Nak Kulit Cantik, Sila Bertukar Ke Sarung Bantal Sutera

Asyik menonton video tutorial dari Youtuber Ashley Brooke, penulis tertangkap satu tips paling berguna malah info baru – ‘sarung bantal sutera beri manfaat pada kulit’. Hebatkan sutera?

Bagi yang tidak tahu, sarung bantal sutera dibuat sepenuhnya dari sutera dikatakan mampu mencegah kedutan bahkan jerawat, membantu kekal terhidrasi, dan mengawal haba badan.

Tahukah anda, Marilyn Monroe mengamalkan dan menggunakan sarung bantal satin atau sutera untuk memelihara kecantikan rambut dan kulit. Fabrik seperti satin dan sutera mengelakkan kulit kepala daripada berpeluh dan kelembutan fabrik ini mengurangkan geseran pada rambut yang boleh mengurangkan kekusutan apabila anda bangun dari tidur.

Foto -www.marieclaire.com

Menurut Dr. Elizabeth Tanzi, Profesor Klinik Bersekutu, Jabatan Dermatologi di Pusat Perubatan Universiti George Washington, tidak ada bukti saintifik sarung bantal sutera boleh menghentikan jerawat dan menghalang kedutan. Walaubagaimanapun ia masih boleh dijadikan pilihan untuk seseorang yang mempunyai masalah kulit sensitif.

Apa kelebihannya…

#1 Membantu mengekalkan kelembapan

Sutera dipercayai membantu kulit kekal terhidrat berbanding dengan jenis kain lain. Itulah sebabnya kain sutera dapat membantu mengekalkan kelembapan kulit secara semula jadi, tidak menarik kelembapan seperti kebanyakan jenis kain lain.

#2 Hypoallergenic semula jadi

Kerana ia diproses secara semulajadi, kain sutera boleh dikategorikan sebagai produk hypoallergenic. Hypoallergenic adalah produk yang dibuat menggunakan bahan mentah yang boleh menyebabkan alahan kepada manusia, Bagi mereka yang terdedah kepada alahan seperti penghidap asma, adalah dinasihatkan untuk menggunakan sarung bantal sutera untuk mengelakkan risiko kesihatan. Di samping itu, kain sutera mempunyai ketahanan semula jadi untuk hama, habuk dan lain-lain.

#3 Mengurangkan pendedahan kepada bahan kimia

Kain kapas atau yang lain dihasilkan oleh kilang menggunakan bahan kimia dalam pembuatan gentian kain. Bayangkan semasa tidur, tubuh sentiasa terdedah kepada bahan kimia yang mungkin mengganggu kesihatan jangka panjang. Tetapi sutera dianggap lebih selamat kerana ia adalah serat protein semulajadi yang berasal dari kepompong larva sutera mulberi yang ditenun menjadi kain dan selama prosesnya hanya menggunakan sedikit bantuan kimia.

Foto – AliExpress

Terkejut dengan manfaat sutera? Lepas ni korang dah boleh bertukar ke sarung bantal sutera..

Selamat Beramal!

RUJUKAN : 1, 2, 3, 4, 5

The post Nak Kulit Cantik, Sila Bertukar Ke Sarung Bantal Sutera appeared first on Wanista.com.

(Visited 2 times, 1 visits today)