Pakar Dedahkan Mengapa Setiap Masakan Anda Mesti Ada Bawang Putih, Antaranya Kebaikan Untuk Ka4anser

Bawang putih adalah antara makanan superfood yang sangat elok untuk kita amalkan. Khasiat Allicin yang terkandung dalamnya dapat membantu merawat banyak penyakit seperti darah tinggi, masalah kolesterol, penyakit jantung malah penyakit kanser yang digeruni.

Sebab itu ramai yang mengamalkan makan bawang putih mentah setiap hari untuk memperoleh khasiatnya. Tapi sayangnya ramai juga yang tidak memahami cara betul penyediaan hingga menyebabkan khasiatnya kurang atau hilang.

Menurut Dr Suri Roowi bagi memastikan bawang putih dapat berfungsi sebagai bahan antikanser, cara penyediaan yang betul adalah dengan mengetuk 2 biji bawang putih dan dibiarkan selama 10 minit sebelum dimakan.

Cara inilah yang akan menghasilkan Allicin dari bawang putih yang bertindak sebagai antikanser yang kuat. Ikuti penjelasan Dr Suri Roowi tentang perkara ini.

Bawang putih- khasiat berbeza mengikut cara penyediaan 

  1. Bawang putih telah lama digunakan untuk merawat pelbagai penyakit. Bahan berkhasiat dalam bawang putih dipanggil ALLICIN dan AJOENE
  2. ALLICIN mempunyai sifat ANTIKANSER YANG KUAT khususnya antikanser PAYUDARA, PROSTAT, USUS BESAR, KULIT, RAHIM, PUNDI KENCING dan PARU-PARU
  3. Selain dari itu, ia membantu masalah radang, bertindak sebagai antikulat dan menghalang jangkitan bakteria. Justeru, minumlah air bawang putih jika kita demam, batuk atau sakit tekak
  4. ALLICIN akan terbentuk jika bawang putih diketuk. Caranya adalah dengan mengetuk 2 ulas bawang putih, biarkan selama 10 minit, ditambah madu, air suam dan seterusnya diminum
  5. Jika bawang putih diketuk (dibiarkan selama 10 minit) dan ditambah minyak zaitun. Bahan yang terbentuk adalah AJOENE. Bahan ini merencatkan pertumbuhan sel kanser khususnya kanser darah (LEUKEMIA).
  6. Jika bawang putih dipanaskan selama 1 minit dalam mikrowave @ 45 minit dalam oven. Bawang putih akan hilang keupayaan untuk bertindak sebagai antikanser.
  7. Bahan berkhasiat ALLICIN juga akan hilang sehingga 22% jika disimpan selama 180 hari dalam petisejuk dan akan hilang sehingga 99% jika bawang putih digoreng.

NOTA

Bagi yang mengamalkan bawang putih bakar mungkin boleh mengamalkan makan yang mentah pula. Menurut Dr Suri Roowi bawang putih bakar ada khasiat tetapi kurang. Bahan berkhasiat dibentuk oleh tindak balas enzim. Jika dibakar enzim belum sempat bertindakbalas dan enzim akan mati akibat haba tinggi. Sebab itu perlu diketuk dan dibiarkan 10 minit.

#DrSuriRoowi
Principal Scientist

Rujukan:
a. Kooti et al. (2017). J Evid Based Complementary Altern Med. 22(4): 982–995.
b. Prati et al. (2014). Food Sci. Technol, Campinas, 34(3): 623-628

Sumber Dr Suri Roowi

(Visited 123 times, 1 visits today)