Nampak Cantik Tapi Pinggan Mangkuk Corak Viral Ini Boleh Undang Bahaya Pada Kaum Wanita & Bayi!

Bila cakap je soal pinggan mangkuk pasti kaum wanita yang paling teruja. Tidak dinafikan pelbagai jenis pinggan mangkuk diluar sana yang berjaya menarik perhatian wanita. Dari harga yang murah sehinggalah mencecah ribuan ringgit, kalau dah suka pastinya akan mereka dapatkannya.

Terbaru, pinggan mangkuk bercorak kembali viral. Pinggan mangkuk yang bercorak ini pernah menjadi satu kegilaan pada kaum wanita malahan juga kaum lelaki pada suatu masa dahulu, tetapi sekarang ianya kembali viral dengan harga yang jauh lebih murah. Cantik memang cantik, tetapi ada sesuatu yang pembeli harus tahu. Melalui perkongsian oleh Public Health Malaysia melalui laman Facebooknya, pinggan bercorak ini sebenarnya boleh mendatangkan bahaya. Terkejut? Tapi mari lihat apa yang menjadikan ianya bahaya.

Pinggan Bercorak Kembali Viral

Pinggan bercorak yang pernah viral pada satu tahun dahulu sekarang menjadi viral kembali. Melalui satu posting yang dibuat oleh pengguna laman Facebook, dia menunjukkan lokasi kedai yang menjual pinggan mangkuk bercorak ini. Kedai yang terletak di Lembah Klang itu menyediakan pelbagai jenis pinggan mangkuk bercorak ini.

Ramai yang berminat untuk membeli pinggan ini. Tidak dinafikan kerana pinggan ini sememangnya cantik dilihat dan corak corak pada pinggan itu yang membuatkan pinggan itu lebih menarik. Tetapi sebelum membeli pinggan tersebut, haruslah anda semua tahu keburukan pinggan bercorak ini. Boleh mendatangkan bahaya kepada wanita dan terutamanya bayi.

Bahaya Pinggan Mangkuk Bercorak Kepada Wanita & Bayi

Pengguna dinasihatkan lebih berwaspada menggunakan pinggan mangkuk beraneka corak yang tular di media sosial kini, kata seorang pensyarah Universiti Malaya (UM). Dr Nor Asrina Sairi berkata kebanyakan pinggan mangkuk yang mempunyai hiasan cantik ini mempunyai logam plumbum (lead) dalam penghasilannya.

“Bahaya untuk jangka masa panjang terutama untuk kanak-kanak, wanita hamil dan bayi, tapi bahayanya itu bukanlah secara terus atau langsung.

“Ia lebih kepada kuantiti yang sedikit, tapi kalau kita kerap guna dan untuk jangka masa lama, ia akan beri kesan kepada kesihatan,” katanya kepada mStar Online.

Pinggan mangkuk dengan hiasan menarik itu kini tular di media sosial dan boleh didapati serendah 50 sen di Pasar Seni dan beberapa lokasi lain. Pensyarah kanan Jabatan Kimia UM itu berkata pinggan mangkuk berkenaan lebih sesuai dijadikan koleksi hiasan. Katanya, plumbum yang terlekat di pinggan berkenaan akan mudah terhakis apabila terdedah kepada suhu panas.

“Saya cadangkan pengguna gunakannya untuk perhiasan atau koleksi, elakkan guna untuk hidang makanan harian.

“Kalau warna atau sadurannya di luar, itu OK lagi, tapi bila sekarang trend baru di bahagian dalam pun disalut, itu yang kita agak khuatir,” beliau dilaporkan berkata.

Sumber : Public Health Malaysia

(Visited 1 times, 1 visits today)