Mengandungi Bahan Aktif Saponin, Ini Risiko Letak ‘Snake Plant’ Dalam Rumah – Pusat Racun Negara

Musim PKP ini makin ramai yang ambil kesempatan menghias rumah dan bercucuk tanam.

Pokok Lidah Jin, snake plant atau nama saintifiknya, 𝘚𝘢𝘯𝘴𝘦𝘷𝘪𝘦𝘳𝘪𝘢 𝘵𝘳𝘪𝘧𝘢𝘴𝘤𝘪𝘢𝘵𝘢, khabarnya sedang tular di media sosial sekarang…

Ia dikatakan sejenis tanaman indoor yang bagus kerana dapat membantu pengudaraan dalam ruang tertutup.

Namun, pokok ini juga ada risikonya jika terdedah pada anak kecil dan haiwan peliharaan.

Berikut adalah penjelasan oleh Pusat Racun Negara tentang risiko tumbuhan viral ini.

Bahaya snake plant

Risiko Pokok Lidah Jin Yang Disimpan Di Dalam Rumah

Diketahui bahawa tumbuhan ini mempunyai bahan aktif SAPONIN.

Jika termakan dalam kuantiti yang banyak berkemungkinan boleh menyebabkan gejala-gejala ringan kepada manusia seperti muntah, cirit-birit dan ruam.

Namun, ia mungkin menyebabkan gejala yang lebih teruk kepada haiwan peliharaan seperti kucing dan anjing.

Antaranya pengeluaran air liur yang berlebihan, kurang selera makan, lesu dan muntah-muntah.

Oleh itu, dalam keghairahan menanam pokok tular ini di rumah anda, pastikan anda BERWASPADA khususnya jika mempunyai anak-anak kecil yang mungkin bermain atau mematahkan pokok ini.

Mereka mungkin terdedah pada bahan aktif saponin yang berisiko menyebabkan keracunan.

Dalam seuah posting di Facebook, ahli kimia, Fatimah Salim juga menyatakan pendapat beliau tentang pokok ini.

Menurutnya, apa yang membimbangkan adalah tanah yang digunakan dan disimpan dalam rumah. Tanah akan menjadi tempat kondusif untuk kuman membiak.

Jadi, kena hati-hati bagi mereka yang ada masalah kesihatan, terutamanya yang rendah sistem imuniti.

Tak dinafikan tumbuhan ini memamg cantik dijadikan hiasan.

Tapi kita perlulah menjaga dan meletakkannya di tempat yang selamat ya!

*Sumber: Pusat Racun Negara, Fatimah Salim

(Visited 7 times, 1 visits today)