Tips Menghilangkan Jeragat Di Muka Dengan Berkesan

Tips Menghilangkan Jeragat Di Muka Dengan Berkesan. Masalah Jeragat di muka sering merunsingkan kaum wanita. Jeragat terbentuk dari pengumpulan minyak, sel kulit mati dan bakteria di liang pori menyebabkan berlakunya lekukan kecil pada kulit wajah. Jeragat kebiasaannya kelihatan di bahagian dahi, hidung, pipi dan dagu.

Ada beberapa jenis bahan semulajadi yang boleh digunakan sebagai petua untuk merawat masalah muka berjeragat. Selain itu anda juga boleh ke farmasi untuk mendapatkan krim yang sesuai untuk mengatasi masalah kulit wajah berjeragat.

Tips Menghilangkan Jeragat Di Muka Dengan Berkesan.

1) Campurkan satu sudu susu tepung dengan sedikit perahan jus limau nipis. Jadikan ia seperti masker dan sapukan ke seluruh kulit muka. Biarkan di muka sehingga kering. Akhir sekali cuci dengan air bersih. Amalkan sekurang-kurangnya sekali atau dua kali seminggu.

2) Cara kedua ini sangat mudah dan boleh diamalkan setiap hari. Anda hanya perlu mengambil sehelai daun sirih muda setiap pagi dan gosok di bahagian kulit muka yang berjeragat.

3) Perah jus lemon kemudian ambil bebola kapas dan celupkan dalam jus lemon. Lekapkan bebola kapas itu ke kawasan kulit muka yang berjeragat. Biarkan seketika. Akhir sekali cuci muka dengan air dan lapkan dengan tuala yang bersih. Amalkan setiap hari untuk melihat hasilnya.

4) Ambil satu sudu teh baking soda dan campurkan dengan sedikit air.  Sapukan ke kawasan kulit muka yang berjeragat. Biarkan kering untuk beberapa minit kemudian cuci dengan air bersih. Amalkan seminggu sekali. Tetapi jika anda mempunyai masalah kulit sensitif, tips menggunakan baking soda ini mungkin tidak sesuai untuk kulit anda.

5) Gosokkan hampas kelapa ke seluruh muka anda. Biarkan untuk kira-kira 20 minit sebelum di cuci bersih. Penggunaan hampas kelapa bukan sahaja dapat membantu menghilangkan jeragat tetapi akan membuatkan kulit muka anda menjadi lebih halus dan gebu.

6) Cara seterusnya adalah dengan menggunakan campuran tepung jagung dan cuka epal cider. Sapukan ke bahagian muka yang berjeragat. Biarkan kering untuk beberapa minit sebelum dicuci dengan air yang bersih.

Semoga Tips Menghilangkan Jeragat Di Muka Dengan Berkesan ini dapat membantu anda mendapatkan kulit muka yang lebih bersih dan berseri. Harus diingatkan sekiranya anda mengalami alergi ketika mencuba mana-mana tips yang dikongsikan ini, sila berhenti mengamalkan tips tersebut. Ini mungkin disebabkan kulit anda alah kepada bahan yang anda gunakan itu. Pilih untuk menggunakan bahan yang betul serasi dengan kulit muka anda.

Sumber: Nota Wanita

 

Sudah Baca, Klik Like Dan Komen Dibawah Jika Tulisan Ini Bermanfaat. TQ – RencahRasa

(Visited 2,913 times, 1 visits today)