Muka Makin Cerah Dengan Rangkaian innisfree Brightening Pore

Produk kelahiran Korea Selatan memang tidak pernah fail. Mereka sentiasa tampil dengan perkembangan dan teknologi canggih dalam menghasilkan produk penjagaan wajah yang terbaik.

Kali ini, innisfree memperkenalkan rangkaian Brightening Pore untuk merawat dan mencerah kulit wajah bebas daripada segala masalah, seperti

  • pigmentasi
  • bintik hitam
  • jeragat
  • tona kulit tidak sekata
  • kemerahan
  • dehidrasi
  • liang pori kendur
  • liang pori besar
innisfree Brightening Pore. Foto – Arkib Wanista

Terhasil daripada kebaikan ekstrak Jeju Hallabong Peel, yang berfungsi untuk mengencang dan membersihkan kulit, serta gabungan Triple Vitamin (B3, C, B5), derivatif yang memberikan kesan pencerahan yang kuat. Penggunaan harian pagi dan malam, dapat membantu merawat noda dan kerosakan yang disebabkan oleh sinar UV. Kesan seawal tiga minggu boleh jelas kelihatan.

Ingin merasai pengalaman baru menggunakan rangkaian baharu ini, anda boleh dapatkan innisfree Brightening Pore yang terdiri daripada facial cleanser, spot treatment, pore serum, pore skin toner, priming cream dan sleeping mask di semua kaunter innisfree terpilih.

Info lanjut, boleh semak Facebook innisfree.

Selamat Beramal!

The post Muka Makin Cerah Dengan Rangkaian innisfree Brightening Pore appeared first on Wanista.com.

(Visited 2 times, 1 visits today)