Lapan Pintu Syurga Terbuka Amalkan Berdoa Selepas Wuduk

Lapan Pintu Syurga Terbuka Amalkan Berdoa Selepas Wuduk

Diriwayatkan dari Umar bin al-Khaththab radhiyallahu ‘anhuma berkata, “Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wasallam bersabda,

مَنْ تَوَضَّأَ، فَقَالَ: أَشْهَدُ أَنْ لاَ إِلهَ إِلاَّ اللهُ وَحْدَهُ لاَ شَرِيْكَ لَهُ، وَأَشْهَدُ أَنَّ مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُولُهُ، فُتِحَتْ لَهُ أَبْوَابُ الْجَنَّةِ الثَّمَانِيَةُ، يَدْخُلُ مِنْ أَيِّهَا شَاءَ.

‘Barangsiapa yang berwuduk lalu mengucapkan, ‘Asyhadu allaa ilaaha illallah wahdahu laa syarikalahu wa asyhadu anna Muhammadan ‘abduhu wa Rasuuluhu‘

(Aku bersaksi bahAwa tidak ada tuhan yang berhak disembah selain Allah, dan aku bersaksi bahAwa Nabi Muhammad adalah hamba dan RasulNya), dibukakan untuknya pintu-pintu syurga yang delapan, dan dia dapat masuk dari pintu manapun yang diinginkannya‘.”

(Hadis Riwayat Muslim dalam Shahihnya. ((2 – Thaharah, 6 – Zikir yang dianjurkan setelah wuduk, 1/209/234).Kitab ath-Thaharah, Bab adz-Dzikr al-Mustahab Aqiba al-Wudhu’, 1/209, no. 234, pent.)

Hadits ini diriwayatkan oleh at-Tirmidzi dengan tambahan,

اَللّهُمَّ اجْعَلْنِيْ مِنَ التَّوَّابِيْنَ، وَاجْعَلْنِيْ مِنَ الْمُتَطَهِّرِيْنَ.

“Allahummaj ‘alni minat tawwabiina waj’alni minal mutathahhiriin”

(Ya Allah jadikanlah aku termasuk orang-orang yang berta ubat dan jadikanlah aku termasuk orang-orang yang menyu cikan diri).

(Hadis Riwayat at-Tirmidzi, Kitab ath-Thaharah, Bab Ma Yuqalu Inda al-Wudhu’, 1/77, no. 55). Tambahan ini berderajat hasan li ghoirihi).

Jadi disu natkan membaca kedua doa di atas.

Syaikh Salim bin ‘Id Al-Hilali mengatakan tentang faidah dari hadits di atas diantaranya adalah:

1. Di su natkan menyempurnakan wuduk

2. Seorang muslim sepantasnya membaca doa ini setelah wuduk, dan.

3. Syurga memiliki 8 pintu.” (Lihat Bahjaun Nadzirin 2/250, cet. Dar ibnul Jauzi)

Ada juga doa lain setelah wuduk yang sohih, yaitu:

سُبْحَانَكَ اللَّهُمَّ وَبِحَمْدِكَ، أَشْهَدُ أَنْ لاَ إِلَـهَ إِلاَّ أَنْتَ، أَسْتَغْفِرُكَ وَأَتُوْبُ إِلَيْكَ.

“Subhanakallohumma wa bihamdika asyhadu allaa ilaaha illa Anta astaghfiruka wa atuubu ilaik”

(Maha Suci Engkau, ya Allah, aku memuji kepadaMu. Aku bersaksi, bahawa tiada Tuhan yang haq selain Engkau, aku minta ampun dan bertaubat kepadaMu). (HR. An-Nasai dalam ‘Amalul Yaumi wal Lailah, halaman 173 dan lihat Irwa’ul Ghalil, 1/135 dan 2/94.) [Sumber : Kitab Hisnul Muslim]