Masalah Selulit Di Punggung? Skrub Ini Bantu Lembutkan Kulit Dan Hilangkan Stretch Mark

Bagi yang sudah berkahwin, sudah pasti tahap keyakinan akan berkurangan jika mengalami masalah selulit. Biarpun suami tidak kisah, namun jangan sesekali ambil ringan perkara ini.

Apa kata anda cuba skrub semulajadi ini. Bukan setakat mengurangkan masalah selulit, skrub ini juga mampu melembutkan kulit, menghilangkan stretch mark, menegangkan serta mencerahkan punggung anda. Tak percaya, jom cuba!

Bahan-bahan:

  • 3 sudu kecil tepung beras
  • 1 sudu kecil madu
  • 1 sudu kecil jus lemon
  • 1 sudu kecil minyak kelapa

Cara-cara:

Masukkan tepung beras di dalam mangkuk. Kemudian masukkan satu persatu bahan-bahan lain bermula dengan madu, jus lemon dan akhir sekali minyak kelapa.

Gaulkan kesemua bahan dengan sebati dan skrub anda sudah siap untuk digunakan!

Sapukan skrub di bahagian punggung dan biarkan selama lima minit. Kemudian urut dan bilas. Gunakan skrub setiap hari sebelum mandi untuk mendapatkan hasil yang terbaik.

Kebaikan:

Tepung beras – Tepung beras bukan sahaja mempunyai kesan mencerahkan kulit, malah ia juga mempunyai sifat pengelupasan hebat yang mampu membuang lapisan kulit mati serta memberikan kulit baru yang bersinar.

Madu – Madu merupakan humectant semulajadi dan bertindak sebagai agen pelunturan. Ia mampu melembut serta mencerahkan kulit.

Jus lemon – Juga merupakan agen pelunturan semulajadi yang mampu melembut serta mencerahkan kulit. Jus lemon juga mempunyai efek anti-jerawat.

Minyak kelapa – Minyak kelapa merupakan ramuan anti radang yang hebat dan mampu mengekalkan kulit lembut dan licin.

Sumber: The Indian Spot

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. TQ

(Visited 30 times, 2 visits today)