Meremang Bulu Roma Tengok Kediaman Penuh Mistik Aktres Suzzanna

Siapa yang tidak mengenali aktres lagenda Suzzanna.

Fizikalnya yang bermata bulat, tatapan tajam dan berbakat luar biasa sehingga digelar ratu filem seram Indonesia.

Suzanna Martha Frederika van Osch yang terkenal menerusi watak Hantu Sundel Bolong. Foto – Murai Malaysia

Dirinya terjun ke dunia layar perak dari tahun 50-an hingga 90-an, dan terusan mekar. Tetapi siapa sangka wanita yang lahir pada 13 Oktober 1948 ini miliki kisah peribadi yang penuh sederhana. Paling ketara dapat dilihat pada kediaman peribadi.

Kediaman sudah ditinggalkan mendiang lebih 10 tahun lamanya, namun aura mistik masih tetap terlihat, bahkan terasa. Ia diakui sendiri oleh bekas suami Suzzanna, Clift Sangra.

Clift Sangra yang kini telah bernikah dengan seorang wanita bernama Anna, masih menghuni rumah peninggalan bekas isteri tercintanya yang terletak di Kebon Dalem 2, Magelang Utara, Jawa Tengah.

Kediaman Suzzanna

Dari luar terlihat sebuah kediaman penuh sederhana berwarna hijau seakan memanggil. Katanya halaman depan dikuasai warna hijau kerana dipercayai warna pilihan Suzzanna sendiri.

Foto – Liputan6.com

Sebelum memasuki pintu depan, terdapat dua patung wanita yang saling berhadapan. Patung yang kelihatan seperti wanita setengah ikan itu dikatakan “menjaga” rumah Suzanna dari perkara hitam.

Foto – Liputan6.com

Satu lagi perkara, setiap sudut dilengkapi dengan potret hiasan koleksi gambar-gambar peribadi Cliff Sangra dan interina Anna yang bernikah pada tahun 2009, namun tidak ada satu foto Suzzanna yang terlihat.

Foto – Liputan6.com
Foto – Liputan6.com

Kamar Suzzanna menampilkan konsep sederhana yang hanya dilengkapi dengan katil bersaiz king, meja solek dan almari pakaian sahaja.

Menurut Cliff, ketika tinggal di rumah, Suzzanna banyak menghabiskan masa di biliknya, menjalani ritual makan bunga melati di kerusi meja solek. Bilik ini juga merupakan tempat di mana Suzanna menghembuskan nafas terakhirnya.

Foto- Liputan6.com
Foto – Liputan6.com

Suzzanna meninggal dunia pada 15 Oktober 2008 di Magelang di usianya 66 tahun kerana penyakit kencing manis yang dihidapinya selama 30 tahun. Pusara Suzzanna yang terletak di TPU Giriloyo, tak jauh dari kediaman Clift Sangra. Di pusara tersebut, Suzzanna dikebumikan bersama dua anaknya yang telah meninggal dunia.

Foto – Liputan6.com

RIP Suzzanna!

RUJUKAN : 1, 2, 3, 4

The post Meremang Bulu Roma Tengok Kediaman Penuh Mistik Aktres Suzzanna appeared first on Wanista.com.

(Visited 123 times, 1 visits today)