Resepi Kek Cawan Coklat Brownie Kalau Makan Teringat – Ingat

June 30, 2020 rencah7 0

Selalunya, kalau kita makan brownies, ianya dihidangkan dalam saiz yang telah dipotong. Namun begitu, tahukah anda ada cara lebih mudah untuk menyediakan brownies, ianya juga dijamin lebih cepat dan lebih mudah dibawa kemana sahaja. Ianya adalah dengan menjadikannya kek cawan coklat brownies!
Kali ini kami bawakan resepi ini khas buat anda semua. Resepi ini lebih sedap, lebih mudah dan juga resepi ini pernah tular beberapa ketika. Bahan – bahan untuk menghasilkan resepi ini mudah untuk didapati. Anda boleh mendapatinya di pasaraya ataupun kedai barangan kek sekitar anda. Brownies juga sesuai dihidangkan untuk semua. Oleh itu, bolehlah anda hidangkan kek cawan coklat brownies ini kepada anak – anak anda!
Resepi ini telah dikongsikan oleh Nurul Amirah Azman dan mendapat banyak perkongsian di media sosial tau! Mari kita lihat!
Resepi Kek Cawan Coklat Brownie Imej via Facebook Bahan – bahan: Bahan A:
110 g tepung kek3 sudu serbuk dark koko Bahan B:
3 biji telur150g gula perang1 sudu..

Hebat Gadis Sindrom Down Model Untuk Jenama Gucci

June 30, 2020 rencah7 0

Ellie Goldstein, seorang gadis yang mempunyai Down Syndrome berasal daripada Ilford, Essex di England. Gadis berumur 18 tahun ini telah menempa nama di dalam bidang pengiklanan setelah kejayaannya sebagai seorang model.
Foto – Arkib Wanista Menandatangani kontrak bersama Zebedee Management sejak tiga tahun yang lalu, iaitu sebuah agensi yang hanya mewakili orang kurang upaya telah menjadikan nama Ellie, rebutan antara syarikat-syarikat ternama.
Perwatakan Ellie yang mempunyai minat mendalam dalam seni persembahan telah mendorong Gucci untuk mengambil Ellie sebagai model bagi memperagakan produknya. Hasil posting gambar Ellie memperagakan Mascara L’Obscur di Instagram telah disukai ramai melebihi 800,00 likes.
View this post on Instagram In occasion of the #PhotoVogueFestival held in November 2019, @guccibeauty and @vogueitalia launched an Instagram scouting project. As a result, photographer @davidpdhyde captures Ellie @elliejg16_zebedeemodel and Kadri Vahersalu @kadri_vahersalu for a special editorial featuring the buildable Gucci Mascara L’Obscur. The portfolio is inspired by Creative Director @alessandro_michele’s words: “I designed L’Obscur mascara for an authentic person who uses makeup to tell their story of freedom, in their way.” #AlessandroMichele #GucciBeauty
A post shared by Gucci (@gucci) on Jun 18, 2020 at 1:58pm PDT
Ellie berkata, “Saya amat meminati bidang permodelan dan saya suka memakai gaun Gucci. Saya sangat bangga ketika sesi penggambaran dan ingin menjadi terkenal”. Beliau juga berharap untuk menceburi bidang permodelan bersama jenama-jenama besar yang lain.
Foto – Zebedee Management Disamping menceburi bidang ini, Ellie melanjutkan pengajiannya di Redbridge, Essex dalam kursus seni persembahan. Ellie turut bekerja di syarikat Superdrug iaitu sebuah syarikat peruncitan yang menjual barangan kesihatan dan kecantikan di United Kingdom serta London Film Festival.
Foto – Splash News Ibu kepada Ellie, Yvonne berkata, “Ellie sangat meminati persembahan dan mula menghadiri kelas drama dan menari sejak berumur 5 tahun. Kami sangat berbangga akan kejayaan Ellie setelah melihat pelbagai komen di Instagram Gucci”.
Foto – Zebedee Management Sebelum mengadakan kempen bersama dengan Gucci, Ellie telah muncul dalam beberapa kempen seperti iklan Superdrug’s 2018 Christmas, Nike dan Vodafone.
Laura Johnson daripada Zebedee Management berkata, “Ellie merupakan seorang gadis yang luar biasa. Beliau mampu membangkitkan suasana di set dan sangat professional. Kami berharap jenama-jenama besar dapat melihat bakat mereka tanpa meletakkan apa-apa jurang”.
Foto – Arkib Wanista Perwatakan Ellie yang ceria, fasih dalam berbahasa Inggeris dan mempunyai memori yang kuat dalam mengingati skrip telah mendorong dirinya sehingga hari ini.
Good for you, Ellie. Semoga kisah Ellie memberi inspirasi kepada kita semua.
RUJUKAN :1, 2, 3
The post Hebat Gadis Sindrom Down Model Untuk Jenama Gucci appeared first on Wanista.com.

Promosi Serendah RM0.99 – Lebih Jimat Beli Barang Dapur Secara Online Ketika Ulang Tahun PG Mall.

June 30, 2020 rencah7 0

Tugas seorang ibu di rumah memang takkan pernah habis. Ada saja tugas yang anda kena buat setiap hari. Sampaikan kadang-kadang tak sempat nak beli barang dapur. Bagaimana mahu atasi masalah ini?
Penyelesaian terbaik adalah beli saja barang dapur secara online. Bukan saja jimat wang, malah jimat masa dan tenaga. Lagi berbaloi jika anda membeli-belah di platform beli-belah online tempatan ini.
PG Mall, platform beli-belah tempatan pertama di Malaysia
Kami yakin anda mesti biasa dengar Public Gold bukan? Bukan saja terkenal sebagai syarikat tempatan jual beli emas dan perak, malah Public Gold mempunyai Platform E-Dagang No. 1 di Malaysia sejak tahun 2017, iaitu PG Mall.
Diuruskan sepenuhnya oleh syarikat tempatan, PG Mall adalah satu-satunya Platform E-Dagang tempatan di Malaysia. Merujuk Iprice Insight 2020, PG Mall telah mengungguli carta kedudukan di tangga ke-3, sekaligus menjadi platform beli-belah popular di Malaysia.

Apa yang ada di PG Mall? Semuanya ada! Paling best, anda b..

Singkap Kisah Aktres Jelita Sonali Bendre Dari Debut Hingga Sembuh Kanser

June 30, 2020 rencah7 0

Siapa yang tonton filem hisdustan 90an ‘Hum Saath-Saath Sain’ dan ‘Sarfarosh’ pasti ingat dengan aktres Bollywood jelita Sonali Bendre yang berlakon sebagai watak utama dalam filem tersebut. Tanpa sedar hampir dua dekad aktres jelita ini berada di dalam industri hiburan Bollywood.
Sonali Bendre bukan saja menempa nama dalam dunia hiburan, malah aktres ini juga memberi sinaran baru buat pesakit kanser lain dengan berkongsi kisah dirinya yang juga merupakan survivor penyakit kanser.
Bukan itu saja, aktres Bollywood ini juga banyak memberi inspirasi kepada orang ramai menerusi perjalanan hidupnya sendiri. Jom kenali aktres jelita Sonali Bendre dengan lebih rapat!
Terjebak Dalam Dunia Hiburan Kerana Dunia Peragaan Ramai yang tak tahu bahawa wanita hebat berusia 45 tahun ini mula terjebak dalam industri hiburan semasa dirinya menjadi model ketika belajar di kolej.
Semasa program pertunjukkan fesyen berlangsung di kolejnya, salah seorang model untuk pertunjukkan tersebut tidak sempat hadir, kemudian Sonali diminta untuk mengambil tempat model tersebut.
Foto – Pinterest Sonali yang berusia 19 tahun pada ketika itu tidak pernah memakai kasut tumit tinggi dan risau jika dirinya terjatuh semasa melakukan peragaan tapi semuanya berjalan dengan lancar malah dirinya memenangi tempat pertama dalam pertunjukkan fesyen tersebut.
Sejak itu, Sonali mendapat banyak tawaran modelling. Perjalanan Sonali tidak berhenti di situ apabila pembuat filem Bollywood terkenal, Mahesh Bhatt menemui Sonali semasa bekerja sebagai model dan mula menyunting Sonali untuk berlakon filemnya.
Debut Sebagai pelakon Pada Tahun 1994 Foto – News Chant Sonali kemudiannya dilamar berlakon dalam filem yang bertajuk ‘Naaraaz’, hasil karya pembuat filem Mahesh Bhatt. Tetapi Sonali mula dikenali ramai apabila filem keduanya yang bertajuk ‘Aag’ mula ditayangkan terlebih dahulu sebelum filem ‘Naaraaz’.
Kedua-dua filem ini ditayangkan pada tahun yang sama iaitu 1994, cuma filem kedua Sonali yang bertajuk ‘Aag’ terlebih dahulu membolot panggung dan sekaligus menjadi filem debut buat Sonali dalam insdustri hiburan Bollywood.
Sonali Mula Serius Menjadi Pelakon Mengetahui dirinya mempunyai bakat dalam bidang lakonan, Sonali memasuki syarikat Star Dust Talent Search untuk menjadi pelakon.
Kemudian pada tahun 1996 nama Sonali Bendre mula meletup dengan kejayaan filemnya yang bertajuk ‘Diljale’, gandingan mantapnya bersama aktor Ajay Devgan membuatkan namanya sebagai aktres melonjak naik dalam industri perfileman.
Foto – Every Couples HD Wallpapers Download Sejak dari itu, bakat lakonannya mula diterima dan mendapat pengikhtirafan ramai. Selepas kejayaan filem ‘Diljale’, Sonali banyak menerima tawaran berlakon filem yang hingga kini masih lagi popular seperti:
Chori Chori – 2003 Tera Mera Saath Rahen – 2001 Jis Desh Mein Ganga Rehta Hain – 2000 Dil Hil Dil Mein – 2000 Hum Saath-Saath Hain – 1999 Sarfarosh – 1999 Penat Lelah Berbalas Dengan Anugerah Yang Dimiliki Sonali mula memasuki industri hiburan sejak berusia 19 tahun lagi sepanjang perjalanan dirinya menjadi aktres, Sonali telah menerima banyak anugerah sebagai aktres perfileman. Hasil usaha dan penat lelah berbalas jua dengan pengikhtirafan dan trofi anugerah.
Foto – WikiBio Berikut beberapa anugerah yang telah dipegang oleh Sonali:
Screen Awards untuk kategori Most Promising Newcomer – Female (1995) Filmfare Awards untuk kategori Sensational Debut (1995) Planet Bollywood People’s Choice Awards untuk kategori Best Supporting Actress (1998) International Indian Film Academy Awards untuk kategori Best Actress (2000) Planet Bollywood People’s Choice Awards untuk kategori Best Supporting Actress (2000) Screen Awards untuk kategori Best Supporting Actress (2001) Filmfare Awards South untuk kategori Best Actress – Telegu (2002) Screen Awards untuk kategori Best Actress – Marathi (2004) 2018 Sonali Bertarung Dengan Kanser Jenis High Grade Pada tahun 2018 Sonali berkongsi berita sedih pada peminatnya di sosial media bahawa dirinya di diagnosis menghidap kanser high grade iaitu kanser metastasis. Kanser metastasis ini juga dikenali sebagai kanser tahap empat di mana ia mampu merebak menerusi saluran darah dalam tubuh.
Meski dirinya tidak menyangka di diagnos menghidap penyakit kanser ini, Sonali tidak berpatah semangat sebaliknya dirinya bersama ahli keluarga dan kenalan rapat cuba membantu mencari penyelesaian.
View this post on Instagram Sometimes, when you least expect it, life throws you a curveball. I have recently been diagnosed with a high grade cancer that has metastised, which we frankly did not see coming. A niggling pain led to some tests, which led to this unexpected diagnosis. My family and close friends have rallied around me, providing the best support system that anyone can ask for. I am very blessed and thankful for each of them. There is no better way to tackle this, than to take swift and immediate action. And so, as advised by my doctors, I am currently undergoing a course of treatment in New York. We remain optimistic and I am determined to fight every step of the way. What has helped has been the immense outpouring of love and support I’ve received over the past few days, for which I am very grateful. I’m taking this battle head on, knowing I have the strength of my family and friends behind me.
A post shared by Sonali Bendre (@iamsonalibendre) on Jul 3, 2018 at 11:46pm PDT
Anak Dan Suami Tercinta Pendorong Utama Sonali Bayangkan bukan mudah untuk diri menerima suratan takdir, melawan penyakit kanser yang agresif dengan melakukan rawatan kimoterapi membuatkan sesiapa saja merasakan diri telah hilang semuanya.
Namun Sonali dapat menangani segala yang dilemparkan berkat dorongan dan sokongan tidak berbelah bahagi anaknya Ranveer Behl dan suami tercinta Goldie Behl.
View this post on Instagram From the moment he was born 12 years, 11 months and 8 days ago, my amazing @rockbehl took ownership of my heart. From then on, his happiness and wellbeing have been the centre of anything @goldiebehl and I ever did. And so, when the Big C reared its ugly head, our biggest dilemma was what and how we were going to tell him. As much as we wanted to protect him, we knew it was important to tell him the full facts. We’ve always been open and honest with him and this time it wasn’t going to be different. He took the news so maturely… and instantly became a source of strength and positivity for me. In some situations now, he even reverses roles and takes on being the parent, reminding me of things I need to do! I believe that it’s imperative to keep kids involved in a situation like this. They are a lot more resilient than we give them credit for. It’s important to spend time with them and include them, rather than make them wait on the side-lines, not being told yet instinctively knowing everything. In our effort to protect them from the pain and realities of life, we might end up doing the opposite. I’m spending time with Ranveer right now, while he’s on summer vacation. His madness and shenanigans help me #SwitchOnTheSunshine. And today, we derive strength from each other #OneDayAtATime
A post shared by Sonali Bendre (@iamsonalibendre) on Jul 18, 2018 at 11:29pm PDT
2020 Tahun Gembira, Sonali Pulih Dari Kanser Selepas dua tahun lebih bertarung dengan kanser, Sonali kini menjadi salah seorang survivor kanser dan kisah perjalanannya membuat rawatan sehingga kembali pulih banyak memberi inspirasi kepada individu yang senasib dengannya.
Sonali berkongsi apa rahsia dirinya untuk kembali pulih dari penyakit kanser menerusi temubualnya bersama India Today. Pengalaman yang dilaluinya banyak memberi semangat buat pesakit kanser untuk terus berjuang sehingga kembali sihat.
Memang tabik perjalanan aktres bernama Sonali Bendre ni, sememangnya memberi sumber inspirasi perjalanan wanita jelita ni. Jom tonton filem lakonan Sonali hujung minggu ni.
Rujukan: 1, 2, 3,
The post Singkap Kisah Aktres Jelita Sonali Bendre Dari Debut Hingga Sembuh Kanser appeared first on Wanista.com.

Mudahnya Buat Sardin Homemade. Dah Tentu Halal & Bersih Tanpa Cacing!

June 30, 2020 rencah7 0

Lauk sardin memang jadi kegemaran ramai. Ini lah lauk yang boleh membangkitkan selera bila dipadukan dengan telur mata.
Tapi semenjak keluar berita ada berapa jenis sardin dalam tin yang dikesan mengandungi cacing, terbantut pula rasa nak makan sardin tin.
Kalau dah rasa macam ni eloklah buat sendiri saja sardin ni. Dah sah halal dan bersih. Caranya boleh ikut perkongsian Nolela Abdul Lahak.
Sardin homemade Bahan-bahan:
2 kilo ikan sardin
1 tin tomato puri
2 senduk cili kisar
2 senduk bawang kisar
1 cawan air asam jawa
1 botol sos cili
Garam
Serbuk perasa
Cuka
Minyak utk menumis
Cara membuat: 1. Tumis bawang dan cili kisar sampai pecah minyak. 2. Kemudian masukkan air asam jawa, cili sos, tomato puri. 3. Tambah air hingga menutupi ikan. Lebih pun tak mengapa sebab nanti bila masuk dalam pressure cooker kuah akan cepat pekat. 4. Masak dalam 60 minit, tulang ikan akan lembut macam sardin tin yang kita beli. 5. Siap!
Resepi Nurliyana Ana Ana & Norlela Abdul Lahak The post Mudahnya B..

Nangka Pulut Lemak Berkuah

June 30, 2020 rencah7 0

Biasa kita sering dihidangkan dengan pulut durian malah rata-rata menyukainya. Tak salah kalau kita tukar selera dengan menikmati pulut nangka yang tidak kurang enaknya. Rasa lemak manis memang buat korang suka , tak percaya boleh cuba nikmatinya sendiri.

NANGKA PULUT LEMAK BERKUAH

Bahan-bahan:

10-12 ulas nangka – buang biji tapi jangan belah habis, belah bahagian atas saja untuk keluarkan biji
2 cawan pulut – rendam & toskan
1 1/4 cawan santan cair
2 helai daun pandan – siat & simpul
1 sudu makan gula
1 sudu teh garam

Cara memasak:

1. Satukan semua bahan kecuali nangka di dalam periuk lalu tanak hingga masak. Buang daun pandan. Sejukkan pulut kemudian kepal-kepalkan.
2. Pulut yang dah dikepal sumbat dalam nangka. Jika suka boleh kukus nangka tersebut dalam lima minit. Kalau suka nangka rangup tak perlu kukus.

Bahan-bahan kuah:

2 cawan santan pekat
1 cawan nangka – kisar halus
1 cawan gula (boleh kurangkan jika tak suka manis)
1/2 sudu teh garam halus
2 helai daun pandan – siat ..

NYX Umum Tiada Lagi Outlet Fizikal Dan Online Di Malaysia

June 30, 2020 rencah7 0

NYX jenama kosmetik popular di Malaysia umum selepas ini tiada lagi outlet fizikal mahupun penjualan produk kosmetik NYX menerusi kedai dalam talian (online) seperti Hermo, Shopee, dan Lazada dijual di Malaysia.
Pengumuman yang dikeluarkan oleh NYX Professional Makeup Malaysia di laman Facebook dan Instagram mereka baru-baru ini, membuatkan peminat setia jenama kosmetik tersebut patah hati.
Selepas 31 Julai 2020 Tiada Lagi Outlet NYX Di Malaysia Foto – via Instagram NYX Menerusi pengumuman NYX di sosial medianya, ke semua outlet fizikal jenama kosmetik tersebut akan ditutup buat selama-lamanya bermula 30 Jun hingga 31 Julai 2020 mengikut lokasi.
NYX Suria KLCC – 30 Jun 2020 NYX Sunway Pyramid – 30 Jun 2020 NYX Mid Valley Megamall – 30 Jun 2020 NYX IOI City Mall Putrajaya – 1 Julai 2020 NYX SOGO KL – 31 Julai 2020 NYX PlayUp Advance Fahrenheit 88 – 31 Julai 2020 NYX PlayUp Advance Genting – 31 Julai 2020 Foto – Arkib Wanista Selain outlet fizikal, NYX juga memutuskan untuk tidak menjual produk kosmetiknya menerusi dalam talian. Ini antara platform dalam talian yang bakal tidak menjual produk kosmetik NYX di Malaysia, mengikut tarikh masing-masing.
Shopee [KLIK] – sehingga 30 September 2020 Lazada [KLIK] – sehingga 30 September 2020 Hermo [KLIK] – sehingga 30 September 2020 Mana Nak Cari Produk Kosmetik NYX Lepas Ni? Foto – Arkib Wanista Selepas 30 September 2020 peminat dan pengguna setia produk kosmetik NYX, masih boleh mendapatkan produk kosmetik kegemaran menerusi pembelian dalam talian di stor antarabangsa seperti:
Amazon [KLIK] Asos [KLIK] Look Fantastic [KLIK] Hanya NYX Malaysia Sahaja Ditutup NYX Professional Makeup hanya menutup outlet di Malaysia sahaja, manakala di negara Asia lain seperti Indonesia, Thailand, India, Jepun, dan Hong Kong tiada sebarang pengumuman atau notis penutupan dilsiarkan di laman media sosial masing-masing.
NYX Professional Makeup Malaysia tidak menjelaskan apa punca penutupan ke semua outlet kosmetik mereka di Malaysia.
Dan sekarang ini NYX memberi diskaun durian runtuh sebanyak 80% untuk semua produk kosmetiknya sehingga habis stok, jadi jangan ketinggalan untuk dapatkan produk kosmetik kegemaran segera!
The post NYX Umum Tiada Lagi Outlet Fizikal Dan Online Di Malaysia appeared first on Wanista.com.

Bila Pemaju Minta Ambil Kunci Rumah Yang Dah Siap, Sila Bawa Salinan S&P Untuk Periksa Rumah Ikut Specification

June 30, 2020 rencah7 0

iapa yang tak gembira bila rumah sendiri yang dibeli akhirnya siap. Selalunya makan tahun juga sebelum pemaju menyatakan membuat panggilan menyatakan boleh mengambil kunci rumah.
Memang tak sabar dan pada masa inilah ramai yang membuat kesilapan. Menurut perunding hartanah Azizul Azli Ahmad bila pemaju meminta pembeli mengambil kunci ramai yang teruja hingga terlupa melihat secara detail kediaman yang dibeli. Ini situasi biasa bagi kebanyakan pembeli rumah.
Tapi berdasarkan pengalamannya pihak pemaju cukup risau jika pembeli adalah peguam, arkitel, jururtera atau doktor yang cukup faham hak mereka.
Mereka akan memeriksa secara detail keadaan rumah adalah sama seperti yang dijanjikan dalam perjanjian jual beli.
Sememangnya inilah yang perlu kita lakukan. Menurut Azizul yang selalu berkongsi tip pembelian hartanah apabila mendapat jemputan untuk mengambil kunci rumah kali pertama terus lakukan perkara ini.
Pemaju paling risau kalau yang beli rumah doktor, peguam, jurutera
“CIK BOLE..

Resepi Meatball Carbonara Sedap Sempoi Mengancam

June 30, 2020 rencah7 0

Resepi kali ini merupakan satu resipi viral dan digemari kerana keenakannya dan penyediaannya juga amat ringkas. Meatball cabonara di sediakan menggunakan meatball yang lazimnya dibeli di super market.. Kemudian meatball ini dimasak bersama bawang dan juga lada capsicum. Kemudian ia dibakar bersama sos Prego carbonara, sebelum ia dibakar cheese akan ditaburi di bahagian atas.
Gunakan cheese mozarella untuk memberi efek tarik Bagi anda yang ingin mencuba resepi ini berikut adalah bahan-bahan dan cara-cara untuk menyediakan ia.
Bahan-bahan Bebola daging/ayam1 tin sos preego carbonara mushroom (tin biru)1/2 cawan fresh milk1 biji bawang holland(potong dadu)1 biji capsicum hijau/merah(potong dadu)Sedikit blackpepper(tumbuk kasar2)Mozarella cheese/cheese slice pon boleh Kaedah Goreng bebola daging guna sedikit olive oil1biji bawang holland dan 1 biji capsicum hijau/merah(potong dadu). Boleh juga digoreng sekali dengan meatball tadi. Ketepikan.Masukkan meatball, bawang dan capsicum tadi d..

Doktor Kata Teh Chamomile Memang Buat Kamu Cepat Mengantuk

June 30, 2020 rencah7 0

Tahukah teh chamomile membuat anda merasa mengantuk dan boleh menjadi cara yang sihat untuk membantu tidur.
Sebenarnya, banyak orang memilih untuk minum secawan teh bebas kafein yang hangat dan menenangkan untuk berehat sebelum tidur.
Khususnya, minum teh chamomile dapat mewujudkan rasa mengantuk dan dapat membantu anda tidur lebih cepat. Inilah sains di sebalik kesan tidur selepas minum teh chamomile.
Foto – Arkib Wanista Kenapa minum teh chamomile? Menurut pakar psikologi dan specialist Michael Breus, formula chamomile seperti teh dan minyak pati aromaterapi telah digunakan untuk merawat insomnia dan sebagai penenang
Chamomile biasanya digunakan sebagai penenang ringan dan selamat untuk masalah tidur. Chamomile sangat berkesan untuk membuat anda merasa mengantuk kerana struktur kimianya. Ekstrak tumbuhan mengandungi apigenin, sebatian kimia yang mendorong rasa mengantuk ketika mengikat reseptor GABA di otak.
Reseptor GABA adalah reseptor yang sama yang mengikat benzodiazepin, yang biasanya digunakan sebagai ubat anti-kegelisahan kerana ia mempunyai kesan yang menenangkan. Begitu juga, apabila apigenin dalam chamomile mengikat reseptor GABA, ia mempunyai kesan penenang dan relaks – sebab itulah teh chamomile dapat membuat anda merasa mengantuk.
Foto – The Spruce Eats Bila patut minum? Kata pakar, anda harus minum satu cawan teh chamomile kira-kira 45 minit sebelum tidur jika anda ingin cepat tidur. Ini akan memberi tubuh anda waktu yang cukup untuk untuk memetabolismekan teh, dan sebatian kimia yang menyebabkan perasaan penenang itu masuk.
Walaupun chamomile dapat membuat anda merasa mengantuk dan membantu anda, penyelidikan tidak menemui bukti yang pasti bahawa chamomile benar-benar dapat meningkatkan kualiti tidur anda sepanjang malam.
Tapi tak salah kalau kita mencubanya kan…
RUJUKAN : 1, 2
The post Doktor Kata Teh Chamomile Memang Buat Kamu Cepat Mengantuk appeared first on Wanista.com.