Ramai Yang Nak Tebus RM30 Tapi Ada Lagi Yang Belum Faham Tentang E-Wallet. Ini Info, Kegunaan & Kelebihannya

January 26, 2020 rencah7 0

Di media sosial ramai yang berkongsi info dan bercakap tentang tentang agihan RM30 untuk pengguna e wallet yang boleh dituntut hari ini 15 Januari 2020 menerusi program e tunai rakyat.

Agihan tersebut diberi kepada 15 juta rakyat Malaysia berumur 18 tahun ke atas dengan pendapatan kurang RM100k setahun yang boleh dituntut menerusi 3 pengendali e-wallet terbesa r iaitu Grab, Boost & Touch & Go.

Tak dinafikan ramai yang bercakap tentang perkara ini namun rasamua yak semua faham tentang e wallet atau e dompet ini. Apa makna, bagaimana kegunaan dalam kehidupan seharian dan kelebihan e wallet ini.

Buat yang belum tahu info ringkas ini boleh memberi kita kefahaman.

Apa itu E-Wallet?
E-wallet (atau Dompet Digital), berfungsi seperti dompet fizikal kita iaitu menyimpan wang, kad debit, kad kredit, dan juga maklumat akaun bank kita dalam satu aplikasi. Untuk lebih terperinci, e-wallet bertujuan untuk menggantikan dompet fizikal supaya kita tidak perlu membawa dompet atau beg tangan ke mana-..

Cara Pilih Tepung Beras Yang Betul Supaya Kuih Menjadi, Kena Tengok Bilangan Gajah!

January 26, 2020 rencah7 0

Bila beli tepung beras untuk buat kuih biasanya kita tengok tulisan tertera tepung beras dan nampak saja cap gajah kita terus beli. Kemudian bila buat kuih walau pun dah ikut resipi tapi tetap tak menjadi. Kenapa ya?

Ha! Ini mungkin sebab kita beli tepung beras yang berbeza dari yang digunakan dalam resipi. Ramai tak tahu bahawa tepung beras yang dijual di kedai sebenarnya ada beberapa jenis. Salah pilih mungkin sebab itu kuih tak menjadi.

Tepung beras yang kita beli biasanya diperbuat dari Thailand dan ia ada 3 jenis yang berlambangkan gajah. Perasan tak lambang gajah tapi bilangan gajah ini berbeza. Inilah membezakan jenis tepung. Kemudian ada pula gambar Teratai, ini pun berbeza

Supaya tak silap beli, kena tahu perbezaannya ya!

Tepung Beras Cap 1 Gajah

Sangat sesuai untuk mengoreng seperti buat adunan untuk goreng pisang, keledek, keladi, cempedak, adunan gorengan ikan seperti goreng mamak, goreng berempah.
Tepung ini sangat ranggup sesuai untuk buat rempeyek dan tumpi kacang h..

Kalau Ada Pokok Degil Tak Mahu Berbuah, Cuba Buat Teknik Kelaran. Hasilnya Memang Lebat

January 26, 2020 rencah7 0

Jika di halaman rumah kita ada menanam pokok buah-buahan tapi setelah sekian tak juga berbuah mungkin sudah sampai masa anda buat teknik kelaran seperti yang dikongsi oleh Abdul Hamid Ahmad ini.

Daripada merungut depan pokok, sebaik ambil parang dan buat teknik kelaran ini. Buat dengan penuh perasan ya, hasilnya memang buah keluar lebat.

Teknik inilah juga yang digunakan oleh pekebun untuk memaksa pokok berbuah.

Teknik kelaran atau girdling
Sebelum ini saya ada menyebut teknik kelaran (atau girdling technique) yang telah saya buat pada pokok tin dan pokok mangga.

Beberapa sahabat serta tuan admin Izham Alias mencadangkan dibuat pautan kepada maklumat ini. Maka dikesempatan ini saya tuliskan sebuah nota ringkas yang menerangkan sedikit-sebanyak tentang teknik ini.

Teknik girdling diamalkan oleh penanam pokok buah-buahan, baik untuk kegunaan sendiri atau di ladang. Ada dua tujuan teknik ini dilakukan:

a) Untuk mendapatkan buah yang banyak pada sesuatu musim, dan untuk menjadikan bu..

Buat Sendiri Troli Ala Ikea. Modal Tak Banyak, Ikut Suka Nak Buat Berapa Tingkat!

January 26, 2020 rencah7 0

Kalau ke gedung Ikea, troli ini antara yang kaum wanita suka beli.Walaupun harganya Hampir RM150 tapi ia tetap disambar sebabnya cukup berguna untuk menyimpan barang terutama di dapur. Lagi satu ia memiliki roda dan senang ditarik ditolak.

Kalau ada yang teringin untuk membelinya tapi lokasi Ikea jauh atau ada kekangan duit, boleh cuba buat sendiri.

Caranya dikongsi oleh Maria Ariana. Walaupun DIY tapi rupa lebih kurang jer.

Benda boleh DIY buat apa beli

Disebabkan ramai yg pm dan wasap tanya pasai troli ala ala Ikea ni, nah kat sini saya post hasil kerja suami. Step by stepnya.

Diharap dapat membantu korang untuk berjimat sebab dia kata “benda boleh diy, buat apa beli”.

Barang yang diperlukan
Bakul

Untuk troli kita guna 3 pcs bakul, sebab kita nak buat 3 tingkat. Saiz bakul pulak ikut citarasa korang la tapi kalau guna bakul lain nanti ukuran paip pvc tu pun lain la ye. Bakul korang bleh cari kat kedai Eco, sebab murah.

Roda

Ok yg ni penting, roda. Pun dari kedai Eco. Beli 1 ..

Ketahui 10 Password Terburuk Sasaran Mudah Scammer

January 26, 2020 rencah7 0

Adakah anda menggunakan nama anak sebagai password? Atau adakah anda gemar memilih nama mudah seperti bon007, trustno1 atau abc123?

Jika ya sila tukar sekarang! Apatah lagi di negara ini aktiviti scammer cukup berleluasa.

Menurut polis Queensland, jika kita menggunakan password seperti ini maka kita adalah sasaran muda penggodam.

“Kalau menggunakan nama sebagai kata laluan, ia boleh di godam dengan mudah.

“Penggodam tahu orang ramai menggunakan kata laluan bermula huruf besar dan sering menggunakan kata laluan sama di semua laman web,” katanya.

Ini juga salah satu dari password terburuk!
Amaran itu dikeluarkan kerana polis sering menerima kes penipuan menerusi talian yang dilihat semakin membimbangkan.

“Berita berkaitan scam, kehilangan wang dalam akaun, termasuk perniagaan yang sering dikaitkan dengan jenayah scam semakin meningkat,” katanya.

Susulan itu, Australia menanggung kerugian lebih AS$8.5 juta (RM36 juta) setahun.

Syarikat aplikasi keselamatan dan penyedia perkhidmata..

Fungsi Tempat Sandar Kepala Dalam Kereta Ketika Kecemasan

October 22, 2019 rencah7 0

Tempat sandar kepala pada kerusi kereta bukan saja keselesaan ketika memandu tapi sangat berguna buat pemandu berada dalam kecemasan.

Sekiranya kereta yang anda pandu ditimpa malang terbabas dalam sungai, longkang besar dan di tenggelami air, penyandar kereta amat berguna ketika ini.

Apabila kereta tenggelam tekanan air menyebabkan pintu kereta sukar untuk dibuka. Maka satu-satu jalan keluar ketika ini adalah dengan memecahkan pintu kereta dan anda harus melakukannya dengan pantas sebelum terlewat.

Sekiranya tiada alat yang tajam di dalam kereta yang boleh digunakan untuk memecahkan pada cermin alternatif lain adalah dengan menggunakan tempat sandar kepala kereta anda!

Cabut tempat sandar kepala dari tempat duduk anda. Ya ia boleh dicabut!

Selepas berjaya mengeluarkannya, letakkan salah satu daripada dua rod besi itu di antara tingkap dan pintu dan masukkannya ke dalam.

Pastikan anda masukkan ke dalam salah satu bahagian bawah hujung tingkap, kerana itulah di mana ia paling mudah..

No Image

6 Keistimewaan Wanita Bergelar Ibu Pada Usia 20-an, Salah Satunya Nampak Awet Muda!

October 22, 2019 rencah7 0

Jika pada usia 20-an anda sudah miliki kerja yang elok dan sudah bergelar ibu bersyukurlah. Anda sebenar tergolong dalam kalangan wanita bertuah. Tak semua dapat memiliki dua perkara yang diidamkan oleh wanita ini terutama sekali perihal rezeki menjadi ibu.

Meski ada yang berkata tak puas menikmati masa muda tapi sebenarnya ada banyak keistimewaan atau kelebihan yang dianugerahkan kepada anda atas pengorbanan itu.

Masih bertenaga
Hamil, bersalin dan membesarkan bayi memerlukan usaha dan tenaga yang bukan sedikit. Tapi jika itu semua dilalui pada usia 20-an kita takkan cepat letih kerana masih bertenaga untuk melakukannya. Tanyalah pada rakan yang melahirkan pada usia lewat 30-an mereka akan mengakui perkara ini. Cepat penat ketika hamil apatah lagi menguruskan anak.

Sudah punya keluarga kecil
Keluar dengan rakan, window shopping, bebas bercuti memang perkara yang akan dilakukan pada usia 20-an. Tapi jika sudah ada keluarga kecil, walaupun anda rasa rindu melakukan semua ini tapi ia ..

Amal Minum Air Sejuk atau Air Panas, Mana Lebih Baik?

October 22, 2019 rencah7 0

Minum air sejuk terutama berais memang menyejukkan tekak terutama pada hari panas terik. Tapi ramai yang mengamalkan pantang minum air ini kerana dikatakan tak elok untuk kesihatan. Betulkah?

Sebenarnya minum air sejuk juga baik untuk tubuh tapi haruslah pada waktu yang sesuai. Berikut dikongsi kebaikan minum air sejuk dan waktu yang tepat untuk anda mengambilnya agar bermanfaat pada kesihatan tubuh.

Selepas bersenam
Sewaktu bersenam, suhu tubuh akan meningkat dan minum air yang sejuk akan menurunkannya kembali.

Melawan panas
Minum air sejuk terutama pada musim panas disarankan bagi kesihatan tubuh. Air sejuk diserap dengan cepat oleh tubuh dibanding air panas.

Membantu menurunkan berat badan
Kunci penurunan berat badan adalah menaikkan kadar metabolime tubuh agar dapat membakar kalori lebih banyak lagi.

Antara cara paling berkesan untuk tujuan ini adalah minum atau mandi air sejuk, ia dapat meningkatkan metabolisme tubuh.

Jangan minum air sejuk bila…
Elak minum air sejuk ketika ..

Kalau Jari Tersepit Pintu, Lakukan Langkah Ini Untuk Kurangkan Kesakitan

October 22, 2019 rencah7 0

Sekali atau dua kali seumur hidup pasti akan terkena situasi jari tangan atau kaki tersepit pada pintu. Sakitnya memang tak boleh dibayangkan.

Begitu juga tahap kesakitan bila barang berat jatuh di atas jari atau pun ibu jari kaki tersepak sesuatu.

Jika sekali lagi anda mengalami masalah ini mungkin boleh praktikkan cara mengurangkan tahap kesakitannya seperti yang dikongsi oleh Dr. Khairul Faizie

Subungual Hematoma
Jari tangan /kaki terkepit pada pintu kereta, atau barang berat jatuh atas jari kaki….ada darah beku pada kuku. Sakit, memang sakit sebab space di antara kuku tu sempit.

Darah berkumpul, pressure builds updan ini merangsang saraf untuk beri rasa sakit berdenyut denyut. Keadaan ini di panggil SUBUNGUAL HEMATOMA. Anda pula masa tu tengah camping / jauh dari klinik /hospital.

Apa yang anda boleh buat?
Tip ini orang yang tak belajar medic pun boleh buat.
Banyak kali saya jumpa patient yg berhari hari menanggung sakit, selepas itu barulah ke klinik. Caranya secara mudah ada..

7 Jenis Sayuran Yang Boleh Kita Tanam Menggunakan Segelas Air

October 17, 2019 rencah7 0

Jika teringin bercucuk tanam di rumah tapi tiada ruang, anda mungkin boleh mulakan dengan menanam sayur ini. Apa yang diperlukan untuk menanam sayur ini hanyalah segelas air saja.

Kubis Cina

Anda boleh mencambahkan helaian baru kubis Cina dengan menggunakan tampuknya. Cuma letakkan bahagian bawah tampuk dalam mangkuk dengan sedikit air dan tunggu beberapa hari untuk melihat ia mencambahkan daun yang baru.

Daun bawang, leeks

Apa yang anda perlukan cuma gelas, air dan juga beberapa rumpun daun bawang atau pun sayur leek. Letakkan rumpun sayur ini ke dalam gelas berisi air dan ia akan kekal segar dan bercambah.

Daun pudina
Fresh mint for sale
Daun yang mampu menyedapkan teh dan juga asam laksa ini sebenarnya cukup senang ditanam. Apa yang perlu dilakukan cuma letakkan daun pudina bersama rumpun yang berakar di dalam air.

Daun basil

Bagi memastikan anda mendapat bekalan daun basil yang berterusan anda tak perlu membelinya di kedai. Ia cukup mudah untuk dicambah.

Hanya letakkan daun..