Sekarang Dah Ada Aiskrim Batang Tealive Boba La, Sedapnya…

May 5, 2020 rencah7 0

Siapa dekat sini masih kemaruk dengan boba, kita geng!
Nak tahu, sekarang jenama aiskrim, Wall’s memperkenalkan rekaan terkininya melalui kolaborasi dengan rangkaian bubble milk tea, Tealive – Wall’s Special Edition Tealive Boba Ice Cream.
Wall’s Special Edition Tealive Boba Ice Cream. Foto – Arkib Wanista Dikenali dengan nama manja #WallsBobalicious, Wall’s Special Edition Tealive Boba Ice Cream merupakan gaya terbaharu peminat boba untuk menikmati minuman kegemaran mereka dalam bentuk aiskrim, tidak mengira tempat dan waktu!
Aiskrim Boba memberi pengalaman anda merasai teh susu yang kaya dengan bijian pearl kenyal dalam setiap gigitan.
#WallsBobalicious bakal dipasarkan di seluruh negara di kesemua semua pasar raya utama, pasar raya besar, kedai serbaneka dan juga cawangan Tealive terpilih dengan harga sebatang ais krim dijual pada harga yang disyorkan iaitu RM2.20 – RM2.70 sebatang.
Foto – Arkib Wanista Nantikan kemas kini dan tawaran menarik di laman sesawang Wall’s (www.walls.com.my) atau ikuti Wall’s Malaysia di Facebook (www.facebook.com/wallsmalaysia/).
The post Sekarang Dah Ada Aiskrim Batang Tealive Boba La, Sedapnya… appeared first on Wanista.com.

Laksa Thai Homemade, Sedap Sampai Teringat-Ingat

May 5, 2020 rencah7 0

Laksa Thai adalah salah satu laksa yang sangat diminati. Rasanya yang sedap gabungan lemak, masin dan manis serta pedas membuatkan laksa ini sangat menjadi perhatian. Sos nampla menjadikan laksa ini begityu menyelerakan apatah lagi bila dimakan dengan taugeh dan sayuran segar. Jom cuba buat sendiri laksa thai ni.
LAKSA THAI

BAHAN UTAMA
1 peket laksa Thai
BAHAN KUAH:
*5 ekor ikan selayang / sardin rebus dengan 2 cawan air. Perisikan.
*3 biji bawang merah kecil
*2 ulas bawang putih
*5 biji cili thai (jika nak kuah pedas)
*1/2 inci lengkuas
*Sebatang akar ketumbar
*1 inci kunyit hidup / serbuk
5 pasang daun limau purut
1 batang serai – ketuk
2 keping asam gelugur
2 cawan santan segar / 1 kotak santan 200 ml.
3 sudu besar nampla (sos ikan)
Garam & gula secukup rasa
CARA MEMASAK KUAH:
Bahan bertanda dikisar dengan air rebusan ikan. Masukkan dalam periuk. Masuk bahan yang tidak bertanda pula seperti daun limau purut, serai, asam gelugur, sanatn, sos ikan, garam dan gula. Didihkan sam..

Macam Tak Percaya Dah 53 Tahun, Ini 7 Perkara Tentang ‘Dr Ji’ Yang Mungkin Anda Nak Tahu

May 5, 2020 rencah7 0

Fenomena K-drama The World of The Married mengisahkan kehidupan doktor wanita Ji Sun Woo yang pada awalnya kelihatan sempurna namun musnah setelah suaminya Lee Tae Oh curang dengan wanita yang lebih muda menjadi sebutan dan trending di laman sosial.
Drama ini disahkan telah mencatatkan rating yang lebih tinggi daripada rekod yang dipegang kemas oleh drama SKY Castle (23.78%) pada tahun 2019 dengan catatan 24.33%, sekali gus mencatat sejarah baru bagi drama Korea di saluran kabel televisyen.
Teraju utama drama ini, Kim Hee Ae, 53 tahun, memainkan watak Dr Ji ternyata memberi kesan yang begitu mendalam kepada penonton dengan digambarkan sebagai isteri yang bijak, kuat dan seorang wanita yang independent.
Setelah 4 tahun mendiamkan diri dalam bidang lakonan, Kim Hee Ae membuktikan kualiti lakonannya yang luar biasa. Jom kita kenali lebih dekat dengan pelakon utama The World of The Married ini.
7 Perkara Tentang Kim Hee Ae, Pemegang Watak ‘Dr Ji’ Dalam The World Of Married 1. Lebih 37 ..

Lainnya Aktres Hong Kong Maggie Cheung Sekarang, Nampak ‘Tua’ Sangat

May 5, 2020 rencah7 0

Mungkin sekarang ramai yang tidak mengenali aktres Hong Kong ini. Tapi percayalah sebelum kedatangan Korea, hiburan Hong Kong, Taiwan, China malah Jepun memang jadi fenomena dekat Malaysia.
Salah satunya aktres legend Maggie Cheung yang namanya memang hebat dalam industri hiburan, seiring Andy Lau, Tony Leung, Jet Li, Gong Li, serta Jackie Chan.
Foto – Twitter Kini, Maggie Cheung kembali tular selepas penampilan barunya berlegar di media sosial. Rata-rata netizen seakan tidak percaya dengan perkembangan Maggie yang kelihatan lebih tua dengan muka cengkung dan kurus kering menjadi pertanyaan ramai. Tidak seperti Maggie yang biasa, yang awet muda malah sentiasa fresh.
Foto – AsiaOne Gambar screenshot Maggie dalam sebuah rancangan variety China baru-baru ini banyak diperkatakan netizen. Ada yang mengatakan Maggie Cheung yang berusia 55 tahun itu kelihatan seperti orang tua usia 70 tahun, tidak seperti penampilan glamornya sebelum ini.
Gif Walaupun begitu, ada juga beberapa netizen membela aktres hebat ini dengan menyatakan kualiti gambar yang dikongsi buruk kerana sudut kamera dan pencahayaan dalam kereta tersebut (Maggie berada dalam kereta ketika itu), malah Maggie juga kelihatan seperti ‘not in a good mood’ ketika wawancara berlangsung.
Macam-macam hal.
RUJUKAN
The post Lainnya Aktres Hong Kong Maggie Cheung Sekarang, Nampak ‘Tua’ Sangat appeared first on Wanista.com.

Cara Mudah Tekan Doh Semperit Supaya Sama Saiz & Tak Senget.

May 5, 2020 rencah7 0

Semperit memang mudah dihasilkan namun yang renyahnya apabila tiba bab nak tekan acuan. Bagi yang kurang mahir, pasti rupa doh yang ditekan ada bermacam-macam saiz. Ada yang besar, ada yang agak nipis, ada yang senget dan sebagainya.

Melalui perkongsian saudari Chu Yusmini, beliau telah menunjukkan cara menekan acuan semperit yang mana hasilnya sangat cantik dan kelihatan sekata tanpa ada senget-senget. Mudah sahaja. Hanya menggunakan muncung botol yang telah dipotong yang diselit pada acuan semperit. Memang kreatif! Anda pun boleh cuba cara ni.

Tonton cara-caranya disini:

Cara tekan samperit…cara sy yg xreti sbb selalu senget bagai…jadi sy guna cari ni..Maaf sy kidal..jd sy tekan tgn kidal…#jgnkecamno…#vdeoank ngasuh amik jd ada iklan..
Posted by Chu Yusmini on Thursday, 15 June 2017
Kredit petua & foto: Chu Yusmini
ANDA JUGA BOLEH CUBA:
Jom Cuba! Aneka Resipi Biskut Raya Popular & Disukai Ramai.
Air Bandung Laici Cincau Sedap Kaw Untuk Berbuka.
The post Cara Mudah Tekan D..

Resepi Honey Butter Cornflakes Yang Tak Melekit, Lebih Rangup & Tak Muak

May 5, 2020 rencah7 0

Sepanjang kita berada dalam bulan Ramadan, bukan sahaja resepi menu-menu utama seperti nasi dan lauk pauk akan dicuba malah resepi biskut raya pun mesti menjadi pilihan. Walaupun banyak kuih raya dijual di pasaran, namun ramai dalam kalangan kita masih memilih untuk buat sendiri di rumah bersama keluarga.
Antara kuih raya yang menjadi pilihan ramai adalah cornflakes madu kerana rasanya yang manis dan garing. Memang sedap! Tetapi, ada juga yang kurang menggemarinya kerana agak melekit dan boleh muak kerana terlampau manis. Jadi, anda yang tidak sukakan kuih raya melekit itu, boleh cuba pula Honey Butter Cookies Cornflakes yang pastinya tidak muak.
Resepi Honey Butter Cornflakes Lain sikit dari cornflakes madu yg biasa tu. Anak-anak lebih suka yang ini. Tak melekit, lebih rangup dan tak muak.
Bahan-bahan:
-250g butter (saya pakai buttercup je)
-3 sb madu
-1 biji kuning telur
-3 sb susu pekat manis
-1 cawan gula halus
-500g cornflakes
1. Pukul gula dan butter hingga kembang. Ma..

Tiga Gaya Masak Kuey Teow Kegemaran Ramai..Sedapnya Berbuka

May 5, 2020 rencah7 0

Nak masak apa ya untuk menu berbuka, asyik nasi aje bosan gak. Jom goreng kuew teow atau nak masak berkuah pun best gak.Kuey Teow ni memang sedap kalau masak taruh kicap kan.
Jom kita cuba tiga resipi ini….
1. KUEY TEOW LADNA

Bahan-bahan :
4 paket kuey teow (leraikan) 2 sudu sos tiram 1/2 cawan kicap lemak manis 1 sudu sos ikan Sedikit air Bahan Kuah:
6 ulas bawang putih (cincang halus) Sedikit minyak untuk menumis 1 cawan isi ayam hiris 1 cawan daging (dah direbus empuk dan hiris) 1 paket serbuk mee sup Air secukupnya (dalam 3 ke 4 cawan) 2 biji telur 2 sudu sos ikan 1 biji limau nipis (ambil jus sahaja) Sayuran pilihan (cendawan hitam yang direndam sampai kembang dan digunting, kailan, kobis cina, carrot dan cendawan enoki) 3 ke 4 sudu tepung jagung bancuh dengan 1/2 cawan air CARA MEMASAK :
1. Mula-mula buat kuey teow dulu. Panaskan kuali, masukkan semua kuey teow.
2. Gaul kicap, sos tiram dan sos ikan dan tuangkan kedalam kueyteow. Kacau guna api kecil sampai semua sebati da..

Deko Rumah Sewa Papan Hanya Guna Barang Kedai RM2, Hasilnya Simple & Kemas!

May 5, 2020 rencah7 0

Bila bercakap je berkenaan perkara menghias rumah, pastinya anda terus terfikir untuk menggunakan khidmat interior designer disebabkan cara kerja mereka dan hasil yang dijanjikan. Tetapi dengan keadaan sekarang yang sedang melanda negara kita, pastinya jika anda mahu menghias rumah anda perlu melakukan sendiri tanpa menggunakan khidmat seseorang.
Berbeza dengan orang lain, perkongsian Amiereo Adipati dilaman Facebooknya berkenaan hiasan rumah berjaya menarik perhatian ramai. Ini kerana rumah yang dihias itu merupakan sebuah rumah kampung. Walau hanyalah penyewa di rumah tersebut, tiada alasan untuk dia menghias rumah tersebut sehingga kelihatan sangat cantik. Yang menarik lagi, rumah itu dihias dengan bajet yang rendah dan hanya menggunakan barang barang dari kedai RM2, kedai barangan DIY dan Shopee.
Rumah Papan Berubah Wajah
Hanya lah pada awalnya sebuah rumah papan yang biasa, penghuni ini berjaya menghias dan mengubah wajah rumah tersebut kelihatan cantik dan selesa untuk dihuni..

5 Resipi Nasi Goreng Untuk Bersahur. Menu Cepat & Jimat.

May 4, 2020 rencah7 0

Jom masak nasi goreng untuk sahur. Nasi goreng memang mudah dan cepat disediakan. Enak dihidang panas-panas dan dimakan bersama cili jeruk.
Sesuai sangat untuk hidangan orang bujang atau berkeluarga, yang tak pandai masak pun gerenti boleh buat punya.
1. NASI GORENG TOM YAM KAW
BAHAN-BAHAN:
250gm nasi putih 4 ketul ayam | dipotong kiub ½ sudu teh rempah tom yam 1 sudu makan minyak masak 1 ulas bawang merah 2 biji cili merah | diketuk ½ biji limau nipis 20gm hirisan timun 20gm hirisan lobak merah 10gm tauge | hiasan 1/2 biji tomato | hiasan Garam dan serbuk perasa secukupnya CARA MEMASAK:
1. Panaskan minyak dan tumis bawang merah hingga kekuningan.
2. Masukkan ayam dan biarkan lembut seketika.
3. Perasakan dengan garam dan serbuk perasa. Kacau rata.
4. Masukkan hirisan lobak merah, timun serta nasi. Gaulkan rata.
5. Masukkan rempah tom yam, cili merah dan perahkan jus limau nipis. Gaulkan hingga rata.
6. Hidangkan bersama tauge dan hirisan tomato.
Anda boleh juga menumiskan rempa..

Resepi Mee Goreng Basah ‘Berlemoih’ Mulut, Confirm Licin!

May 4, 2020 rencah7 0

Sepanjang 30 Hari Ramadhan ini semestinya yang paling susah untuk difikirkan ialah menu untuk berbuka puasa. Sudah semestinya anda ingin masak menu yang berbeza. Dengan lambakan resepi yang dikongsi oleh semua orang, dan juga ada yang telah menubuhkan satu group khas di akaun media sosial hanya untuk berkongsi resepi antara satu sama lain.
Menu biasa yang dikongsi pastinya resepi pelbagai lauk yang boleh dimakan dengan nasi. Walaubagaimanapun jika anda sudah jemu hanya berbuka dengan nasi, anda boleh mencuba resepi yang dikongsi oleh Nur Aisya melalui laman Facebook Masak Apa Hari Ni (MAHN). Resepi mee goreng basah yang dikongsi sangat menyelerakan dan juga sesuai untuk dibuat juadah berbuka.
Resepi Mee Goreng Basah
Bahan-bahan untuk 4 orang makan
1. Mee setengah kilo
2. Cili blend 1 senduk (kena banyak.. So cari yang tak pedas la)
*cili blend biasa dah siap blend dengan bawang putih dan merah
3. Sawi
4. Sotong/udang/ayam/daging ikut selera masing masing
5. Sos tiram 2 sudu b..