Masakan Simple Dan Sedap , Cara Nak Buat Ikan Singgang Masakan Pantai Timur

Resepi Ikan Singgang amat popular dikalangan orang Malaysia memandangkan ianya sering dijual di restoran – restoran Thailand di sekitar kita. Ianya amat lazat dan menyelerakan.

Namun tahukah anda, ianya amat mudah untuk disediakan? Ianya juga menggunakan bahan yang mudah untuk didapati. Oleh itu, selepas ini, anda boleh sediakannya sendiri. Jimat duit, jimat minyak! Kebersihan pun lebih terjamin.

Resepi ini telah dikongsikan oleh Ruziawati Yusof dan telah mendapat banyak likes dan perkongsian di Facebook beliau. Jom kita tengok!

Resepi Ikan Singgang

Bahan – bahan masakan:

  • Ikan (sebarang jenis ikan kesukaan seperti selar, kembung, tenggiri, tongkol)
  • 1 biji bawang besar (dipotong bulat)
  • Lengkuas (sebesar ibu jari, dimayang)
  • Bawang putih (5 ulas, dimayang)
  • Nisey @ gula merah (saya gunakan suku sahaja daripada 1 keping nisey)
  • Bendi (ikut citarasa anda)
  • Cili merah & cili hijau
  • Asam keping (3 keping)
  • Sedikit garam & gula mengikut rasa

Cara – cara memasak:

  1. Penuhkan kesemua bahan di atas ke dalam periuk bersama dengan air masak.
  2. Tunggu sehingga kuah mendidih.
  3. Siap!

Nota: Anda boleh hidangkan bersama budu. Lagi sedap!

(Visited 295 times, 1 visits today)