Lama Tak Jumpa Ibu Bapa, Lepas Rindu Guna 5 Cara Ni

Bila berjauhan dengan ibu bapa pasti terbit rasa rindu, apatah lagi bulan syawal bakal menerpa beberapa hari sahaja lagi. Tapi apakan daya dek kerana virus yang menular di seluruh negara, menyebabkan kita terpaksa mengikuti Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Sudahlah tidak dapat beraya bersama-sama ibu bapa tersayang, terpaksa tinggal sendirian tidak dapat balik bertemu dengan keluarga, jadi nak buat bagi melepaskan rasa rindu menggunung pada ibu bapa kita? Ada beberapa cara bagaimana nak lepaskan rindu kepada ibu bapa, jom tengok di bawah.

#1 Bersua Muka Dalam Talian

Foto – Popular Science

Meski ada dikalangan kita tidak dapat pulang berhari raya dengan ibu bapa pada tahun ini kerana sekatan merentas kawasan, jangan khuatir dengan penggunaan teknologi canggih masa kini dapat merapatkan hubungan yang jauh.

Dengan menggunakan panggilan video yang terdapat dalam aplikasi WhatsApps, Facebook Messenger, Hangouts dan banyak lagi aplikasi lain yang boleh kita gunakan untuk merapatkan hubungan, meski tinggal berjauhan.

#2 Lihat Gambar Keluarga

Foto – Neuroscience News

Melepaskan rindu dengan melihat gambar-gambar lama keluarga sedikit sebanyak dapat melepaskan rasa rindu yang terbuku terhadap keluarga tercinta. Meski cara ini old school tetapi ia tetap dapat mengjadi pengubat rasa rindu kepada ahli keluarga dengan menatap wajah ahli keluarga tersayang dalam gambar.

#3 Pesan Pada Diri Ianya Sementara Sahaja

Foto – Quipper

Dek gara-gara pandemik ramai antara kita menjadi mangsa tidak dapat berkumpul bersama ahli keluarga tersayang, tetapi ingat jangan terlalu terbawa-bawa dengan perasaan panik, pesan pada diri bahawa semua yang berlaku ini hanya sementara.

Yakin pada diri semua yang berlaku ini akan berlalu tidak lama lagi dan kita semua dapat pulang kepangkuan keluarga masing-masing.

#4 Kongsi Perasaan Bersama Keluarga

Foto – Amazon

Pabila berjauhan pasti banyak perkara yang kita kenang dan teringat, luahkan dan kongsi segala apa yang terbuku kepada ibu bapa dan ahli keluarga. Dengan cara berkongsi perasaan bersama ahli keluarga, segala masalah dan rindu dapat dileraikan.

Kamu boleh berkongsi perasaan dengan menggunakan puisi atau pantun bagi yang segan untuk berkongsi isi perasaan kepada ibu bapa. Bukan saja cara ini menarik malah ia juga membuatkan ibu bapa kamu terhibur. Tak

gitu?

#5 Seminggu Sekali Buat Gathering Online

Foto – Video Hive

Apabila masing-masing terkurung di rumah masing-masing dan tidak dapat berkumpul beramai-ramai, apa yang boleh kamu lakukan adalah berkumpul secara alam maya. Dengan kata lain buat gathering seara online bersama ahli keluarga tercinta.

Pilih hari yang masing-masing kelapangan dan buat panggilan video sama ada menggunakan laptop, komputer ataupun telefon pintar masing-masing. Membuat aktiviti gathering atau berkumpul secara alam maya seminggu sekali ini, secara tidak langsung dapat melepaskan rindu dan menguatkan hubungan kekeluarga.

Jadi meski kita tidak dapat bertemu dengan ibu bapa gara-gara virus ini, tetapi kita masih boleh melepaskan rindu dengan menggunakan cara-cara seperti di atas. Dan yang penting kita sentiasa mendoakan ibu bapa kita agar sentiasa dalam keadaan sihat dan selamat InsyaAllah.

Rujukan: 1,

The post Lama Tak Jumpa Ibu Bapa, Lepas Rindu Guna 5 Cara Ni appeared first on Wanista.com.

(Visited 2 times, 1 visits today)