Macam Umur 20-an, Siapa Sangka Pereka Fesyen Terkenal Vera Wang Dah Berusia 71 Tahun!

Mempunyai sosok tubuh yang langsing, kurus dan tegang merupakan impian setiap wanita yang sudah menginjak usia lanjut. Pasti pelbagai aktiviti kesihatan akan dilakukan bagi memastikan segala-galanya sempurna.

Seperti pereka fesyen yang terkenal ini, mempunyai tubuh genit dan gayanya ala wanita muda pasti ramai tidak menyangka dengan kenyataan bahawa dia sudah pun menginjak usia lebih 70 tahun.

Vera Wang yang merupakan pereka fesyen ini sebenarnya sudah pun berusia 71 tahun tetapi dengan bentuk fizikalnya itu menjadikan dia seperti seusia gadis berumur 20 tahun!

Masih Kelihatan Bertenaga

Vera Wang yang merupakan berdarah Asia ini semakin menarik perhatian warganet. Walaupun sudah berusia 71 tahun, beliau masih rancak mempamerkan badannya yang masih kencang dan mulus serta langsing di laman Instagramnya. Mungkin rakan sebayanya sekarang kian uzur, Wang seakan tidak dimamah usia.

Pemilik jenama antarabangsa Vera Wang ini menjadi perbincangan hangat dan perhatian warganet setelah berkongsi fotonya bergaya dengan streetwear di laman Instagram. Ia dilakukan selama menjalani masa kuarantin pandemik Covid-19 melanda Miami.

Meski memasuki usia senja, penampilannya kian mencuri perhatian kerana kelihatan seperti usia awal 30-an. Tambah lagi, dengan tubuh sebegitu juga sebenarnya sudah memiliki dua orang anak.

Rahsia Awet Muda

Menjadi kegilaan ramai, pastinya rahsia awet mudanya ingin diketahui oleh semua orang. Mari kita lihat apa rahsia awet muda Vera Wang.

1. Cukup tidur

Dalam sebuah temubual bersama Harper’s Bazaar 2012 lalu, Vera pernah memberitahu tentang rutin hariannya. Ia ternyata bukan seorang “morning person” atau seseorang yang biasa bangun pagi dan terbiasa bangun sekitar 8 pagi.

Namun demikian, Wang juga merupakan orang yang disiplin menjaga waktu tidur sekitar tujuh hingga lapan jam setiap malam. Setiap malam ia tidur sekitar pukul 1 atau 2 pagi.

2. Makanan sihat

Lazimnya beliau makan yogurt dan buah segar atau menggantikannya dengan telur dan sosej ayam. Salmon panggang dengan nasi merah dan lemon serta minum kopi, antara pilihannya.

Wang tak pernah melewatkan waktu makan. Beberapa menu yang biasa diambil ketika makan di siang hari lah adalah sashimi dengan nasi merah dan sayur-sayuran, brokoli kukus Cina dengan ayam dan nasi, atau artichoke salad atau ikan dari Sant Ambroeus.

Dan tentunya, beliau tidak mengambil minuman bersoda dan menggantinya dengan air putih. Wang memang tidak melewatkan waktu makan, termasuk makan malam, tetapi tegas mengawalnya tidak lebih dari pukul 7.30.

3. Rutin olahraga dan meditasi

Wang juga biasa meluangkan sedikit waktu untuk belajar meditasi dan berolahraga di pagi hari. Bukan aktiviti fizikal berat, tetapi dijalaninya secara rutin.

“Aku biasa mengangkat beban, tidak berat, hanya 1kg – 1.3 kg dan total lima minit,” kata dia.

4. Membahagiakan diri

Vera Wang merupakan pereka fesyen ternama yang sangat terkenal, tetapi ternyata beliau selalu meluangkan waktu untuk membahagiakan dirinya sendiri. Pada pagi setelah berolahraga dan meditasi, beliau biasa berendam dan merawat rambut serta kulitnya. Ketika pergi bekerja, beliau sangat jarang menggunakan pakaian formal.

Sumber : Sinar Plus

(Visited 5 times, 1 visits today)