Lemang Guna Tin Tak Selamat, Kita Buat Lemang Pakai Cawan Kertas. Lagi Senang!

Sebelum ini ada perkongsian buat lemang guna tin minuman, tapi yang ini lagi mudah. Guna cawan kertas saja.

Lagi pun baru-baru ini ada perkongsian menyatakan idea buat lemang guna tin tak berapa elok untuk kesihatan.

Jadi tahun ni kita buat lemang guna cawan kertas saja. Lagi jimat. Caranya boleh ikut perkongsian dari Bunda Nadiah.

Cara masak lemang guna cawan kertas

Bahan-bahan:

1 kg pulut – rendam pulut dalam 2 jam untuk mempercepat masak lemang
2 kotak santan kara- tambah 3 kotak air, guna kotak santan yg sama
Garam secukupnya
Daun pisang
Bekas cawan kertas

Cara membuat

1. Masukkan daun pisang dalam cawan. Kalau dapat daun yg kecil tak cukup lebar susun menegak dalam cawan. Gunting bulat daun pisang dan letak di bahagian dalam bawah cawan.

2. Gaul pulut yg dah direndam dgn garam dgn sedikit santan. Kemudian masukkan dalam cawan pulut, jangan penuh beri ruang untuk letak santan.

3. Tuang santan dalam cawan berisi pulut tadi dan kacai supaya santan tu turun ke bawah.

4. Masak dalam oven selama 30 minit dengan suhu 180.Ini untuk dapatkan daun pisang tu hangit kena bakar.

5. Kemudian keluarkan dan kukus pula lemang tadi dalam pengukus selama lebih kurang 1 jam, sampai masak dan padat pulut.

Kalau tak mahu bakar dalam oven pun bole, terus kukus. Begitu juga kalau tak nak kukus boleh terus dibakar dalam oven. Ikut cita rasa.

6. Hasilnya

Sumber: Bunda Nadiah

The post Lemang Guna Tin Tak Selamat, Kita Buat Lemang Pakai Cawan Kertas. Lagi Senang! appeared first on Vanilla Kismis.

(Visited 20 times, 1 visits today)