Nak Kening Kemas Macam Aishwarya Rai, Teknik Threading Dah Cukup!

“Eh, cuba kau tengok kening Aishwarya Rai tu rapinya. Kemas betul, macam manalah kening dia boleh kemas dan rapi macam tu?”

Memang tak sah kalau tak membawang pasal artis kesukaan apatah lagi kalau berkait pasal bab kecantikan, kan? Kita biasa lihat kening selebriti wanita India lebih kemas dan rapi berbanding selebriti wanita dari negara lain. Apa rahsia bulu kening mereka jadi cantik, kemas dan teratur ni?

Mesti ramai yang berfikir artis Bollywood guna teknik mencabut bulu kening (plucked) dan wax bulu kening kan?

Bagi yang kurang tahu tentang penjagaan dan kebersihan bulu kening, ramai India menggunakan teknik tradisi nenek moyang mereka iaitu threading bulu kening. Ianya jauh lebih kemas dan rapi dari teknik yang sedia ada sekarang ini.

Teknik Tradisi Wanita India Sejak 6,000 Tahun Lalu

Tahu tak teknik threading bulu kening ini dah digunakan oleh wanita India sejak 6,000 tahun yang lalu lagi, kemudian teknik ini tersebar ke negara di timur tengah sehinggalah ke negara-negara barat yang lain. Teknik threading sejak zaman kuno ini masih diguna pakai sehingga hari ini.

Foto – Arkib Wanista

Jikalau zaman dahulu teknik threading dilakukan apabila wanita India sudah cukup umur menjadi dewasa atau sebagai tanda status wanita di mana wanita tersebut bakal berkahwin dan menjadi isteri orang.

Tapi kini teknik ini digunakan bagi menjaga kekemasan dan kebersihan kening, agar wajah kelihatan anggun dan jelita sepanjang masa.

Teknik Threading Kening Lagi Bagus Dari Waxing Dan Plucked?

Foto – Arkib Wanista

Apa yang membuatkan teknik dari zaman kuno ini sangat disukai berbanding teknik wax dan plucked? Bagi yang pernah mencuba teknik wax dan plucked bulu kening, ia memberi kesan yang menyakitkan.

Ada juga yang mengalami masalah kulit iritasi selepas melakukan wax atau plucked bulu kening oleh sebab itu ramai wanita beralih arah dengan menggunakan teknik threading bagi merapikan dan mengemaskan bulu kening mereka.

Proses Threading Bulu Kening

Apa yang perlu kamu tahu tentang proses sebelum, semasa dan selepas threading ini adalah penting agar kamu tahu proses membentukkan bulu kening dengan menggunakan teknik threading ini.

Foto – Harley Waxing

Sebelum proses:

  • Jumpa dengan beautician, bincang tentang bentuk bulu kening yang kamu mahukan dan beautician akan beri nasihat tentang bentuk bulu kening yang bersesuaian dengan jenis bentuk mukakamu.
  • Beautician akan menerangkan jenis benang yang akan digunakan untuk threading bulu kening kamu, biasanya benang jenis cotton.
  • Booking tarikh yang kamu ingin buat threading bulu kening.
Foto – Arkib Wanista

Semasa proses:

  • Tibalah tarikh temu janji untuk threading bulu kening.
  • Beautician akan bawa kamu ke bilik rawatan, kamu baring di katil rawatan sementara menunggu beautician menyediakan peralatan threading bulu kening.
  • Sebelum threading bermula, beautician akan menyapu gel aloe vera atau mana-mana jenis agen anti iritasi pada bulu kening dan sekitarnya.
  • Threading bermula.
Foto – Nimbus Massage

Selepas proses:

  • Selesai threading bulu kening, beautician akan mengurut kening kamu bagi melegakan rasa iritasi.

Manfaat Guna Teknik Threading Kening

  • Kulit kurang mengalami masalah iritasi (cara ini sesuai bagi yang miliki kulit jenis sensitif dan normal)
  • Kurang mengalami masalah kemerahan pada kulit
  • Potongan lebih tepat hingga mampu mencabut akar bulu kening
  • Tidak memerlukan masa yang lama untuk threading kening
  • Kening kekal rapi dan tahan lama sehingga 2-3 minggu sebelum bulu kening tumbuh baru
  • Kos perkhidmatan threading kening murah dalam RM5 – RM10
  • Kening jadi lebih kemas dan rapi
Foto – Khoob Surat Salon

Bagi yang sedang mencari cara mana yang best dan dapat hasil kening yang bagus, gunalah teknik threading bulu kening ni jujur cakap puas hati. Comfirm kening kamu nanti kelihatan macam artis Bollywood nanti!

Nota penting: Kalau nak cari salon yang tawarkan perkhidmatan threading bulu kening ni, cari salon yang bersih dan beautician yang berpengalaman.

Selamat mencuba♥

Rujukan: 1, 2

The post Nak Kening Kemas Macam Aishwarya Rai, Teknik Threading Dah Cukup! appeared first on Wanista.com.

(Visited 6 times, 1 visits today)