Mudahnya Buat Sardin Homemade. Dah Tentu Halal & Bersih Tanpa Cacing!

Lauk sardin memang jadi kegemaran ramai. Ini lah lauk yang boleh membangkitkan selera bila dipadukan dengan telur mata.

Tapi semenjak keluar berita ada berapa jenis sardin dalam tin yang dikesan mengandungi cacing, terbantut pula rasa nak makan sardin tin.

Kalau dah rasa macam ni eloklah buat sendiri saja sardin ni. Dah sah halal dan bersih. Caranya boleh ikut perkongsian Nolela Abdul Lahak.

Sardin homemade

Bahan-bahan:

2 kilo ikan sardin
1 tin tomato puri
2 senduk cili kisar
2 senduk bawang kisar
1 cawan air asam jawa
1 botol sos cili
Garam
Serbuk perasa
Cuka
Minyak utk menumis

Cara membuat:

1. Tumis bawang dan cili kisar sampai pecah minyak.

2. Kemudian masukkan air asam jawa, cili sos, tomato puri.

3. Tambah air hingga menutupi ikan. Lebih pun tak mengapa sebab nanti bila masuk dalam pressure cooker kuah akan cepat pekat.

4. Masak dalam 60 minit, tulang ikan akan lembut macam sardin tin yang kita beli.

5. Siap!


Resepi Nurliyana Ana Ana & Norlela Abdul Lahak

The post Mudahnya Buat Sardin Homemade. Dah Tentu Halal & Bersih Tanpa Cacing! appeared first on Vanilla Kismis.

(Visited 2 times, 1 visits today)