Neelofa Jadikan Telegram Sebagai Platform Berkongsi Ilmu Agama

Meski bulan ramadhan di sambut dalam suasan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), tetapi ia bukan menjadi penghalang buat sesetengah individu yang ingin berjuang dan berjihad dalam berkongsi ilmu agama dengan menggunakan platform sosial media.

Noor Neelofa Mohd Noor atau Neelofa merupakan salah satu individu yang turut serta berjuang dalam bulan ramadhan ini dengan membuka telegram kumpulan bagi berkongsi ilmu agama, tips dan rutin harian sepanjang dalam bulan ramadhan kepada orang ramai.

Tindakan murni Neelofa ini memberi inspirasi dan motivasi kepada kita semua untuk menyambut bulan ramadhan dengan penuh kreatif dan bermanfaat menerusi telegram yang di buka umum ini.

Berikut beberapa informasi yang Neelofa kongsikan di dalam telegram ramadhan ini.

Tips Tak Nak Menguap Semasa Qiam

Neelofa kongsikan tips bagaimana untuk tidak banyak menguap semasa qiam dan waktu sahur. Bangun awal pagi untuk bersahur mahupun menunaikan ibadah solat pasti akan membuatkan mulut tidak berhenti menguap, nah Neelofa kongsikan cara untuk tak menguap sejuta kali dengan cara mandi sambil basahkan rambut.

Foto – Telegram Neelofa

Faham Dan Hafal Makna Dalam Solat

Berapa ramai diantara kita semua yang faham dan hafal makna dalam solat? Untuk mesej pesanan ilmu yang pertama, Neelofa fokuskan dengan perkongsian mengenai makna dalam solat dan menganjurkan pengikut telegramnya untuk fahamkan makna dalam solat dan menghafal makna dalam solat.

Perkongsian ini cukup menarik kerana tidak ramai yang menyentuh aspek faham dan hafal makna dalam solat, meskipun sembahyang bertahun-tahun.

Foto – Telegram Neelofa

Kongsi Cara Kreatif Hafal Doa

Neelofa sangat terkenal dengan cara serta idea kreatif ketika melakukan sesuatu perkara, begitu juga apabila ingin menghafal doa dengan lancar, adalah menerusi cara kreatifnya dalam menghafal doa tersebut. Macam dalam gambar di bawah.

Konsep permainan seperti ini pasti membuatkan sesiapa saja ingin menghafal doa pasti boleh menghafal dan mengingat doa-doa dengan mudah.

Foto – Telegram Neelofa
Foto – Telegram Neelofa

Banyak Berkongsi Kompilasi Doa & Video Agama

Neelofa juga banyak berkongsi kompilasi doa-doa untuk diamalkan kepada pengikut telegramnya, bukan itu sahaja video-video ceramah dan video doa juga dikongsikan bersama di dalam telegram kumpulan yang dibukanya itu.

Foto – Telegram Neelofa
Foto – Telegram Neelofa

Kongsi Resepi Sahur Yang Sihat Dan Mengenyangkan

Selain tips, doa, video ceramah, audio ilmu agama dan mesej-mesej ilmuan lain, Neelofa juga turut berkongsi resepi di dalam telegram tersebut. Resepi-resepi yang dikongsikan oleh Neelofa bukan saja menyihatkan malah ia juga membekalkan rasa kenyang sepanjang hari.

Foto – Telegram Neelofa
Foto – Telegram Neelofa

Banyak perkongsi-perkongsian menarik yang Neelofa kongsikan di dalam telegram kumpulan yang dibukanya, bagi yang berminat untuk mengikuti dan ingin mendapat tips serta doa-doa yang dikongsikan oleh Neelofa, sertai telegram kumpulan Neelofa.

Caranya:

  • Buka aplikasi telegram
  • Taip ‘Neelofa’ di bahagian carian
  • Dan tap ‘join’ untuk memasuki kumpulan telegram Neelofa
  • Atau klik link [SINI] untuk terus akses masuk telegram Neelofa
Foto – Telegram Neelofa

Neelofa antara tokoh wanita yang banyak memberi inspirasi kepada orang lain, dan perkongsian ilmu yang dibuat menerusi platform sosial media telegram adalah alternatif terbaik dalam menyalurkan sesuatu ilmu kepada orang ramai. Serius tabik Neelofa♥

The post Neelofa Jadikan Telegram Sebagai Platform Berkongsi Ilmu Agama appeared first on Wanista.com.

(Visited 18 times, 1 visits today)