Nak Kelainan Dalam Karipap? Jom Buat Karipap Cheese

Kalau rasa nak kelainan dalam membuat karipap, boleh cuba letakkan keju dalam inti karipap tu. Rasanya memang sedap dan berbeza daripada karipap biasa yang kita buat. RASA kongsikan resipi karipada daripada seorang rakan facebook Olie Norliy. Istimewanya karipap ini sebab tetap sedap walaupun sudah disejukbekukan.

KARIPAP CHEESE

.

BAHAN-BAHAN

BAHAN INTI
Minyak masak
3 biji kentang (potong dadu)
5 ulas bawang putih (potong dadu)
1 labu bawang besar (potong dadu)
1 biji tomato (potong dadu)
Daging kisar secukupnya
1 peket keju
1 sudu kecil oregano
2 sudu besar sos tomato
Garam secukup rasa

CARA MASAK INTI
1. Goreng kentang sampai masak. Ketepikan.
2. Bawang putih dan bawang besar ditumis sehingga naik bau. Masukkan tomato. Tumis lagi.
3. Masukkan daging kisar. Kacau sehingga betul-betul masak.
4. Masukkan keju, oregano, sos tomato dan garam. Kacau lagi.
5. Setelah masak, tutup api dan biarkan sejuk.

BAHAN DOH
3 sudu besar minyak masak
1 sudu besar marjerin atau mentega
1 kg tepung gandum
200 ml air sejuk
1 sudu kecil garam


.

CARA MEMBUAT
1. Panaskan minyak masak dan masukkan marjerin atau mentega ke dalam kuali sehingga betul-betul panas.
2. Tuang tepung gandum ke dalam bekas. Masukkan minyak panas tadi ke dalam tepung dan gaul.
3. Setelah adunan rata, masukkan air sejuk yang sudah dibancuh dengan garam. Masukkan sedikit demi sedikit sehingga dok tidak melekat di tangan dan bekas.
4. Biarkan setengah jam baru boleh mula buat karipap.

CARA PENYEDIAAN
1. Ambil sedikit doh dan buat bentul bulat. Leperkan.
2. Letakkan sesudu besar inti.
3. Kelimkan tepi karipap.
4. Panaskan minyak masak dan goreng karipap sehingga kekuningan.
5. Angkat dan sedia dihidang.


.

Resipi Oleh Olie Norliy dari Aroma Puff

The post Nak Kelainan Dalam Karipap? Jom Buat Karipap Cheese appeared first on RASA.

(Visited 6 times, 1 visits today)