Latih Anak Pandai Menulis & Tak Kekok Pegang Pensil Guna ‘Teknik Stoking’

Loading...

Bagi ibu bapa yang punya anak baru masuk tadika, salah satu perkara yang perlu diperhatikan pada peringkat awal ini adalah kemahiran anak memegang pensil untuk menulis.

Sebab ramai yang hadapi masalah kekok memegang pensil hingga menyukarkan mereka membuat latihan yang diberi. Sudahnya ibu bapa yang menyiapkannya atau pun abang kakak mereka.

Supaya tak berlarutan begini, eloklah kita mula ajar anak menulis menggunakan teknik stoking seperti perkongsian Hajar Binti Md Said.

Cerita Hajar berbanding adik beradik lain, anak bongsunya Omar agak lambat untuk mahir menulis. Walaupun sudah memasuki tadika tapi dia sangat asing dengan alat tulis dan pensil menyebabkan Hajar mahu tak mahu perlu melatih anaknya agar boleh memegang pensil dengan betul sekali gus memudahkannya menulis.

Guna 3 jari

Selepas membuat carian, Teknik Stoking ujarnya antara yang mudah dan jadi pilihannya untuk membantu anak. Namun ibu perlu memberi sedikit panduan untuk anak. Berikut adalah panduan yang dikongsi oleh Hajar.

1. Cari stoking lama (yang dah tak muat atau tak pakai). Kalau boleh yang getah masih elok. Jangan guna stokin bapa atau orang dewasa. Besar sangat.

2. Masukkan stokin ke tangan anak. Kenal pasti (agak-agak je) di mana ibu jari, jari telunjuk dan jari hantu.

3. Buat 2 lubang dengan gunting. Satu untuk ibu jari, satu untuk jari telunjuk dan jari hantu.

4. Pakaikan stokin pada tangan anak. Yang keluar hanya 3 jari. Jari manis dan jari kelingking automatik akan bergulung di dalam stoking.

5. Buatlah apa-apa cerita tentang stoking tu. Cerita saya macam ni:

“Ada seekor dinasaur ni, gigi dia ada 3 je tau (sambil angkat tangan anak yang ada stokin). Dia ni dinosaur pelik. Dia ni tak macam dinosaur lain, makan daging ke, daun ke. Dia makan batang kayu. Kalau ada batang kayu, dia gigit kuat-kuat, tak bagi lepas.

Sambil-sambil cari batang kayu (baca pensel). Haaa….macam ni (tunjuk pensel). Kayu macam ni dia suka.

Hulur pensel ke tangan anak.

“Ha! Gigit kuat-kuat tau! Jangan lepas!”

6. Lepas tu, cubalah beberapa latihan tracing.

Hendak kata terus boleh tulis tu, memang tidaklah. Tetapi mood anak jadi lain sikit. Nak jugaklah menulis.

Tekanan pun kuat sikit. Jari-jari dia susah nak kembali ke pegangan yang salah. Dapatlah buat beberapa latihan.

Dapatlah juga siapkan homework. Masih belum mahir lagi. Bak kata orang putih, practice makes perfect. Lama-lama buat, plus doa, Insya Allah boleh.

Pps: link latihan tracing http://www.shirleys-preschool-activities.com

Sumber: Hajar Bt Md Said

The post Latih Anak Pandai Menulis & Tak Kekok Pegang Pensil Guna ‘Teknik Stoking’ appeared first on Vanilla Kismis.

(Visited 21 times, 2 visits today)
Loading...