Nasi Dagang,Gulai Ikan Tongkol &Tok Aji Serban Menu Kesukaan Syafiq Ketika Ramadan

Tinggal beberapa hari saja lagi kita bakal menyambut Syawal. Rasa Nostalgia Ramadan semakin hampir ke penghujung. Kali ini Datuk Chef Wan ditemani abang bomba bersuara lunak, Syafiq Farhain yang akan berkongsi dua menu nostalgianya.

Sudah pasti menu dari Terenganu negeri asalnya yang ditunggu tiap kali Ramadan menjelma. Nasi Dagang dan Gulai Ikan Tongkol jadi kemestian waktu berbuka. Tak lengkap tanpa pemanis mulut yang menjadi kesukaan Syafiq iaitu Tok Aji Serban.

Pastikan anda tidak terlepas siaran Rasa Nostalgia Ramadan yang bersiaran Isnin hingga Khamis, jam 5 petang di Astro Prima & Prima HD (105 &125).

NASI DAGANG
Bahan-bahan:
1 kg beras pulut
750ml santan
2 sudu teh biji halba
1 inci halia (dicincang)
10 biji bawang merah kecil (dihiris halus)

Gula & garam secukupnya
Bawang goreng

Cara memasak:
1. Masukkan halba, beras pulut, bawang dan halia. Tambahkan dua setengah senduk santan dan garam. Gaulkan semua sekali sehingga sebati
2. Masukkan semua bahan di atas ke dalam pengukus.
3. Kukus untuk 20-25 minit sehingga nasi masak.

GULAI IKAN TONGKOL
Bahan-bahan:
4 sudu besar minyak masak

750 ml santan
2 keping asam gelugor
350gm ikan tongkol
2 biji cili merah (belah dua separuh)

2 biji cili hijau (belah dua separuh)

Garam dan gula secukupnya
3 sudu besar kerisik

Pes rempah:
3 biji bawang merah besar

2 inci kunyit hidup
2 inci lengkuas
6 sudu besar cili giling
2 inci halwa

Hiasan:
Daun bawang

Cara memasak:
1. Masukkan bawang, halia, lengkuas, kunyit hidup dan sedikit air ke dalam pengisar. Kisarkan sehingga hancur
2. Panaskan minyak
3. Tumiskan bahan kisar
4. Masukkan cili giling. Tutupkan bahan tumis tadi. Masak sehingga ianya garing dan
sampai pecah minyak. (5-7 minit)
5. Kemudian masukkan santan, kerisik dan ikan tongkol
6. Tambahkan air untuk sekiranya terlalu pekat.
7. Masukkan garam dan asam keping.
8. Masukkan sedikit bawang goreng serta sedikit gula.
9. Biarkan semuanya sebati (2-3 minit).
10. Sedia untuk dihidang.

PULUT SEKAYA/TOK AJI SERBAN
Bahan lapisan bawah:
500 gm beras pulut susu

300 ml santan pekat

300 ml air

2 sudu kecil garam halus

Cara memasak:
1. Rendam beras pulut susu sekurang-kurangnya 4 jam. Basuh bersih dan toskan.
2. Campurkan santan dan sedikit garam di dalam satu bekas.
3. Di satu bekas yang lain, gaulkan santan dan beras pulut. Kemudian masukkan santan
yang telah dicampur dengan garam sebentar tadi
4. Masukkan semua bahan di atas ke dalam loyang pengukus
5. Kukus dalam masa 15-20 minit

Bahan lapisan atas:
10 biji telur ayam
2 cawan santan
3⁄4 cawan gula
2-3 keping gula melaka (masak dengan sedikit air dahulu) 2 sudu besar tepung gandum

Cara memasak:
1. Pukul telur sehingga sebati
2. Masukkan gula melaka, sedikit santan serta garam. Kacau sehingga sebati
3. Bancuhkan sedikit tepung kanji dan gula di dalam satu bekas lain
4. Masukkan campuran tepung kanji ke dalam adunan santan
*Apabila lapisan bawah sudah masak, keluarkan daripasa pengukus. Kemudian tekapkan dengan daun pisang. Setelah itu, tuang adunan untuk lapisan atas. Masukkan ke dalam pengukus. Kukuskan balik dalam masa 10-20 minit.

Dua Kek Keju Sedap, Tambat Selera Famili Di Hari Raya

The post Nasi Dagang,Gulai Ikan Tongkol &Tok Aji Serban Menu Kesukaan Syafiq Ketika Ramadan appeared first on RASA.

(Visited 3 times, 1 visits today)