Makna Di Sebalik Genggaman Tangan, Kamu Yang Mana Satu?

Bagaimana cara jejaka kesayangan kamu menggenggam tangan kamu, atau kamu sendiri?

Adakah secara interlocking dengan penuh erat atau sekadar hujung di kelingking sahaja? Nak tahu cara pasangan menggenggam erat tangan mempunyai makna yang begitu mendalam, malah dalam perhubungan kamu. Ini antaranya…

Cara 1

Foto – Pinterest

Cara memegang erat tangan seperti ini menunjukkan yang dia jenis romantis. Mungkin agak old-fashioned tapi dia sememangnya sweet.

Cara 2

Foto – Pinterest

Si dia seorang yang suka bergurau senda dan sangat menyenangkan. Malangnya dia tak berapa matang, jadi kamulah yang kena selalu pantau gerak-gerinya.

Cara 3

Foto – Tumblr

Cengkaman interlocking ini menjadi simbol semangat dan hubungan yang kuat antara kamu berdua. Sekiranya kamu berdua berpegangan begitu, itu tandanya kamu mempunyai hubungan yang kuat dan kukuh, kamu rasa selesa dan selamat.

Namun, ini bukan petanda baik jika salah satu daripadanya memegang secara santai.

Cara 4

Foto – Rachel Crowe

Cara ini biasanya jarang dilakukan oleh pasangan dan hanya pada masa-masa tertentu sahaja. Tetapi jika dilakukan setiap hari, ini mungkin bermakna pasangan kamu memerlukan perlindungan, dan dengan cara ini membuatkan pasangan rasa lebih dekat lagi.

Cara 5

Foto – Samir Hussein

Kamu menggenggam dan memaut erat menunjukkan kamu serius dalam hubungan. Tapi cara ini juga bukan tanda yang positif, kamu seperti ingin memastikan semua orang tahu bahawa kamu sedang menjalin hubungan yang serius dan dia adalah milikmu, mungkin ada sedikit rasa insecure.

Cara 6

Foto – Hello

Kalau kedua-dua enggan berpegangan tangan, boleh jadi pasangan tidak saling menginginkan. Namun, ini juga dapat menunjukkan bahawa dia pemalu atau ingin menjaga hubungan. Afterall, jangan fikirkan yang bukan-bukan. tanyalah dia kenapa dia berbuat begitu.

Kesimpulannya, kamu suka cara yang mana?

RUJUKAN : 1, 2, 3

The post Makna Di Sebalik Genggaman Tangan, Kamu Yang Mana Satu? appeared first on Wanista.com.

(Visited 2 times, 1 visits today)