Mudah & Sedap. 12 Resipi Puding Ni Sesuai Untuk Hari Raya

Suasana perayaan kian terasa walaupun kemeriahan sambutan tahun ini sedikit berbeza dari sebelumnya. Bagi anda yang terasa nak buat aneka puding sempena Syawal ni, RASA kongsikan 12 jenis resipi puding dari instafamous tersohor Wan Zura Aishah yang boleh anda pertimbangkan sebagai sajian pemanis mulut hari raya nanti nanti. Mudah, cantik dan sedap. Berbaloi cuba.

1. PUDING SAGU GULA MELAKA

BAHAN-BAHAN:

  • 2 cawan sagu | direndam 1/2 jam
  • 4 cawan air | tambah air bila perlu
  • 2 helai daun pandan
  • Pewarna pilihan

CARA MEMASAK:

  1. Bersihkan sagu, masak dengan air mendidih sentiasa kacau hingga sagu kembang dan jernih dan tiada sagu putih.
  2. Jirus dengan air paip, buang kanji. Sagu tadi di bahagikan kepada 2 bekas, tambah pewarna ikut suka dan biarkan sejuk.

KUAH:

  • 2 tin susu cair
  • Daun pandan

NOTA: Panaskan susu cair dan daun pandan biarkan sebentar, tutup api atau jika guna santan masukkan sedikit garam dan daun pandan. Panaskan sebentar (tak nak panaskan pun tak mengapa)

AIR GULA MELAKA:

  • 1 ketul gula melaka | potong kecil
  • 1/4 cawan gula merah
  • 1 cawan air
  • 2 helai daun pandan
  • Secubit garam

CARA MEMASAK:

  1. Masak sampai agak pekat
  2. Campur sagu, air gula melaka, susu cair dan sejukkan sebelum dimakan.

2. AGAR-AGAR SIRAP LAICI

BAHAN-BAHAN:

  • 20gm agar2 tali | cuci dan toskan
  • 5 cawan air
  • 1 cawan gula
  • 1 tin laici
  • 2 cawan air tin laici | tak cukupboleh tambah air
  • 2-3 sudu besar biji selasih | rendam dahulu dengan air panas
  • Secubit garam
  • Sirap rose

CARA MEMASAK:

  1. Masak agar-agar dengan air hingga larut, masukkan gula dan kacau sehingga larut.

  1. Masukkan air laici tadi dalam periuk agar-agar dan kacau serata. Letakkan sedikit garam dan masak hingga mendidih. Tutup api.

  1. Acuan biru, susunkan laici setiap lekuk dalam acuan dan tuang agar-agar hingga paras laici atau lebih. Jika ada ruang bahagian laici yang kosong taburkan sedikit biji selasih dan biarkan sederhana beku.

  1. Lebihan agar-agar warnakan dengan sirap rose. Masukkan lebihan selasih tadi dan kacau rata.

  1. Agak-agak jika sudah sederhana beku agar-agar tadi, boleh tuang perlahan-lahan agar-agar sirap rose kesemuanya dn biarkan beku. Simpan dalam peti sejuk.

  1. Selepas 4-5 jam boleh keluarka. Enak dan sedap di makan sejuk.

3. PUDING KACA

BAHAN A:

  • 20gm agar agar tali | potong 2 dan guna separuh
  • 2 cawan air
  • 1/2 cawan gula
  • 1 tin susu cair
  • Secubit garam

CARA MEMASAK:

  1. Masak agar-agar bersama air hingga larut. Masukkan gula dan kacau rata.

  1. Masukkan susu cair, secubit garam dan kacau hingga sebati. Biarkan sebentar Sudah mendidih, tutup api.

  1. Bahagikan 3-4 bekas adunan agar-agar. Warnakan ikut suka dan biarkan beku/keras. Masuk dalam peti sejuk.

BAHAN B:

  • Separuh agar2 tadi
  • 4 cawan air
  • 1/2 cawan gula
  • 1-2 helai daun pandan | simpulkan
  • Sedikit gula batu
  • Secubit garam

CARA MEMASAK:

  1. Masak agar-agar bersama air hingga larut. Kemudian masukkan gula dan gula batu, kacau hingga sebati.

  1. Masukkan daun pandan dan secubit garam hingga serata dan tutup api.

  1. Agar-agar di dalam peti sejuk tadi dikeluarkan. Potong dadu kecil-kecil dan susun/tabur dalam loyang kesemuanya.

  1. Tuang agar-agar yang dimasak tadi di atasnya perlahan-lahan. Biarkan beku dan simpan dalam peti sejuk selama 2-3 jam.

  1. Keluarkan puding itu dari loyang. Boleh potong ikut suka dan sedia untuk dihidang.

4. PUDING DRAGON FRUIT

BAHAN A:

  • 20gm agar-agar tali | gunting dua dan guna separuh
  • 2 1/2 cawan air
  • 1/2 cawan gula atau lebih
  • Dragon fruit/buah naga | belah dua dan ambil sebelah kisar hancur dengan 1 cawan air
  • Secubit garam

CARA MEMASAK:

  1. Masak agar-agar dengan 2 1/2 cawan air hingga larut agar-agar dan masukkan gula.
  2. Kemudian masukkan dragon fruit yang siap dikisar tadi. Kacau rata. Masukkan secubit garam dan kacau lagi. Tuang adunan dalam acuan biru saiz kecil, biarkan beku/keras. Simpan di dalam peti sejuk.

BAHAN B:

  • Separuh agar-agar tali
  • 3 cawan air
  • 1/2 cawan gula
  • 1 tin susu cair
  • 2 sudu tepung jagung | cairkan dengan sedikit air
  • Secubit garam

CARA MEMASAK:

  1. Masak agar-agar dengan air hingga larut, masukkan gula dan kacau rata.

  1. Tuang susu cair, tepung jagung dan secubit garam. Sentiasa kacau, jika sudah sebati tutupkan api.

  1. Agar-agar dalam peti sejuk tadi di keluarkan dari acuan dan ketepikan.

  1. Tuang satu cawan adunan agar-agar susu dalam acuan saiz besar sedikit dan biarkan beku.

  1. Ambil agar-agar dragon fruit tadi dan masukkan dalam acuan besar. Kemudian baki agar-agar susu tadi dituang sehingga penuh acuan/menutupi agar-agar dragon fruit tadi.

  1. Bekukan dan simpan dalam peti sejuk lebih 2 jam kemudian keluarkan ia dari acuan. Sudap siap untuk di potong.

5. PUDING KACANG MERAH

BAHAN A:

  • 10gm agar-agar tali
  • 2 1/2 cawan air
  • 1/2 cawan gula | nak manis tambah lagi gula
  • 2 sudu besar tepung jagung | bancuh dahulu dengan sedikit air
  • 1/2 cawan santan kotak dan 1/2 cawan air | Jadikan 1 cawan santan
  • 2 helai daun pandan | simpulkan
  • Secubit garam
  • 1 tin kacang merah | tuang dalam penapis, lalukan bawah air paip. Tos dan asingkan.
  • 1 cawan kacang merah

CARA MEMASAK:

  1. Masak agar-agar bersama air hingga larut dan masukkan gula. Kemudian masukkan daun pandan, kacau sekata gula dan perlahankan api.

  1. Lebihan kacang merah di susun rata dalam acuan, tuang sesenduk/lebih agar-agar yang di masak tadi ke atas kacang merah, biarkan sederhana beku.

  1. Besarkan semula api. Lebihan agar-agar di dalam periuk campur dengan santan dan kacau sekata. Masukkan tepung jagung dan secubit garam, kacau tetapi jangan sampai mendidih, tuang santan atas agar-agar kacang merah tadi dan biarkan sederhana beku.

BAHAN B:

  • 10gm agar-agar tali
  • 3 cawan air
  • 1/2 cawan gula |nak manis tambah lagi gula.
  • 1 cawan kacang merah
  • 1/2 cawan santan kotak dan 1/2 cawan air | jadikan 1 cawan santan
  • 2 sudu besar tepung jagung
  • 2 helai daun pandan | simpulkan
  • Secubit garam
  • Sedikit pewarna merah

CARA MEMASAK:

  1. Kisar kacang merah, santan dan tepung jagung/kastard hingga hancur halus.

  1. Masak agar-agar dengan air hingga larut agar-agar. Masukkan gula dan daun pandan. Kacau rata.

  1. Tuang bahan kisar dalam periuk dan kacau lagi sehingga sebati. Masukkan secubit garam, kemudian pewarna merah dan kacau serata. Agak-agak nak mendidih, tutup api.

  1. Tuang agar-agar kacang merah atas santan tadi dan biarkan beku/sejuk. Simpan dalam peti sejuk.

  1. Boleh keluarkan puding tadi dari acuan dan boleh di hidang. Pastikan puding ini di makan ketika masih sejuk.

6. PUDING SANTAN PELANGI

BAHAN-BAHAN:

  • 20gm agar-agar tali | rendam 1 jam lebih
  • 1 cawan gula | boleh tambah jika suka manis
  • 1 cawan santan pekat/santan kotak
  • 5 cawan air
  • 2 helai daun pandan
  • Sedikit gula batu
  • Sedikit garam
  • Pewarna kesukaan

CARA MEMASAK:

  1. Masak agar-agar dengan lima cawan air hingga larut.
  2. Masukkan gula, gula batu dan daun pandan. Masak sehingga gula larut. Tutup api.
  3. Bahagi 2 periuk:
  4. Periuk pertama, agar-agar kosong 3 1/2 cawan.
  5. Periuk kedua, agar-agar kosong 2 1/2 dan 1 cawan pekat
  6. Periuk kedua, masak sebentar di atas api. Jangan terlalu lama untuk menggelakkan santan berketul.
  7. Basahkan loyang/acuan.. Ambil dalam dua senduk agar-agar kosong. Warnakan dan tuang ke dalam loyang.
  8. Nampak sudah sedikit keras agar-agar tadi, tuangkan pula dua senduk agar-agar bersantan. Buat berselang-seli hingga habis. Jangan lupa setiap layer agar-agar kosong warnakan dengan pewarna kesukaan.
  9. Boleh sejukkan dalam peti sejuk. Selepas 2 jam keatas, boleh di potong.Sedia untuk dimakan.

NOTA: Buat setiap layer nipis dan guna loyang kecil. Jika ingin tebal, tuang lebih atau agar-agar ini boleh di buat 2 adunan. Satu masak untuk agar-agar kosong dan satu lagi agar-agar bersantan. Kena tambah apa yang patut.

7. PUDING KIWI LAPIS

BAHAN-BAHAN:

  • 20gm agar-agar tali | basuh dan rendam dengan 4 cawan air lebih 1 jam
  • 2 biji buah kiwi
  • 1 cawan gula | boleh tambah gula jika suka manis
  • 1 tin susu cair
  • 1 cawan air
  • 3 helai daun pandan | Simpulkan
  • Secubit garam
  • Pewarna hijau

CARA MEMASAK:

  1. Sebiji buah Kiwi di buang kulit dan kisar dengan satu cawan air hingga hancur.

  1. Masak agar-agar yang di rendam tadi sehingga larut agar-agar. Masukkan gula dan daun Pandan. Kacau rata.

  1. Tuang buah kiwi yang telah di kisar dalam periuk agar-agar. Kacau rata. Masukkan susu cair dan kacau, masukkan secubit garam dan biarkan mendidih sebentar dan tutup api.

  1. Basahkan loyang/acuan. Susun hirisan buah kiwi di dalam loyang. Tuang sedikit adunan agar-agar tadi untuk menutup buah kiwi dan biarkan beku.

  1. Lebihan adunan bahagi kepada 2 bekas. Satu untuk hijau muda dan satu lagi untuk hijau pekat.

  1. Guna senduk berlekuk bulat untuk tuang adunan agar-agar. Setiap lapis tuang dua senduk. Jangan tunggu sehingga keras baru nak tuang lapisan yang lain. Anggarkan jika lihat adunan seperti membeku baru tuang..Tidak perlu buat banyak lapis. Cukup dua lapis pun cantik.. Ikut kreativiti sendiri.

  1. Bila adunan sudah sejuk, masukkan ke dalam peti sejuk. 2-3 jam kemudian boleh siap di potong dan di hidang.

8. PUDING OREO

BAHAN-BAHAN:

  • 10gm agar-agar serbuk
  • 1/2 cawan air
  • 1 1/4 cawan susu cair
  • 3 cawan susu segar
  • 3/4 cawan gula
  • 15 biji oreo | 10 biji dikisar kering, 5 biji di patah kasar dan buang intinya

CARA MEMASAK:

  1. Masak agar-agar serbuk dengan air, susu cair, susu segar, gula dan garam hingga mendidih.

  1. Tuang separuh adunan agar-agar ke dalam serbuk oreo yang telah dikisar dan kacau hingga sebati.

  1. Masukkan ke dalam acuan/loyang, biarkan beku. Kemudian cakarkan sedikit adunan dengan garfu.

  1. Lapiskan dengan sebahagian lagi agar-agar yang bersusu.

  1. Tabur baki oreo yang dipatahkan dan sedia di sejukkan.

9. PUDING SELASIH

BAHAN LAPISAN BAWAH:

  • 1/2 peket serbuk agar-agar | 10g – 11g
  • 1 tin susu cair
  • 1 cawan air
  • 1/2 cawan gula | boleh tambah gula jika suka manis
  • Secubit garam halus

CARA MEMASAK:

  1. Masak air dan masukkan serbuk agar-agar dan gula, masak hingga larut gula.
  2. Tuang susu cair dan kemudian masukkan garam secubit. Kacau sebati.
  3. Masak hingga mendidih kemudia tutup api. Tapis dan tuang ke dalam loyang atau acuan yang di basahkan dengan air.
  4. Biarkan ia mengeras.

BAHAN LAPISAN ATAS:

  • 1/2 peket serbuk agar-agar | 10g – 11g yang berbaki tadi
  • 3 cawan air
  • 3/4 cawan gula |boleh kurangkan sedikit gula
  • 3 sudu besar biji selasih
  • 2 sudu besar pati sirap ros | Nak warna pekat lagi boleh tambah
  • 4 helai daun pandan | Simpulkan
  • Secubit garam halus

CARA MEMASAK:

  1. Sebelum itu rendam biji selasih selama 2 jam lebih (bagi ia kembang)

  1. Didihkan air, masukkan serbuk agar-agar dan gula hingga larut. Tuang pati sirap ros. Kacau rata dan masukkan daun pandan dan secubit garam.

  1. Biarkan mendidih seketika. Tutup api, tapis adunan dan tuang dalam bekas biji selasih. Kacau sebati

  1. Sebelum tuang, cakar-cakarkan dulu permukaan agar-agar tadi. Baru tuang agar-agar selasih di atasnya.Biarkan mengeras dan sejukkan dalam peti sejuk dalam 2 jam lebih.

  1. Sedia di potong dan di hidangkan.

10. PUDING TEMBIKAI

BAHAN-BAHAN:

  • 20gm agar-agar bertali | Cuci dan rendam dalam 1 jam
  • 5 cawan air
  • 1 cawan gula | boleh tambah lagi 1/4 cawan gula jika suka manis
  • 1 tin susu cair
  • 2 sudu besar tepung kastard
  • 2 cawan tembikai | Potong dadu kecil, sukat 2 cawan
  • Sedikit garam
  • Sedikit pewarna hijau
  • 1 – 2 sudu kecil pewarna merah oil base
  • Sedikit bijan hitam

CARA MEMASAK:

  1. Masak agar-agar bersama dengan air hingga larut, masukkan gula dan kacau rata.

  1. Masukkan susu cair, kemudian masukkan tepung kastard. Kacau rata sehingga sebati, masukkan secubit garam.

  1. Kisar tembikai dengan 1/2 cawan adunan agar-agar yang dimasak sehingga hancur.

  1. Ambil 1 cawan adunan agar-agar warnakan hijau tuang dalam loyang/acuan. Biarkan beku seketika.

  1. Ambil lagi 1 cawan adunan agar-agar tuang di atas agar-agar hijau tadi. Biarkan adunan beku seketika.

  1. Tembikai yang telah di kisar kemudiannya di tuang ke dalam periuk agar-agar. Warnakan merah dan besarkan api semula. Kacau rata sehingga agar-agar itu mendidih. Tutup api.

  1. Terus tuang perlahan-lahan agar-agar tembikai di atas agar-agar sehingga habis. Biarkan beku/sejuk.

  1. Masukkan dalam peti sejuk. Selepas 2 jam barulah dipotong ikut suka. Sedia untuk dimakan.

11. AGAR-AGAR SANTAN PANDAN

BAHAN-BAHAN:

  • 20gm agar-agar bertali | Boleh juga guna serbuk agar-agar 10gm @ 11gm
  • 5 cawan air
  • 1 cawan gula | Nak manis boleh tambah 1/4 cawan gula
  • 1 kotak santan kara 200ml dan 1 cawan air | 2 cawan santan
  • 1 biji telur
  • 3 helai daun pandan | Simpulkan
  • 1 sudu kecil pewarna hijau epal
  • Sedikit esen vanilla | jika suka
  • Sedikit garam

CARA MEMASAK:

  1. Masak agar-agar bersama air hingga larut. Masukkan gula dan kacau rata, kemudian masukkan daun pandan serta pewarna hijau, kacau biar sekata.

  1. Pecahkan telur di dalam santan, kacau sebati (gunakan whisk)

  1. Tuang dalam periuk agar-agar tadi dan kacau. Masukkan sedikit esen vanilla serta sedikit garam, kacau seketika. Biarkan agar-agar ini mendidih dan membuak hingga kepermukaan periuk. Jangan usik dan tutup api. Keluarkan daun pandan.

  1. Tuang terus dalam loyang bulat 10 inci atau ikut acuan masing-masing.

  2. Biarkan sejuk, dengan sendirinya akan adunan akan terbentuk lapisan sama (atau selepas tuang adunan dalam loyang. Cuba gerak-gerakkan loyang kiri kanan seketika supaya agar-agar akan lebih mudah terbentuk dan lapisan akan sama besar.

  3. Simpan di dalam peti sejuk, potong dan boleh dihidangkan.

12. PUDING ROTI CERIA

BAHAN A:

  • 20gm agar-agar bertali
  • 5 cawan air
  • 1 cawan gula

CARA MEMASAK:

  1. Masak agar-agar bersama air hingga larut.
  2. Masukkan gula dan kacau sehingga rata.

BAHAN B:

  • 8 keping roti massimo/gardenia | Gunting kecil2
  • 1 tin susu cair
  • 1 biji telur
  • 2 sudu besar susu pekat manis
  • 2 sudu besar butter | Cairkan dulu atas api perlahan
  • 1 sudu besar tepung kastard
  • 1 sudu kecil esen vanilla
  • Pewarna

CARA MEMASAK:

  1. Kisar semua bahan di atas kecuali pewarna hingga hancur halus.

  1. Tuang dalam periuk agar-agar tadi dan kacau sehingga sebati. Sentiasa kacau sehingga mendidih (elak ianya berketul) dan tutup api

  1. Ambil 3 cawan puding tadi dan tuang di dalam loyang yang telah dibasah dengan air. Bekukan seketika.

  1. Asingkan lagi 3 cawan adunan puding ke dalam bekas dan ketepikan.

  1. Lebihan adunan bahagikan pada 5 bekas sama banyak. Warnakan ikut suka.

  1. Tuang adunan berwarna guna sudu satu-satu atas puding tadi sehingga habis (letak/susun adunan warna cara memanjang berselang seli. Bertindan-tindan sehingga habis)

  1. Akhir sekali, ratakan adunan asal tadi (yang 3 cawan) ke atas puding berwarna. dan ratakan keseluruhan atas puding. Sejukkan dalam peti sejuk.

  1. Selepas 2 jam, cungkil di bahagian tepi-tepi puding dan telangkupkan atas pinggan rata perlahan-lahan.

  2. Sedia untuk dihidangkan.

Kredit resipi & foto: Wan Zura Aishah @dapur_kakzura

The post Mudah & Sedap. 12 Resipi Puding Ni Sesuai Untuk Hari Raya appeared first on RASA.

(Visited 1 times, 1 visits today)