangan masak lamaΒ² nanti sayur terlampau layu jadi tak sedap.. dah boleh tutup api.. siap blh hidang..

Kredit: wirawati negara

ANDA MUNGKIN JUGA SUKA VIDEO MASAK INI :

DAN JUGA RESIPI INI:

Ini Resipi Ayam Masak Merah Paling Sedap!

The post Paprik Ayam Resipi Sedap Untuk Berbuka. Mudah DiMasak appeared first on RASA.

(Visited 4 times, 1 visits today)