Panduan Makan Ubat Bulan Puasa Terutama Jika Kena Ambil 3-4 Kali Sehari

Ramai saja kalangan kita yang ada masalah kesihatan namun diizinkan untuk berpuasa tapi pada masa yang sama perlu mengambil ubat.

Persoalannya bagaimana nak ambil ubat terutama jika perlu makan 2-3 kali sehari ketika bulan puasa.

Boleh ikut panduan yang diberikan oleh Public Health Malaysia ini.

Apa yang perlu dilakukan adalah ubah masa pengambilan ubat. Jika ada masalah boleh rujuk dahulu profesional kesihatan terutamanya ahli farmasi untuk penerangan lanjut.

Panduan pengambilan ubat di bulan puasa

KEKERAPAN MASA PENGAMBILAN
SEBELUM MAKAN SELEPAS MAKAN
1 x sehari
  • Sebelum sahur
  • Selepas berbuka
2 x sehari
  • Sebelum sahur
  • Selepas berbuka, sebelum mengambil menu utama
  • Selepas sahur
  • Selepas berbuka
3 x sehari
  • Sebelum sahur
  • Selepas berbuka, sebelum mengambil menu utama
  • Sebelum tidur
  • Selepas sahur
  • Selepas berbuka
  • Sebelum tidur
4 x sehari Bergantung kepada jenis penyakit atau minta nasihat akan alternatif lain jika ingin berpuasa. Sila rujuk kepada ahli farmasi.

Sumber: Public Health Malaysia

The post Panduan Makan Ubat Bulan Puasa Terutama Jika Kena Ambil 3-4 Kali Sehari appeared first on Vanilla Kismis.

(Visited 6 times, 1 visits today)