Masjid & Surau Boleh Maksimumkan Penggunaan Ruang Untuk Solat Jumaat – Dr.Zulkifli

Semenjak perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan, banyak sektor ekonomi telah dibuka semula termasuk juga dari segi keagamaan. Kita sedia maklum bahawa pembukaan semula penggunaan masjid dan surau untuk solat berjemaah dan solat Jumaat telah dibenarkan sepenuhnya oleh kerajaan selepas beberapa bulan ditutup untuk membendung gejala wabak Covid-19 yang melanda negara kita.

Hari ini, kenyataan dari Menteri di Jabatan Perdana Menteri Hal Ehwal Agama telah menyatakan bahawa masjid dan surau sudah boleh memaksimumkan penggunaan ruang di dalam kawasan terbabit.

BOLEH MAKSIMUMKAN PENGGUNAAN RUANG MASJID & SURAU

Menerusi kenyataan media daripada Menteri Hal Ehwal Agama mengenai perlaksaan Solat Jumaat dalam Tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan diperluaskan mengikut tiga perkara yang dicadangkan oleh kerajaan iaitu;

1.Memberi kebenaran kepada surau dan dewan yang sesuai untu mendirikan Solat Jumaat

2.Memaksimumkan penggunaan kawasan atau ruang di masjid dan surau Jumaat yang sedia ada.

3.Dalam perlaksanaan tersebut, pihak yang bertanggungjawab seharusnya mengikut SOP yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia dan Majlis Keselamatan Negara.

*Selamat kembali menunaikan ibadah di masjid. Jom kita ramai-ramai kembali ‘meriahkan’ masjid macam dulu okay?

Sumber: Dr. Zulkifli Mohamad

(Visited 3 times, 1 visits today)