Nak Muka Flawless Kenalah Bercukur!

“Eh, perempuan pun boleh cukur muka juga ke? Tak bahaya ke cukur muka, salah cukur tak pasal-pasal muka berparut pula”

Jangan sangka orang lelaki saja yang boleh cukur muka, wanita juga boleh cukur muka juga, almaklum wanita juga mahu menjaga kebersihan muka agar sentiasa kelihatan bersih, licin, dan sihat. Tapi pasti ramai wanita risau dan takut untuk mencukur muka sendiri bukan.

Ya lah, pisau cukur kan tajam, silap cara muka yang jadi taruhan. Untuk mengelakkan perkara yang tidak diingini semasa mencukur muka, ikuti langkah-langkah mencukur muka dengan betul di bawah dan ketahui peralatan mencukur yang betul untuk digunakan.

Peralatan Untuk Mencukur Muka

Foto – Jenis
  • Skrub muka
  • Kain bersih untuk muka
  • Gel pencukur muka
  • Pisau pencukur muka (boleh guna aneka jenis pisau pencukur wajah seperti dalam gambar di atas)
  • Pelembap muka

Cara Cukur Muka Dengan Betul

Langkah Pertama

Untuk langkah pertama, kamu perlu cuci muka dengan air bersih, tanggalkan segala minyak dan kotoran yang terdapat pada muka agar mudah untuk mencukur muka.

Foto – Well Good

Langkah Kedua

Selepas mencuci wajah, bersihkan muka lagi sekali menggunakan skrup muka ini bertujuan untuk membersihkan segala sel mati yang terdapat pada permukaan kulit dan sekaligus membolehkan pisau cukur mencukur dengan rata pada permukaan kulit muka.

Foto – Murtela Cosmetis India

Langkah Ketiga

Selepas sel-sel mati dibersihkan menggunakan skrub muka, tuam muka dengan menggunakan tuala panas selama tiga minit. Ini bertujuan untuk melembutkan kulit dan bulu yang terdapat pada kulit muka, sekaligus memudahkan kamu untuk mencukur.

Foto – Everyday Health

Langkah Keempat

Kulit muka telah menjadi lembap, sapu gel pencukur wajah pada muka dengan menggunakan gel atau krim pencukur muka ia dapat memudahkan pisau cukur untuk mencukur di permukaan kulit muka.

Foto – WebMD

Langkah Kelima

Gunakan pisau cukur yang tajam untuk mencukur wajah, pastikan pisau pencukur yang kamu pilih tidak tumpul mahupun berkarat.

Foto – Arkib Wanista

Langkah Keenam

Cukur muka dengan cara satu hala sahaja, tekan pisau pencukur dengan lembut pada muka secara 45 darjah dan cukur secara perlahan-lahan dan stabil. Jangan cukur muka menggunakan banyak arah ia boleh menyebabkan kulit muka menjadi iritasi.

Foto – Arkib Wanista

Langkah Ketujuh

Selesai mencukur, bersihkan muka dan kemudian sapukan krim pelembap muka pada kulit wajah untuk melembapkan kulit. Peringatan selepas mencukur muka jangan terus pakai mekap atau mana-mana produk muka, kamu perlu tunggu seketika.

Foto – Allure

Sebenarnya cukup mudah untuk mencukur muka yang penting peralatannya betul dan cara mencukurnya juga harus diikuti. Jadi lepas ini kamu dah boleh mencukur muka di rumah dengan cepat dan mudah mengikut langkah-langkah di atas.

Selamat mencuba♥

Rujukan: 1, 2,

The post Nak Muka Flawless Kenalah Bercukur! appeared first on Wanista.com.

(Visited 2 times, 1 visits today)