Resipi Hebat Cendawan Tiram Goreng Garing & Daging Berempah Sedap. Stail Sue.

April 20, 2020 rencah7 0

Daging Resipi Pilihan Snek Uncategorized Resipi Hebat Cendawan Tiram Goreng Garing & Daging Berempah Sedap. Stail Sue. Faridah Talib April 20, 20202 views0 Add to favorites 0 Share Faridah Talib April 20, 2020 Cendawan tiram goreng garing , selain boleh dijadikan lauk-pauk untuk makan dengan nasi, boleh juga dijadikan snek dimakan begitu saja. Selain cendawan tiram, boleh juga guna cendawan enoki/eringi/cendawan kukur/sisir. Lain2 jenis cendawan macam kurang sesuai tapi tak salah kalau nak cuba.
Kata empunya resipi Sue M Arukin ,“Selagi ada bahan-bahan mentah di rumah, kita gunakan semaksima mungkin sebelum keluar top up y..

Impak Coronavirus Ubah Masa Depan Manusia, No 7 Potensi Besar

April 20, 2020 rencah7 0

Virus pandemik yang berleluasa di seluruh dunia membuatkan kerajaan dan dan pakar kesihatan dari seluruh negara bertungkus-lumus mengeluarkan guidelines yang boleh diikuti dan dipatuhi dalam menjaga kebersihan serta kesihatan diri dan keluarga.

Penularan wabak coronavirus yang boleh membawa maut ini menggusarkan hati orang ramai, kerana sehingga kini masih tiada penawar yang ditemui bagi menangani wabak maut ini. Tambahan lagi, oleh kerana kewujudan virus ini pelbagai aspek bakal berubah di masa hadapan dek kerana coronavirus ini.

Ingin tahu apakah yang bakal berubah di masa hadapan kerana coronavirus ini, baca artikel ni sampai habis.

#1 Tidak Lagi Bersalaman
Foto – WFTL
Gara-gara penularan virus yang boleh menjangkiti manusia menerusi sentuhan, di masa hadapan kita mungkin tidak lagi atau kurang bersalaman dengan individu lain. Perbuatan seperti bersalaman, berpelukan dan bercium akan dikurangkan dan mungkin di larang sepanjang tempoh coronavirus.

Sebagai ganti, aktiviti tersebut digantikan dengan perbuatan seperti mengangguk kepala, atau meletakkan tangan di dada sebagai tanda hormat atau salam.

#2 Akan Lebih Banyak Sanitizer Di Tempat Awam
Foto – Gramho
Oleh kerana vaksin masih tidak lagi ditemui, di masa akan datang akan lebih banyak sanitizer diletakkan di tempat-tempat awam. Dengan penggunaan sanitizer di beri secara percuma di tempat awam dapat membantu kita semua menjaga kebersihan dan kesihatan walau di mana sahaja kita berada.

#3 Cara Komunikasi Menjadi Lebih Baik
Foto – Reliv Asia Pacific
Dek kerana pengalaman semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), segala urusan kerja bersama pelanggan dilakukan ketika di rumah menerusi sosial media, aplikasi dan juga mesej menerusi email atau panggilan telefon.

Dengan kebolehan yang dimiliki semasa berurusan dengan pelanggan semasa PKP, menjadikan bakat komunikasi menjadi lebih baik dan sistematik.

#4 Jadi Lebih Memahami Etika Kesihatan Awam
Foto – South China Morning Post
Jika sebelum ini kita semua kurang faham atau langsung tidak tahu tentang etika kesihatan di tempat awam, kini dek kerana penularan virus maut ini kita semua mengetahui dan belajar tentang etika kebersihan serta kesihatan di tempat awam.

Perkara ini akan menjadi aspek penting dalam diri kita semua kerana jika diabaikan, nyawa mungkin menjadi taruhannya.

#5 Pusat Pembelajaran Amalkan Penjarakkan Sosial
Foto – Student World Online
Di masa akan datang pusat-pusat pembelajaran seperti sekolah, universiti, kolej dan pusat tuisyen akan amalkan penjarakkan sosial. Para pelajar akan duduk secara berjarak antara satu sama yang lain dan kelas-kelas dalam talian juga akan lebih banyak di buka bagi menjaga keselamatan dan kesihatan para pelajar.

#6 Syarikat Benarkan Pekerja Bekerja Di Mana-Mana Sahaja
Foto – Freepik
Menerusi pengalaman sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sepanjang penularan coronavirus, banyak syarikat menjadi lebih flesibel dalam melaksanakan urusan kerja dan itu termasuklah dengan pelaksaan kerja dari rumah.

Cara kerja sebegini berpotensi dilanjutkan selepas PKP ditamatkan di masa akan datang, syarikat mungkin akan membenarkan pekerja untuk melakukan tugas di mana sahaja mereka berada.

#7 Tidak Lagi Berkunjung Ke Tempat Ramai Orang
Foto – Claritorium
Kita juga berpotensi besar untuk tidak lagi mengunjungi ke tempat yang ramai orang, kerana dikhuatiri akan dijangkiti oleh virus maut ini. Tambahan lagi, tempat yang ramai orang akan membuatkan virus merebak dengan cepat dan orang ramai akan mudah terhindar dengan virus berkenaan.

#8 Kerap Membasuh Tangan
Foto – Beaver1003
Kita akan menjadi lebih peka menjaga kebersihan diri terutamanya tangan, dengan pengalaman menghadapi coronavirus ini kita semua akan lebih kerap membasuh dan membersihkan tangan sama ada sebelum dan selepas melakukan sesuatu tugas.Dan ia akan menjadi rutin wajib kita semua di masa akan datang.

Kita bakal menghadapi perubahan di masa hadapan akibat impak penularan coronavirus dan pastinya akan lebih banyak perubahan akan dilaksanakan di masa hadapan. Apa-apapun, kita harus bijak mengikuti arus perubahan dalam kehidupan kerana tiada apa yang kekal di dunia ini dan lagi pula tidak semua perubahan tidak bagus, kan?

Rujukan

The post Impak Coronavirus Ubah Masa Depan Manusia, No 7 Potensi Besar appeared first on Wanista.com.

7 Moment Si Kecil Princess Charlotte, Seorang Yang Pemberontak

April 20, 2020 rencah7 0

Dah nama keluarga diraja, jadi mereka sangat mempunyai etika yang perlu dihormati. Kelakuan mereka di khalayak umum perlu dijaga dengan penuh tertib. Cuma adakala mereka juga tidak dapat lari daripada merasa rimas dan semak dengan perhatian.
IKLANWalaupun masih kecil, Princess Charlotte, 4, yang merupakan anak Prince William dan Kate Middleton dikatakan sudah menunjukkan kelakuan memberontak, sassy serta nakal bila ditangkap lensa kamera. Kelakuannya ternyata mencuri hati ramai orang di seluruh dunia.
Malah, rakyat mengganggap anak kecil itu comel dan jujur meluahkan perasaan. Ada juga yang menyamai sikap Princess Charlotte dengan moyangnya Queen Elizabeth yang tegas.
Baca : Ini Alasan Puteri Charlotte Lebih ‘Bernilai’ Berbanding Kekandanya
Di bawah antara moment beliau yang mencuit hati peminat seantero.
#1 Princess Charlotte tengah tak ada mood, jadi semua jangan mengada-ngada.Foto – AP#2 Jelir lidah pada siapa pulak tu?Foto – AP#3 Princess Charlotte tak takut memberikan pandangan “don’t mess with me” kepada paparazzi.Foto – AP#4 Break sekejap untuk betulkan sandal.Foto – AP#5 Adakalanya tekanan menjadi keluarga diraja.Foto – AP#6 Teka siapa yang benar-benar mencuri perhatian di perkahwinan Putera Harry dan Meghan Markle.Foto – AP#7 Princess Charlotte bukanlah seorang yang camera-shy. Lihatlah pose mautnya.Foto – APKorang rasa patut ke Princess Charlotte bersikap begitu?
ShareTweetWhatsapp