Melaram Di Pagi Raya Dengan Koleksi Barangan Kemas Poh Kong 2020

Manisnya kamu di pagi Syawal dengan koleksi barangan kemas yang memikat dari Poh Kong.

Sempena hari raya, Poh Kong tampil dalam koleksi terbaharu yang menerapkan pengaruh budaya, alam semula jadi dan keharmonian dalam setiap rekaannya.

Berikut beberapa koleksi yang dihasilkan daripada emas kuning 916/22K glamor kamu peragakan di hari bahagia.

Koleksi Melur

Melur diilhamkan oleh kecantikan dan kesucian bunga melur yang putih bersih dan harum mewangi. Paduan kehalusan seni pertukangan dan keindahan alam menjadikan Koleksi Melur dalam pelbagai corak rekaan berkilauan menggamit pandangan.

Koleksi Melur. Foto – Arkib Wanista

Koleksi loket, cincin dan anting-anting ini mendahului barisan barang kemas bercorak flora yang serba anggun. Loket dan cincin boleh didapati dalam tiga saiz: besar, sederhana dan kecil.

Foto – Arkib Wanista

Koleksi Manja

Direka bentuk istimewa untuk si manja, loket, cincin, anting-anting, dan rantai tangan dalam Koleksi Manja memancarkan kilauan yang menyemarakkan kegembiraan, keceriaan dan semangat keremajaan si pemakai cilik.

Koleksi Manja. Foto – Arkib Wanista

Setiap utas barang kemas adalah hasil kehalusan seni pertukangan, yang memperlihatkan keanggunan dan inovasi yang tiada bandingan. Boleh didapati secara eksklusif di Poh Kong, Diamond and Gold by Poh Kong, Poh Kong Gallery dan Gold Boutique.

Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web rasmi www.pohkong.com.my.

The post Melaram Di Pagi Raya Dengan Koleksi Barangan Kemas Poh Kong 2020 appeared first on Wanista.com.

(Visited 3 times, 1 visits today)