“Oh, Ada Mandi Wajib Ke?”- Ibu Kongsi Cara Mandi Nifas & Wiladah Selepas Bersalin

Mungkin ramai dalam kalangan ibu yang masih keliru bagaimana cara untuk mandi wajib selepas melahirkan anak mahupun yang mengalami keguguran. Ada juga yang kurang informasi mengenai mandi wajib ini yang ternyata amat penting dalam aspek kebersihan agama. Jadi, bilakah waktu untuk mandi wajib akibat wiladah dan nifas?

Jawapannya ialah selepas bersalin dan apabila berhenti keluarnya darah nifas dalam keadaan naqa’.

Keadaan naqa’ bermaksud betul-betul suci iaitu jika dimasukkan kapas ke dalam faraj lalu dikeluarkan tidak ada kesan-kesan darah, kekeruhan atau kekuningan. Jika darah sudah berhenti tetapi jika dimasukkan kapas masih dilihat kesan darah, warna keruh atau kekuningan, maka itu adalah keadaan fatrah yang menunjukkan masih dalam keadaan bernifas.

NURSE PESAN SURUH MANDI WILADAH, APA TU?

Selepas bersalinkan alisha tahun 2016 dulu, nurse cakap kat yana.. nanti jangan lupa mandi wajib dan wiladah ye..

Haaaahh.. saya tak tahu pun. Apa tue nurse? (Siyess.. yana tak tahu. Jahilnya terasa diri sebab terlepas pandang bab kewajipan agama yang tue) nurse pun ajar ringkas yana sambil dok kemas2 bed yana bersalin.

Tapi yana tak berapa faham bercampur rasa khayal2 lagi baru jek lepas bersalin kan lepas teguk air milo dan makan biskut, sambil2 rehat yana pun google.. so, inilah info yang wajib semua ibu-ibu tahu.

CARA MANDI WAJIB LEPAS BERSALIN – WILADAH DAN NIFAS

Ibu mengandung dan bakal melahirkan anak patut tahu tentang mandi wajib selepas bersalin. Bagi orang Islam adalah WAJIB untuk mandi hadas besar ini supaya amalan kita di terima Allah. Ada juga sesetengah ibu yang telah melahirkan anak 5 orang tidak tahu adanya mandi wajib lepas bersalin.

Mandi wajib selepas bersalin terbahagi kepada dua iaitu:

-Mandi wajib selepas melahirkan bayi samada secara normal atau pembedahan.

-Mandi wiladah jika tiada darah..kalau ada darah, mandi nifas sahaja..

Niatnya:

“Sahaja aku mandi wajib Wiladah kerana Allah Taala”

Ratakan air keseluruh badan.

Nifas: Mandi wajib setelah darah nifas berhenti. Tempoh darah nifas keluar paling lama adalah 60 hari. Jika darah nifas keluar lebih daripada 60 hari ia dikira sebagai darah Istihadha. Mandi Nifas wajib dilakukan walaupun hanya setitis darah nifas. Jika darah nifas tidak keluar memadailah hanya Mandi wiladah sahaja dan perlu solat seperti biasa selepas bersalin. Tetapi jika darah nifas keluar setelah hari yang ke10 selepas melahirkan anak anda perlu berhenti seketika dari mengerjakan solat.

Jika anda keguguran perlu mandi nifas.

Niat:

“Sahaja aku mandi Nifas kerana Allah Taala”

Ratakan air keseluruhan badan.

Selepas bersalin biasanya ada darah nifas jadi nk angkat hadas besar x boleh, jadi selepas habis nifas mandi niat angkat hadas besar maka terangkat hadas wiladah dan nifas hanya sekali saja.

Sumber: Nurliana bt Mat Hussin

(Visited 1 times, 1 visits today)