Daging Masak Kicap, Lauk Bangkit Selera Sahur

April 28, 2020 rencah7 0

Ada yang kata, ketika bersahur memang tak berapa selera nak makan. RASA kongsikan lauk daging masak kicap yang pasti akan membuatkan selera anda bangkit untuk bersahur. Dengan rasa cukup pedas manis daging ini, boleh naikkan selera sekali gus membuatkan anda cukup bertenaga melalui kehidupan seharian.
DAGING MASAK KICAP
BAHAN-BAHAN
600 gram daging (hiris nipis)
2 biji kentang (belah 8)
Minyak masak untuk menggoreng
3 ulas bawang merah kecil (hiris)
2 ulas bawang putih (hiris)
2 biji cili besar hijau (hiris)
Kicap manis secukupnya
CARA MEMBUAT
1. Panaskan minyak masak. Goreng daging. Ketepikan.

2. Goreng kentang. Ketepikan.
3. Kaut minyak masak tadi. Tinggal agak-agak dua sudu besar.
4. Tumis bawang merah dan bawang putih.

5. Masukkan cili besar hijau.
6. Masukkan daging dan kentang. Gaul rata.
7. Masukkan kicap secukupnya dan kacau. Siap.
Selamat mencuba!
Kredit resipi: Facebook Lovey City
The post Daging Masak Kicap, Lauk Bangkit Selera Sahur appeared first on RASA.

Resepi Karipap Cun (Gebu dan Lembut!)

April 28, 2020 rencah7 0

Siapa kat sini suka makan karipap? Tertanya – tanya cara pembuatan karipap? Kali ini kami bawakan resepi karipap cun yang gebu dan lembut, pasti menjadi kegemaran anda selepas ini!
Resepi karipap cun ini menghasilkan karipap yang amat sedap, sekali bersama dengan intinya yang lebih kaya dan bukannya angin sahaja. Lagi puas makan oleh yang tersayang! Karipap cun ini juga sesuai untuk dihidangkan pada majlis makan makan.
Resepi ini dikongsikan oleh Haninah Salim dan mendapat banyak perkongsian di Facebook beliau. Jom tengok!
Resepi Karipap Cun image via Facebook Bahan – bahan: Doh kulit karipap:
Tepung gandum – 1 kgButter – 1 1/2 cawan dicairkan dan disejukkanSusu pekat/krimer manis – 3 sudu besarAir masak biasa – 2 cawan (tambah jika perlu)Garam – 2 sudu tehTelur – 1 biji (buang tali pusat) Inti karipap:
Daging lembu kisar/ayam potong halus – 2 cawanKentang 1 kg – dipotong daduKeledek manis – 500 gm dipotong daduBawang besar 1 biji *Bawang merah 7 biji *Bawang putih 5 ulas *Halia 2..

Resepi Tepung Pelita Paling Simple Masak Atas Api Je. Cuma 4 Bahan, Rasa Sebijik Macam Kat Bazar

April 28, 2020 rencah7 0

Siapa dekat sini minat sangat dengan kuih tepung pelita?
Inilah antara kuih paling popular dekat bazar Ramadhan tiap-tiap tahun.
Jangan risau kalau tak dapat ke bazar Ramadhan sebab kita boleh buat kuih tepung pelita ni dengan mudah di rumah.
Caranya memang cukup senang. Tak payah kukus dan tak pakai banyak bahan pun.
Jom tengok resepi tepung pelita yang dikongsikan oleh Wan Nurul Hidayah ni. Gerenti semua orang boleh buat!
Resepi Tepung Pelita Paling Simple & Sedap Saya excited bangun pagi ni sebab nak rasa tepung pelita yang dah sejuk menggigil dalam peti ais semalaman.
Alhamdulillah menjadi, sedap macam yang dijual di bazar.
Saya paling suka bahagian hijau tu, manisnya thorbaikkk!
Di sini saya kongsikan resepi yang dah diubah sedikit, iaitu versi tak perlu kukus dan tak perlu daun pandan.
Guna apa yang ada di rumah saja supaya lebij ramai boleh cuba.
Bahan-bahan Untuk bahagian hijau
1 cawan gula 1 cawan tepung beras cap apa sahaja selain 5 gajah 4 cawan air 1 sudu besar p..

Biskut Semperit Susu Paling Mudah. Hanya Guna 4 Bahan.

April 28, 2020 rencah7 0

Bila tiba bulan Ramadan kaum-kaum ibu sudah mula berfikir tentang aneka biskut yang boleh dihasilkan untuk hari raya nanti. Malah kalau nak buat niaga, inilah masanya. Salah satu resipi biskut yang popular adalah Biskut Semperit Susu perkongsian saudari Leeina Qaliena ni. Mudah, guna bahan yang ringkas tapi rasanya sedap! Anda boleh cuba.
RESIPI BISKUT SEMPERIT SUSU 4 BAHAN
BAHAN-BAHAN:
250gm mentega @ buttercup 1 cawan susu pekat manis 400gm tepung jagung 3 sudu makan tepung kastard CARA MEMASAK:
1. Satukan susu pekat manis dan mentega. Pukul atau gaul hingga sebati dan tidak berketul.
2. Masukkan tepung kastard dan tepung jagung. Gaul sebati dan uli.
3. Uli campuran mentega dan tepung hingga menjadi doh. Jika adunan terlalu lembik, tambahkan tepung jagung sedikit demi sedikit hingga dapat tekstur doh yang sempurna.
4. Dengan menggunakan acuan pecah 15, tekan doh diatas dulang pembakar dan hias menggunakan cip coklat atau hirisan ceri.

5. Biarkan doh biskut selama 10 minit se..

Resepi Tepung Boko Ubi Kayu (Resepi Legend!)

April 28, 2020 rencah7 0

Tepung Boko Ubi Kayu merupakan salah satu kuih muih yang berasal daripada Kelantan. Walaupun pada namanya terdapat tepung, resepinya pula sebaliknya. Tiada lansung penggunaan tepung didalam hidangan ini.
Resepi tepung boko ubi kayu ini pernah menjadi tular. Mungkin kerana rasanya yang lazat serta ianya mudah untuk disediakan. Kalau nak tahu lebih lanjut, anda kenalah sediakannya sendiri!
Resepi ini telah dikongsikan oleh Azlina Mohamed Ina dan mendapat banyak perkongsian dan likes di Facebook milik beliau. Apa tunggu lagi, jom tengok!
Resepi Tepung Boko Ubi Kayu image via Facebook Bahan – bahan: 3 cawan ubi kayu (disagat)1 cawan gula pasir2 cawan air1 sudu kecil garam1/2 sudu kecil pewarna kuning Kelapa Santan
1 kotak santan kara 200ml1 cawan air1 sudu besar gula1 sudu kecil garam3 sudu besar tepung berasDaun pandan simpul Langkah – langkah penyediaan: Ubi disagat menjadi tiga cawan. Ubi juga boleh dikisar, tetapi selepas kisar, tapis ubi dan buangkan airnya. Masukkan gula, air, g..

Resepi Siakap Stim Limau Ala Thai Paling Simple Tapi ‘Power’. Tak Ada Pengukus, Kuali Pun Boleh

April 28, 2020 rencah7 0

Resepi siakap stim limau ni memang mudah disediakan, orang bujang pun confirm boleh buat.
Ia adalah salah satu hidangan yang sangat terkenal di negara jiran kita, Thailand.
Selain rasa dan baunya yang menyelerakan, ia juga sihat sebab tak menggunakan setitik minyak pun tau!
Jadi, jom kita cuba resepi siakap stim limau ala Thai yang dikongsikan oleh Puan Zurina Zulkefli ini.
Jangan risau kalau tak ada pengukus, boleh je masak guna kuali macam cara yang ditunjukkan nanti.
Resepi Siakap Stim Limau ala Thai Simple & Power! Ikan siakap stim ni memang special sebab ikan siakap tu saja dah sedap.
Kadang-kadang orang buat siakap stim halia, siakap stim limau atau siakap stim lemon, bergantung pada selera dan bahan yang kita ada.
Hari ni saya kongsikan resepi siakap stim simple ala Thai yang mudah.
Bahan-bahan Seekor ikan siakap 2 biji limau nipis 1 batang serai 5 hirisan halia 3 tangkai cili kecil merah 3 tangkai cili kecil hijau 5 ulas bawang putih 1 batang daun ketumbar Setengah kiub..

Puding Karamel Tanpa Telur Tak Perlu Kukus, Nyaman DiMakan Lepas Berbuka

April 28, 2020 rencah7 0

Bagi orang yang alergi telur tak payah bimbang nak makan puding karamel berasaskan agar agar ini. Mudah membuatnya tak perlu kukus dan yang paling penting tanpa telur.
Enak berkrim, sejuk dingin dihidang dari peti sejuk, nyaman aje lalu kat tekak. Jom tengok resipi dari Nordiana Ab Kadil ini, kos murah. Sesuai dibuat musim pkp ni, di kala tiada bazar Ramadan ini.
PUDING KARAMEL TANPA TELUR

Bahan puding:

10gm atau 1paket serbuk agar-agar yang jernih
4cawan air
1tin susu cair
1cawan susu pekat
3 sudu tepung kastard
Sedikit esen vanila
Bahan karamel :
3 sudu besar gula pasir
2 sudu besar air
CARA MEMASAK :
1. Masukkan gula pasir ke dalam kuali dengan api yang kecil gula di biarkan cair sehingga menjadi perang kemudian tutup api dan masukkan air
2. Kemudian masukkan ke dalam loyang
3. Satukan semua bahan ke dalam periuk dan kacau sebati kemudian panaskan di atas api yang besar masak puding sehingga betul2 mendidih dan pekat
4. Biarkan puding suam sebentar kemudian masukkan ke dalam ..

Resepi Daging Masak Palembang (Lain Daripada Yang Lain!)

April 28, 2020 rencah7 0

Resepi kali ini adalah resepi daging masak palembang. Resepi ini lebih unik dan jarang didengari. Namun tahukah anda, daging masak palembang ini amat sedap dan menyelerakan?
Daging masak palembang tidaklah menggunakan bahan yang sukar untuk dicari. Rasanya juga pasti menjadi kegemaran yang merasainya. Dihidangkan pula bersama nasi panas, kombinasi yang terbaik!
Resepi ini telah dikongsikan oleh Siti Aishah dan mendapat banyak perkongsian di media sosial. Apa tunggu lagi, jom tengok!
Resepi Daging Masak Palembang image via Facebook Bahan – bahan: DagingBawang besarBawang putihLengkuasHaliaSeraiKicap manisBuah pelaga, kayu manis, bunga lawangBiji ketumbar, jintan manis dan jintan putihKerisekCili kisar Cara – cara memasak: Perap daging dengan kicap, ketumbar, jintan, rempah tu disangai dahulu dan ditumbuk halus.Tumiskan cili kisar, bawang besar, bawang putih, halia dan lengkuas yang telah dikisar. Serai diketuk je dan masukkan sekali.Apabila dah garing masukkan daging tadi, boleh tamb..

Doktor Kongsi Cara Elak Pedih Ulu Hati Ketika Berpuasa, Jangan Tak Puasa Pula

April 28, 2020 rencah7 0

Berpuasa adalah ibadah wajib yang ditunaikan oleh umat Islam diseluruh dunia dan bagi mereka yang mampu mengerjakannya. Bagi yang tidak berkemampuan pula mereka perlu menggantikannya di hari lain atau membayar fidyah. Umum mengetahui bahawa dengan berpuasa kita dapat menjadi lebih sihat dan kuat.
Namun begitu bagi sesetengah individu, berpuasa ini akan menyebabkan mereka merasakan kurang selesa dan mengakibatkan rasa pedih ulu hati. Pedih ulu hati ini boleh dielakkan berlaku ketika berpuasa ini. Dr Zubaidi Hj Ahmad melalu laman Facebooknya berkongsi tentang cara untuk anda mengurangkan rasa sakit itu. Jom kita tengok cara-caranya!
Cara Mengurangkan Rasa Sakit Ulu Hati Ketika Puasa
Seperti saya beritahu, berpuasa bukanlah punca utama masalah rasa sakit ulu hati. Secara amnya rasa sakit ulu hati hati ketika berpuasa mungkin dialami oleh beberapa individu, tetapi selalunya akan berkurangan setelah kita memasuki minggu kedua, ketiga dan keempat berpuasa.
Jika masalah berterusan, buatl..

Kambing Masala Kashmir,Ayam Bawang Berempah & Daging Hitam Manis Menu Padu Untuk Berbuka Juga Sahur

April 27, 2020 rencah7 0

Sepanjang bulan Ramadan Majalah RASA menghidangkan pelayar FB dengan menu istimewa di dalam Rasa Ramadan Special Live. Program ini bukan hanya berkongsi resipi menarik setiap Khamis hingga Sabtu malah anda berpeluang beramah mesra dan bertanya soalan tentang masakan secara live dengan tetamu jemputan. Rugi kalau tak joint sebab pelbagai tip serta info tentang masakan yang buat anda semua melekat dengan wadah kami sajikan ini.
Tetamu jemputan terdiri dari chef ternama , vip juga instafamous. Menu-menunya memang sedap. Jadi jangan lupa ya. Setiap jam 12 tengah hari di FB Majalah Rasa dari hari Khamis hingga Sabtu
Episod pertama Rasa Ramadan Special Live minggu lepas bersama tetamu vip iaitu Dato’ Nurol Mas’on yang berkongsi satu resipi Kambing Masala Kashmir. Dato Nurol berpengalaman lebih 12 tahun dalam bidang masakan. Aktif menghasilkan pelbagai resipi, menjadi konsultan restoran serta giat mengolah bahan makanan asas seperti mi segera sihat,perasa sihat,kicap dan rempah-rempah yang ..