Orang Korea Cukup Suka Makan Jeruk, Ini Kebaikan Perlu Anda Tahu

Perasan tak kalau makan makanan Korea, antara side dishes mereka mesti ada aneka sayuran jeruk – sama ada kimchi, sayur jeruk lobak, jeruk kobis, timun dan macam-macam lagi. Mereka cukup gemar makan makanan yang masam.

Ada orang kita kata, tak bagus kalau makan jeruk banyak sangat, kesan pada otak. Tapi betul ke? Dari segi aspek kesihatan, apakah kebaikan jeruk – makanan yang melalui proses penapaian?

Foto – Carousell

Jeruk adalah sejenis makanan yang bebas lemak dan rendah kalori, kedengaran baik untuk kesihatan bukan? Tapi malangnya, ia juga adalah rendah dalam kebanyakan kandungan nutrien lain, kecuali natrium, iaitu garam.

Kebanyakan jeruk mempunyai kandungan natrium yang sangat tinggi, jadi adalah amat penting untuk mengehadkan pengambilannya dalam sehari.

Kebaikan Jeruk

Untuk pengetahuan anda, kebaikan jeruk terletak pada kandungan probiotiknya – melindungi mikrobioma badan dan menyokong pertumbuhan bakteria yang baik dan sihat pada usus.

Merawat kekejangan otot

Satu kajian dijalankan pada 2010 mendapati makanan yang melalui proses penapaian ini boleh membantu merawat masalah kekejangan otot.

Dilaporkan seorang atlet lelaki yang mengalami kekejangan otot serta masalah terhidrat diberikan minum air jus jeruk, dan seminggu selepas itu, atlet pulih dengan kadar yang pantas.

Foto – Epicurious

Air berkhasiat (deionized water) tidak menawarkan faedah yang sama, yang membawa maksud bahawa elektrolit dan status penghidratan sahaja tidak dapat menjelaskan hasilnya.

Ini bermakna terdapat sesuatu di dalam makanan ini yang dipercayai dapat membantu merawat kekejangan otot selain kandungan air atau elektrolit.

Mengawal gula dalam darah

Penghasilan makanan ini menggunakan air garam berasaskan cuka dikatakan boleh membantu mengawal glukosa dalam darah. Tahap glukosa dalam darah yang stabil boleh membantu mengatasi dan mencegah rasa lapar yang keterlaluan.

Mencegah peningkatan gula dalam darah juga adalah amat penting untuk kesihatan mereka yang menghidapi diabetes.

Memberi antioksidan

Makanan yang melalui proses penapaian mengandungi fungsi antioksidan. Kajian di makmal menunjukkan bahawa antioksidan dapat mengatasi kesan radikal bebas.

Foto – Iluminasi

Radikal bebas adalah bahan kimia dalam badan yang boleh memainkan peranan dalam perkembangan pelbagai masalah kesihatan. Ia adalah termasuk seperti kanser, keradangan, penyakit jantung dan pelbagai masalah penyakit kronik lain, serta masalah berkaitan dengan isu penuaan.

Kehamilan

Morning sickness untuk wanita hamil. Keinginan ingin memakan sesuatu yang masam adalah perkara biasa ketika kehamilan.

Walaupun pengambilannya dapat membantu mengatasi rasa loya dan mual, tetapi pastikan anda tidak menngambilnya secara berlebihan. Untuk itu, anda boleh gantikan dengan buah-buahan yang mempunyai rasa masam seperti kiwi hijau, mangga muda (bukan jeruk), dan buah oren.

Kesimpulannya, boleh anda makan seperti biasa tapi hadkan pengambilannya dalam sehari. Lebih-lebih lagi untuk individu yang mempunyai penyakit kronik. Sentiasa dapatkan rundingan doktor pakar untuk tahap kesihatan ye.

Selamat Beramal!

RUJUKAN

The post Orang Korea Cukup Suka Makan Jeruk, Ini Kebaikan Perlu Anda Tahu appeared first on Wanista.com.

(Visited 5 times, 1 visits today)